PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi Sentap. Show all posts
Showing posts with label Edisi Sentap. Show all posts

Edisi Sentap! Kenapa Tak Berbaloi Langgan ASTRO?

Oleh Kaki Wayang on



Kenapa Tak Berbaloi Langgan ASTRO? Persoalan yang selalu timbul dalam benak fikiran rakyat Malaysia. Boleh kata, dah ramai dah kat Malaysia ni yang mempunyai ASTRO. Kadang-kadang ada yang sampai 2 ASTRO kat umah.

Di sebuah kampung bernama Antolob di Sabah, ada sebuah rumah tu ada dalam 7-10 ASTRO. Perghhhhh memang kaya mamat ni. Setiap ruang dalam rumah tu ada ASTRO. Kalau dulu ASTRO best jer. Sebab tak banyak iklan dan tak banyak siaran yang berulang. Tapi lah ni? Jap lagi Kaki Wayang jawab.

Berikut merupakan 5 sebab tak berbaloi langgan ASTRO:

1. Pakej Terlalu Mahal

Mahal. Siapa yang nak kan. Orang kaya pun selagi boleh tawar-menawar pasti akan dicubanya sampailah murah. Salah satu sebab tak berbaloi melanggan ASTRO adalah kerana pakejnya yang terlalu mahal. Paling murah adalah RM45.00++. Astro SuperPack 1, 2, 3 dan SuperPack Plus rasanya terlalu mahal untuk dilanggan dan para pengguna terikat dengan pilihan pakej di dalam sesebuah pakej. So, kalau boleh ikutlah kemampuan kita. Ukur baju di badan sendiri. Jangan ukur kat badan orang lain nanti kene hempuk kepala.

2. Siaran Berulang

Tidak dinafikan lagi. Kalau tak de siaran berulang itu bukan ASTRO namanya. Kalau pegi kat HBO, Cinemax, FOX Premium, FOX Action Movies dan FOX HD atau mana-manalah channel kebanyakkannya siaran filem berulang-ulang setiap hari. Melainkan adanya promosi perdana dari channel itu sendiri. Sebagai contoh filem Hobbit. Dalam sehari paling kurang sekali atau 2 kali ditayangkan. Dah kalau seminggu tak ke muntah hijo namanya. Mahal pula tu. Kat channel lain lagilah, siaran drama lapanblasratus diulang-ulang. Ngeeee.

3. Iklan Yang Banyak

Salah satu sebab kenapa pelanggan mahu melanggan ASTRO adalah sebab nak mengelak iklan yang banyak dan lama. Dah namanya siaran berbayar. Takkan pelanggan bayar semata-mata nak tengok iklan. Cuba tengok TV1, TV2 dan TV3 dan seterusnya, iklan kemain 5 minit. Upin Ipin bape minit jer, sekali iklan mau 5 minit. Tup tup eh dah habis dah Upin Ipin. Hahahaha. Dulu yer ASTRO kurang iklan. Tapi sekarang banyak giler iklan. Tau iklan itu salah satu sumber pendapatan syarikat, tetapi memadailah iklan yang sedikit.

4. Siaran Hilang/ Terganggu Dek Kena Culik Alien

Bukan hilang sebab alien. Tapi siaran tetiba hilang sebab hujan. Siaran terganggu! Tu yang malas dan tak berbaloi nak langgan ASTRO ni. Kadang-kadang angin sepoi-sepoi "language" pun dah keluar warning siaran terganggu. Bayangkan tengah tengok bola, nak gol dah, sekali siaran terganggu spoil ke x spoil? Kadang-kadang ada yang menyumpah pun ada. mencarut apatah lagi.

5. Ada NJOI

Tak perlu nak cakap panjang-panjang, sebab siaran ni siaran free je. Cuma pada permulaannya kena lah bayar sikit untuk pemasangan. Doh siap pasang, buleh doh tengok. Tak yoh nok pikir bayar bulan-bulan. Tak yoh sakit kepala nok pikir. Nok tengok channel lain baru bayar, beli prepaid pahtu doh buleh tengok. Kalu ta mboh tengok tak yoh beli prepaid.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kenapa Tak Berbaloi Langgan ASTRO?

Edisi Sentap! Ahmad Maslan Kini Aktif Ber "Whatsapp", Dia Mungkin Salah Seorang Ahli Group Kamu!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warga Kaki Wayang semua. Apa habaq? Pa citaaa? Dengan izin Allah SWT kita dipertemukan sekali lagi pada hari ini. Alhamdulillah.

