PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Penjawat Awam dapat Bonus Raya?
Oleh Kaki Wayang on
Kredit Pic here: BERITA SEMASA
Alhamdulillah..tak kisahlah setengah bulan gaji ke..berapa ke yang penting ada..yelaa kan sempena dengan Aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi(lama lagi pon)..sumenyer nak kena benda baru..baju raya baru (dah tempah dan dah siap)..kasut raya (tak beli pown), pendek kata sume nak kena baru..yang mana nak buat rumah terbuka tu dah tentulah perlukan duit kan nak beli bahan-bahan dan barang-barang untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir nanti..mana nak buat kuih raya..nak beli itu ini..dan macam-macam lagi..
Dengan pengumuman dari Perdana Menteri kita KAT SINI dapatlah kita berhari raya dengan "gumbira" kan..boleh lah beli macam-macam..tapi kan ada sesetengah dari kita dapat duit bonus tu dibelanjakannya seboros yang mungkin..dapat hari ni..pagi ni keluarkan kat ATM..tengahari dah habis dah..macam aku laaa..bayar hutang KAD KREDIT PART 1 dan PART 2..hahahahahaha..tu yang tak best tu kalau dapat bonus..dah lah nanti nak kena balik kampung (Sabah)..ORANG SABAH lah katakan..
Tak pelah at least dapat meringkan beban..selalu gaji yang digunakan untuk bayar hutang kad kredit..bulan ni..hutang Kad Kredit dibayar menggunakan bonus..volleh gitew..ngeee..ape pown..terima kasih diucapkan kepada "Pak Ajib" dan "Kak Ros" kita yer sebab bagi bonus ni untuk semua penjawat awam dan para pesara kerajaan..
Betol-betol Gempak! Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam
Oleh Kaki Wayang on
Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Betol-betol Sengal! Wanita Menghina Nabi Muhammad SAW
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Khas Lawak Tak Lawak!
Oleh Kaki Wayang on
Entri ni mengandungi beberapa buah cerita lawak yang lawak tak lawak..ntah ape maknanya tu..korang kena baca dan hayatilah yer..kalau lawak..gelaklah..kalau tak lawak maknanya tak lawaklah..tapi jangan pula kutuk yer..sedih hati ku ini…menampilkan En. Yazid Yahya owner ThePlainYard sebagai pelukis dan sumber lawak adalah dari majalah Rapi kot..tak ingat dah sumber asalnya..lukisan ini telah dilukis dan diolah semula oleh En. Yazid Yahya..nak tahu cantik ke tak lukisan dia..korang kena masuk page by page ok..Klik pada setiap GAMBAR untuk membaca koleksi-koleksi lawak tahap GABAN..
Betol-betol Hangat! Melucah dalam kokpit
Oleh Kaki Wayang on
Syarikat penerbangan Cathay Pacific semalam berkata, mereka menjalankan “siasatan penuh” ke atas penyebaran sejumlah gambar didakwa menunjukkan seorang kru melakukan seks oral terhadap juruterbang di udara. Jurucakap Cathay Pacific berkata, setakat ini syarikat penerbangan Hong Kong itu mendapati ada kemungkinan pramugari yang dipaparkan dalam gambar berkenaan adalah kru kabin mereka.
“Siasatan masih diteruskan dan kami tiada sebarang komen lanjut setakat ini,” katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas beberapa media tempatan menyiarkan beberapa gambar menunjukkan seorang wanita berpakaian merah seperti seragam Cathay Pacific melakukan seks oral ke atas seorang lelaki. Lelaki terbabit didakwa juruterbang syarikat berkenaan, tetapi melalui gambar itu, dia kelihatan tidak memakai pakaian seragam juruterbang.
Jurucakap Cathay Pacific berkata, tiada bukti menunjukkan aksi lucah itu berlaku dalam penerbangan.
“Kami juga mendapati tiada sebab untuk percaya bahawa aspek keselamatan diabaikan ketika itu,” katanya.
Dalam komen berasingan kepada akhbar South China Morning Post, seorang jurucakap Cathay Pacific berkata, satu daripada gambar berkenaan diambil dalam ruang kokpit pesawat mereka.
“Tidak dapat dipastikan sama ada ia berlaku ketika pesawat di udara atau bukan,” katanya. Laporan menyatakan, gambar itu didakwa tersebar luas di ruangan forum Internet untuk juruterbang.
Sumber berkata, individu yang dirakam dalam aksi lucah itu sebenarnya pasangan kekasih. Akhbar Apple Daily pula melaporkan, juruterbang itu- seorang warga asing - mengemukakan saman kepada akhbar dengan mendakwa gambar berkenaan dicuri dari komputer peribadinya. Dia juga mendakwa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.







