PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Khas untuk The Plain Yard!
Oleh Kaki Wayang on
Suka tak suka lain cerita yer wahat owner The Plain Yard...aku cuma buat sesuatoo sementara menunggu ko balas mesej aku tu sal ajak g makan..so aku buatkan ni khas untuk header blog ko..amacam?aku tak nak buat macam header aku tu..kang sama lah pulak font..tapi kalau ko nak juga nanti aku buatkan..yang ni aku buatkan ngan font lain...
Betol-betol WTF! Lelaki Mengandung! Serius WTF!
Oleh Kaki Wayang on
OMG! pertamanya maaf menggunakan WTF..BBH tak sebut pon..cuma taip jewww...hahahahaha..gambar ni memang sangat ntahlah..tak tahu nak kata apa..sangat pelik dan peliklah..Korang penah dengar tak lelaki mengandung? tadi BBH nak cari gambar pompuan mengandung untuk masukkan gambar ke dalam entri GURU BIOLOGI tu..sekali gambar ni keluar daaa...ape lagi terus masuk blog lah.

Gambar ni macam tak nampak sangat kan ke "mengandung"an itew
Malaslah ak komen banyak-banyak korang tengok jelah gambar ni yer..pastu korang komen lah kalau nak..tak nak komen sudah..gambar kat atas macam tak nampak sangat ke"mengandung" an itew kan..pe kata korang tengok gambar ni pula....serius OMG!!! (pinjam tagline Blog Serius jap)

P/s: Is it possible? OMG! aku masih tertanya-tanya lagi!!!! nape lah jadi macam ni..heyyyy!!! kejilaaa..macam ni lah bila dunia dah semakin canggih..agak-agaknya macam manalah orang ni nak lahirkan anak kan?aiyoooo tak nak bayangkan..jap aku nak buat siasatan susulan jap..Mr. Google mana kooo..
5 Minit kemudian...OMG! sekali lagi aku terkedu..meh baca ni!
Thomas Beatie dikhabarkan melahirkan anak keduanya di Amerika Serikat, Selasa (9/6) pagi waktu tempatan. Anak lelaki tersebut lahir dalam kondisi yang sihat.
Menurut ABC News, anak itu lahir secara normal. Beatie dan isterinya, Nancy, belum lagi memberi nama untuk bayinya tersebut. Nancy bakal menyusui anak keduanya seperti anak pertama mereka, Susan Juliette, yang lahir Jun lalu.
Lahir dengan nama Tracy, Thomas Beatie menjalani operasi pembedahan kelamin dan secara hukum mengubah seksnya dari perempuan menjadi lelaki di Hawaii, Amerika Serikat.
5 Minit kemudian...OMG! sekali lagi aku terkedu..meh baca ni!
Thomas Beatie dikhabarkan melahirkan anak keduanya di Amerika Serikat, Selasa (9/6) pagi waktu tempatan. Anak lelaki tersebut lahir dalam kondisi yang sihat.
Menurut ABC News, anak itu lahir secara normal. Beatie dan isterinya, Nancy, belum lagi memberi nama untuk bayinya tersebut. Nancy bakal menyusui anak keduanya seperti anak pertama mereka, Susan Juliette, yang lahir Jun lalu.
Lahir dengan nama Tracy, Thomas Beatie menjalani operasi pembedahan kelamin dan secara hukum mengubah seksnya dari perempuan menjadi lelaki di Hawaii, Amerika Serikat.
P/s part 2: Tak terkata dah...
Betol-betol Pelik! Ambil rahim Ibu untuk hamil
Oleh Kaki Wayang on
Bila terbaca Harian Metro pagi ni..aku terbaca satu artikel pasal seorang guru biologi nak ambil rahim ibu untuk mendapatkan zuriatnya sendiri..ape perasaan korang? pelik tak? kita ikuti kisahnya yer:

Sekadar gambar hiasan
Seorang guru muda biologi bakal menggunakan rahim ibu sendiri dalam usahanya mendapat zuriat, lapor media semalam.
Dilahirkan tanpa rahim secara semula jadi, jika pembedahan itu berjaya, bermakna Sara Ottosson, 25, akan hamil menggunakan rahim yang pernah mengandungkannya selama sembilan bulan satu ketika dulu.
Ibu Sara, Eva Ottosson, 56, bersetuju menjalani prosedur yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Eva seorang ahli perniagaan berpangkalan di dari Nottingham bakal mencatat nama sebagai wanita pertama memindahkan rahim kepada anak perempuan sendiri.
Kata Sara, dia tidak memikirkan implikasi daripada keputusan mengambil rahim yang pernah menempatkannya ketika janin dulu.
“Saya seorang guru biologi dan rahim itu sama seperti rahim lain. “Ibu saya pernah bertanya: Tidakkah prosedur ini aneh? “Saya tidak menganggapnya aneh,” katanya.
Menurut Sara, dia lebih bimbangkan Eva kerana perlu menjalani pembedahan besar
P/s: Macam-macam lah dunia sekarang ni..dunia tanpa sempadanlah katakan..bila manusia hidup dalam kehidupan yang sangat moden dan hidup dikelilingi dengan arus permodenan yang canggih-manggih..macam ni lah yang akan berlaku..tapi perlu ke buat macam ni?aiyoooooo..
Betol-betol Hangat! Keistimewaan Buah Naga!
Oleh Kaki Wayang on
Sape dah penah makan Buah Naga? Amacam? Sedap tak? ke biasa-biasa je..BBH sebenarnya pon belom penah rasa lagi..sebab BBH punya prinsip..kalau benda-benda pelik jangan makan..memanglah buah ni tak pelik..cuma pada pandangan mata dan hati BBH..buah ni macam pelik tu sebab tak nak makan tu..kang sakit perut pula..
Korang tahu tak keistimewaan buah ni? Keistimewaan pokok naga apabila boleh berbuah sehingga 30 biji dalam satu masa manakala pokok ini boleh hidup sehingga 100 tahun lamanya.
Buah kaktus madu ini cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisme dalam badan manusia.
Buah ini sangat berkesan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan racun dalam darah. Buah naga mengandung 80 peratus air, vitamin C, serat, kalsium, zat besi dan fosforus yang bermanfaat untuk membantu menangani penyakit darah tinggi. Kandungan seratnya mencegah sembelit dan zat besi yang tinggi membantu mencegah anemia terutama bagi ibu hamil.
Kandungan serat pada buah naga yang mencapai 0.7 gram hingga 0.9 gram juga sangat berguna dalam sistem pencernaan dan menurunkan kadar kolesterol.
Antara kebaikan buah naga adalah membantu untuk:
1. Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
2. Mengurangkan metabolisme badan.
3. Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
4. Mengurangkan tekanan emosi.
5. Meneutralkan toksik dalam darah.
6. Mencegah kanser usus.
7. Mencegah kandungan kolesterol.
8. Menurunkan kadar lemak.
1. Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
2. Mengurangkan metabolisme badan.
3. Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
4. Mengurangkan tekanan emosi.
5. Meneutralkan toksik dalam darah.
6. Mencegah kanser usus.
7. Mencegah kandungan kolesterol.
8. Menurunkan kadar lemak.
Betol-betol Kagum! Blair baca al-Quran tiap hari
Oleh Kaki Wayang on
Adik ipar Tony Blair yang memeluk Islam tahun lalu
Korang penah terfikir tak bila orang yang dahulunya seperti memusuhi Islam akhirnya sukakan Islam..malah menjadikan Al-Quran sebagai bahan, teman dan sahabatnya tiap hari..begitulah keadaannya dengan Tony Blair bekas Perdana Menteri Britian. Sila ikuti kisahnya:-
Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri. Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.
Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran. Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.
Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.
“Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif,” katanya.
Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah. Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin.
Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama “indah” dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa “kekuatan sangat bertamadun.” Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah “buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul.” Adik ipar Blair, Lauren Booth, memeluk Islam pada September tahun lalu dan membuat pengumuman terbuka mengenainya kira-kira sebulan kemudian.
P/s: Kalau keadaan ini berterusan..tak mustahil pada suatu ketika nanti Tony Blair akan menjadi saudara baru Islam..begitulah jugak kawan-kawan aku dulu yang sangat suka mengejek bila azan dikumandangkan..sekarang dah masuk Islam dah..kawan-kawan yang dahulunya suka makan B**i, sekarang dah masuk Islam malah kalau balik kampong..dia bawak sendiri pinggan mangkuk untuk elakkan dirinya dari termakan dalam pinggan yang digunakan untuk makanan haram itew..