Pada kali ini, Kaki Wayang nak kongsikan satu artikel berkenaan dengan salah seorang menteri yang begitu aktif di laman sosial. Bukan sahaja di twitter, di facebook malah di ruangan sembang aplikasi Whatsapp.

Siapa tidak kenal Ahmad Maslan, menteri yang seringkali berkongsi "petua-petua" masakan beliau, "Nasi Goreng Dihias Timun Ala-ala Roundbout Tanpa GST". Cam mano lah dia masak tu kan. Tangan macam nak menggoreng tapi timun sudah siap dihias di dalam kuali. Memang hebat.


Berbalik kepada tajuk, AM kini merupakan menteri yang aktif berwhatsapp. Dalam kenyataan terbarunya, beliau mempunyai lebih kurang 350 group whatsapp dan salah satunya adalah group KAMI ANTI AHMAD MASLAN. 

“Saya mempunyai cabaran iaitu 350 WhatsApp group yang sentiasa memenuhi telefon bimbit saya.

“Bermacam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan ‘Kami Anti Ahmad Maslan’. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.

“Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya,”
 
Tambahnya lagi, sejak terkenal dan popular berkaitan dengan GST, beliau kini menjadi fenomena apabila berada di tempat-tempat awam. Sering menjadi sasaran peminat yang mahu ber"selfie" dengannya.

“Kalau saya ada di IOI Mall atau Alamanda, ramai yang menyapa dan ambil gambar dengan saya. Saya menghargai semua itu,” katanya.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Ahmad Maslan Kini Aktif Ber "Whatsapp", Dia Mungkin Salah Seorang Ahli Group Kamu!

Edisi Sentap! 5 Tanda-Tanda dan Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial!

Oleh Kaki Wayang on


Dewasa ini pelbagai cara manusia meluahkan perasaan mereka khususnya dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga dalam blog-blog mereka. Semuanya diangkat tanpa menyedari mereka kini termasuk dalam orang-orang yang bongkak dan riak. Pelbagai status dan gambar di muat naik ke laman sosial bagi menggambarkan perasaan mereka. 

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

HUKUM SOMBONG

Sombong haram hukumnya dan termasuk dosa besar. Ayat diatas telah dengan tegas menjelaskannya.

Ibnu Katsir mengatakan mahfumnya, Firman Allah dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh” maksudnya janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, lagi berbuat semenamena. Jangan kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah akan murka kepadamu” (Tafsir Ibnu Katsir 3/417)

“Tidak akan masuk sorga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi” (Riwayat Muslim)

Imam An Nawawi berkata “Hadits diatas berisi larangan dari sifat sombong, yaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka serta menolak kebenaran”(Syarh Shahih Muslim 2/269)

Berikut merupakan beberapa tanda-tanda dan sifat riak ibu bapa di laman sosial:-

Anak "terrer" Mengaji

Alhamdulillah..anak baru berumur 3, 4 tahun dah fasih dan hafal dah surah Al-Baqarah, Surah Yasin dan Surah Lazim..

Anak Bijak dan Dapat Result Cemerlang

Alhamdulillah..anak mama Balqis (bukan nama sebenar)..dah lah comel, cantik..muka macam mama..pandai macam mama..Tahniah anak mama dapat result 68A dalam exam.. Tak sia-sia mama hantar p "tusyen" sampai habis RM40K sebulan..mama bangga dengan Aqish (Nama manja Balqis walaupun jauh dari nama sebenar).

Anak Comel Tahap Model

Ya Allah Aqish (Balqis yang cemerlang tadi) comelnya..kecik-kecik dah comel, pandai bergaya, tudung ala-ala Hana Tajima..siap bungkus kepala ikat tepi..ada iras-iras mama dia..tang idung ikut papa dia..ramai yang cakap bila besar konfem lawa ni..Mama ingat nak masukkan dia dalam kelas American Next Top Model lah..doa-doakan lah yer..aamiin..

Pakaian Anak

I bukan apa kalau beli murah-murah ni, nanti kulit anak i si Aqish tu(Balqis yang cemerlang dan comel tadi) kalau pakai yang murah konfem berkudis tahap dewa. Tu yang terpaksa beli baju, seluar, tudung dan kasut harga RM30K tu bagi Aqish pakai..kalau harga camtu je yang kulit Aqish berkenan..harganya berpatutan.. Tak murah dan tak mahal..

