Edisi Sentap! Rakaman seks: Lelaki peras ugut bekas teman wanita direman!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki ditahan reman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes ugutan seks terhadap bekas teman wanitanya.

Dia dikatakan menggunakan rakaman hubungan seks untuk memeras ugut mangsa untuk kepuasan seks dan wang sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek yang berusia awal 40-an ditahan di Balai Polis Puchong Jaya dan dibawa ke mahkamah Petaling Jaya untuk direman.

Menurutnya, suspek disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.

"Suspek ditahan tiga hari untuk membantu siasatan," katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...