PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label mimpi ngeri. Show all posts
Showing posts with label mimpi ngeri. Show all posts

Betol-betol Ngeri! Isteri terpijak buaya!

Oleh Kaki Wayang on

BUKTI...Rahman menunjukkan lokasi isterinya terpijak buaya. 
BUKTI...Rahman menunjukkan lokasi isterinya terpijak buaya.

“Isteri saya tidak menyangka ‘kayu’ yang dipijak sebenarnya seekor buaya tersesat di halaman rumah ketika banjir,” kata Rahman Nawang, 60, menceritakan kejadian cemas menimpa isterinya yang nyaris dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Kawang, di sini, baru-baru ini.

Nelayan terbabit berkata, isterinya, Raimah Abdullah, 56, tidak menyedari reptilia itu berada di bawah rumah berikutan keadaan gelap, selain badan haiwan itu berwarna coklat seakan kayu.

“Kejadian berlaku ketika banjir baru-baru ini apabila isteri dikatakan terlihat kotak dihanyutkan air menyebabkan dia bergegas turun untuk mengambilnya. “Tanpa disangka, sebaik meranduk (meredah) air banjir, dia terpijak seekor buaya sepanjang lebih tiga meter yang disangkakan dahan kayu,” katanya ketika ditemui, di rumahnya, kelmarin.

Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam itu agak gelap dan sukar membezakan antara kayu dan buaya.

“Sebaik terpijak ‘kayu’ itu, ia bergerak dan isteri saya yang terkejut bergegas naik ke rumah, manakala buaya itu melarikan diri ke semak berhampiran. “Saya bimbang jika tiada usaha pihak berkuasa, pasti akan ada penduduk menjadi mangsa ‘sang bedal’ ini kelak,” katanya.

Menurut Rahman, dia sering terserempak beberapa ekor buaya berjemur di tebing sungai sepanjang lebih tiga meter dan hampir satu meter lebar ketika sedang menjala ikan.

“Bukan saya saja, malah beberapa penduduk kampung pernah terserempak dengan berbahaya ini, malahnya semakin banyak dan dianggarkan melebihi 100 ekor. “Buaya itu hanya akan muncul ketika paras air sungai surut hingga menampakkan tebing dan pasir,” katanya.

Tanpa berselindung, Rahman berkata, dia pernah terserempak dengan buaya bersaiz gergasi sepanjang lebih lima meter dan selebar lebih satu meter sedang berjemur di tebing sungai yang terletak hanya kira-kira 30 meter dari rumah.

“Sepanjang menetap di kampung ini, itulah pertama kali saya melihat buaya sebesar itu timbul di sungai ini,” katanya.

Menurut Rahman, dia pernah menangkap beberapa ekor anak buaya sebagai bukti kewujudan haiwan berkenaan.

“Anak buaya sepanjang 40 sentimeter (sm) sering dilihat berenang mencari makanan terutamanya pada waktu malam. “Saya pernah menangkap anak buaya pada waktu malam hanya menggunakan tangan ketika pulang dari laut dan melepaskannya semula selepas selesai merakam gambar sebagai bukti,” katanya.

Rahman berharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu mengatasi atau mengurangkan masalah ini demi keselamatan penduduk kampung.

“Kelibat buaya semakin kerap timbul di permukaan air dan mendedahkan diri mereka mungkin petanda haiwan itu kini kekurangan makanan,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Isteri terpijak buaya!

Betol-betol Hangat! Adab tidur elak mengigau

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzwHX6NFd28gadvQadL1hxxyoDihMtNrENlD3hsQ1E5EMRWyXRPv_wdgUxLDLSfquvqmwuhGbbwQ72Uj4P24b-kKJFl_WaVIodCT10Qv_pS0UBkipogVy1NUbRptvI0gwUrAr1NDFh0AkG/s400/bebe_hat.jpg

SAYA pelajar institusi pengajian tinggi ada masalah sewaktu tidur. Hampir setiap malam saya mengigau hingga mengganggu rakan sebilik.Perkara itu sudah lama berlaku pada diri saya, bukan di asrama sahaja malah di rumah sendiri.

Saya sering ditegur kawan-kawan dan rasa sangat malu. 

Jawapan:  

MENGIGAU (sleeptalking atau somniloquy) dilihat sebagai ‘bercakap pada masa tidur, meracau (ketika sedang tidur)’: (Kamus Dewan 2005: 560).

Ia biasa berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga dikaitkan dengan demam. Mengigau tidak berbahaya tetapi boleh membangunkan orang yang berhampiran dan kadang-kadang membawa kepada kejutan, kebimbangan dan sebagainya kepada orang yang mendengarnya (lihat, http://en.wikipedia.org/wiki/Somniloquy).

Ada baiknya mengamalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya (1) tidur awal dan mengambil wuduk, (2) bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud, (3) membaca doa sebelum tidur, (4) membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan, (5) tidur atas lambung sebelah kanan dan (6) mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan adab tidur itu dapat mengelak daripada mengigau.


Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Adab tidur elak mengigau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...