PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Tips Blog! “Follow Me! I Will Hit You Back!”
Oleh Kaki Wayang on
Pernah tak dengar atau terbaca
atau terjumpa dengan ayat ini? Konfem korang ada kan..apa yang korang rasa
kalau ayat ni korang selalu jumpa kat Facebook? Setiap blogger terutamanya
blogger baru sering menggunakan ayat ini bagi meraih simpati blogger lain agar
mereka menjadi follower kita..Kadang-kadang ada yang dah naik meluat dan fed up
dah dengan ayat ni kan..
Namun begitu, sedarkah anda
bahawa dengan blog yang serabut dan serabai..widget FOLLOW entah ke mana..payah
nak cari..duk kat bahagian bawah ataupun langsung tak de widget itu adalah amat
menyusahkan orang untuk menjadi follower kita..
Perlu diingat..yang sebelah pihak
pula..jangan duk suh orang lain follow blog kita kalau blog kita designnya mak
aihhh..lampu lip lap..salji sana sini..dah macam kena TSUNAMI dah..dengan lagu
rock bagai..tampal itu dan ini..cursor pula diperindahkan dengan macam-macam
design..tahukah anda dengan melakukan seperti itu akan memberatkan blog anda..
Jangan pelik, hairan atau
terpinga-pinga pula kalau blog korang tak ramai follower..kenapa? Kawan kita ni
dahla guna broadband tahap siput..letak bendalah tu (Benda merepek) konfemla
sampai pagi esok pun tak dapat buka blog korang..
Satu lagi kalau ada blogger yang
nak minta difollow..jangan pula terus balas dah follow walhal tak follow
pun..kena jujur dan ikhlas..jangan hanya mementingkan diri sendiri dan follower..sampai
blog sendiri pun tak terjaga..
Semoga semuanya mendapat manfaat
darinya..
Edisi Resepi! Sandwich Choc Kisses!
Oleh Kaki Wayang on
Bahan-bahan
350 gm tepung gandum
300 gm marjerin
200 gm gula halus
200 gm coklat gelap
230 gm serbuk badam
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen badam
Cara Membuat
- Pukul marjerin, gula halus, kuning telur dan esen badam
- Masukkan tepung gandum dan serbuk badam. Gaul rata.
- Bentuk secara membulat dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit. Kemudian sejukkan.
- Paipkan ciklat dan gabungkan kedua-dua biskut.
Edisi Resepi! Almond London!
Oleh Kaki Wayang on
Bahan-bahan
630 gm tepung gandum
90 gm tepung jagung
540 gm marjerin
360 gm gula kastor
1 sudu the esen vanilla
1 ½ sudu the soda berkarbonat
Badam – dibakar
Coklat masakan – dicairkan
Badam cincang
Cara Membuat
1.
Pukul marjerin, gula dan esen vanilla.
2.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta
soda berkarbonat.
3.
Uli menjadi doh yang lembut.
4.
Salut badam dengan doh tepung dan bakar pada
suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit.
5.
Celup biskut ke dalam kertas acuan.
6.
Taburkan badam cincang sebagai hiasan.
Edisi Informasi! Tarikh Terima Opsyen SBPA Dilanjutkan Ke 15 Januari!
Oleh Kaki Wayang on
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh
penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
bagi penjawat awam kepada 15 Jan depan, kata Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias.
Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata bagaimanapun, tempoh
penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.
"Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Dis tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.
"Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Dis tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.
"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Jan depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini hari ini.
Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Jan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan supaya Cuepacs dan JPA mengadakan rundingan dengan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.
Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama. Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.
"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.
Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan. Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.
P/s: Seb baek dilanjutkan..aku dahlah cuti balik ke kampung..kalau tak xsempat nak sain..
Edisi Gempak! Yusri KRU dan Lisa Surihani umum tarikh perkahwinan sabtu ini!
Oleh Kaki Wayang on
Kalau dulu bukan main lagi nak rahsiakan..itu ini..pernah teringat satu ketika ada beerapa orang artis siap menipu (walaupun pada dia bukan menipu) yang dia takde hubungan langsung dengan si dia dan takkan kahwin pun dengan orang tu..sekali kawen pula...takpela lupakan pasal tu..ni ada satu lagi gosip hangat bakal melanda tanahair kita..
Tatkala Lisa Surihani dikaitkan dengan Yusri KRU denga hubungan cinta mereka yang begitu menarik perhatian ramai..kini tiba pula berita mengenai mereka yang bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka nanti di sebuah hotel..maka sudah pasti sidang media itu akan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat..wartawan, blogger dan macam-macam lagilah...sedikit mengenainya yang aku dapatkan dari Rotikaya adalah:
"Menariknya, sidang media itu di’namakan sebagai Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa dan kami sudah dapat jangkakan apakah yang sedang di’rancang. 99% hati kami mengatakan yang sidang media khas ini akan mengumumkan
bilakah tarikh perkahwinan pasangan selebriti sensasi Malaysia ini.
Dalam e-mail yang sama berkata yang ibu & ayah Yusry KRU, Abdul
Halim dan Zarina Fenner juga ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad akan
turut hadir dalam majlis pengumuman khas ini.
Majlis pengumuman khas ini akan di’adakan pada hari Sabtu di Marriott Putrajaya Resort & Spa bermula jam 10 pagi."
P/s: Bagusla tu dah nak kahwin..tak delah orang ngate sana-sini kan..sama-samalah kita doakan semoga mereka bahagia hendaknya...