Anak Rajin Macam Mesin

Aqish (masih Balqis yang cemerlang, comel dan alergik tu)..nape lah awak ni dilahirkan comel sangat..dah lah pandai, cemerlang, terbilang, bijak, comel, baju cantik-cantik, fasih mengaji pula..sekarang ni pula, "pe'el" terbaru dia..Ya Allah rajin..kecik-kecik dah rajin yang amat..pandai basuh longkang, pandai cat umah 5 tingkat, pandai bagi makan kucing 80 ekor, lap tingkap dan repair bumbung umah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! 5 Tanda-Tanda dan Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial!

Edisi Sentap! Contoh Surat Mohon Nikah Lagi Satu - Konfem Dapat Kebenaran!

Oleh Kaki Wayang on



Kepada sang suami yang bercita-cita nak berpoligami..mungkin surat ini boleh membantu anda..so, lepas ni bolehlah mohon yer..yelaaa kadang-kadang suami pun malu juga nak minta kan..so, apalah salahnya memohon untuk nikah lagi satu dengan menggunakan surat..konfem dapat..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Contoh Surat Mohon Nikah Lagi Satu - Konfem Dapat Kebenaran!

Edisi Sentap! Begini Caranya Untuk Elak Siaran ASTRO Terganggu akibat hujan!

Oleh Kaki Wayang on

Setelah bertahun-tahun asyik-asyik siaran terganggu dan bermasalah..Akhirnya krew Blog betol-betol Hangat kini baru sahaja menjumpai dan mengetahui cara bagaimana untuk mengelakkan SIARAN ASTRO tergendala akibat hujan.

Setelah kajian dan pelbagai teori serta amali di lakukan, maka cara yang terbaik untuk mengelakkan siaran ASTRO akibat hujan adalah dengan cara seperti gambar di bawah. Tanpa perlu bagitahu langkah dan caranya dengan detail sangat. Tengok je gambar tu, kamu pasti akan tahu caranya.

NAH AMEK KAW!!!!

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Begini Caranya Untuk Elak Siaran ASTRO Terganggu akibat hujan!

Edisi Sentap! Ini Akibatnya Bila Neelofa Ucap Selamat Malam Sayang!

Oleh Kaki Wayang on

 

Beginilah jadinya apabila Neelofa ucap selamat malam..lebih-lebih lagi tambah dengan perkataan "sayang"..mula lah lelaki aka jantan menggatal..perasan macam Neelofa tu awek diorang je..hahahahaha..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Ini Akibatnya Bila Neelofa Ucap Selamat Malam Sayang!

Edisi Sentap! Video Pasangan Remaja Kantoi Beromen Di Tangga!

Oleh Kaki Wayang on


Beginikah persepsi yang orang nak bila tengok orang bertudung? ataupun lelaki yang sepatutnya menjaga kaum yang lemah? Macam-macam hal.




Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Video Pasangan Remaja Kantoi Beromen Di Tangga!

Edisi Pelik! Laaaa Budak Ni Rupanya, Ingatkan Budak Ni Lelaki, Rupanya Perempuan - Serius Sentap!

Oleh Kaki Wayang on


Korang ingat tak budak ni? Alaaa budak yang berlakon dalam Filem CJ7 tu laaa..yang berlakon sebagai budak lelaki yang sering dibuli tulaaa..aku mati-mati ingatkan dia ni lelaki..rupa-rupanya dia ni pompuan..#sentapmakjemahnak...
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Laaaa Budak Ni Rupanya, Ingatkan Budak Ni Lelaki, Rupanya Perempuan - Serius Sentap!

Edisi Sentap! Gambar Isteri PM, Rosmah Bawa Kafir Dan Wanita Tidak Bertudung Ke Masjid - Boleh Ke?

Oleh Kaki Wayang on


Rasanya peristiwa ini berlaku dalam masjid ataupun surau..tapi boleh ke orang tak bertudung atau orang bukan Islam masuk sesuka hati ke dalam masjid ni? Bukan ke kena pakai tudung atau sekurang-kurangnya pakai penutup kepala..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Isteri PM, Rosmah Bawa Kafir Dan Wanita Tidak Bertudung Ke Masjid - Boleh Ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...