PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Informasi! Tahukah anda! Siapa Pencipta Pemacu Flash USB?

Oleh Kaki Wayang on

http://www.usbdrivemall.com/productimg/cartoon%20usb%20flash%20memory_0081.jpg

Menurut beberapa sumber Dov Moran daripada M-System merupakan orang pertama yang muncul dengan konsep Pemacu Flash USB pada 1998 selepas mengalami masalah computer sewaktu membuat pembentangan kepada pelabur. 

Pemacu ini menggabungkankestabilan memori flash dengan sambungan kelajuan USB. M-Systems kemudiannya melancarkan pemacu USB Flash DiskOnKey pertama pada tahun 2000. Namun beberapa syarikat lain juga mendakwa mereka merupakan individu pertama mencipta Flash USB..antaranya adalah Netac Technology dan Trek Technology.

Walau apapun bagi BBH apa yang kita hadapi sekarang..pemacu Flash USB sememangnya membawa arus teknologi yang begitu berkesan kepada pengguna.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tahukah anda! Siapa Pencipta Pemacu Flash USB?

Informasi Terkini Blog Betol-betol Hangat!

Oleh Kaki Wayang on

 
Can’t stop checking your Facebook even though your SPM Exams are around the corner? Well, you now have a reason to log on to Facebook. Discover the one-stop community for all SPM students to ease their stress and prepare for the big exam. Be a part of the community; share your stories and even your studying tips.
Feeling nervous about the upcoming PMR Exams? You are definitely not alone. Jump through this hoop together by being a part of the community. Share your stories and even your studying tips and watch out for more to come!

Now, you’ll be better prepared to take your exam!


The WebMatrix has everything that you need for website development. From open source website applications, built-in web templates and code writing in PHP or ASP.NET are all FREE!

Developing websites has never been easier!

 

Start showing your support by casting your votes to your favourite homemade band. Remember, every single vote counts. 


Quick conquer this district and win prizes like iPad 2, Play Station 3, iPod Touch or even prepaid cards worth RM300!
Sila baca selanjutnyaInformasi Terkini Blog Betol-betol Hangat!

Betol-betol Hangat! Tips Menambah Follower!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2s-sJy-Ihc4109ikUwvZW0QrhS5sKCyfJAMq8M06NekuDTqbV5MHBBSrD0CwqlaNDK_sWgATQdLZ9eO2NJG-gsgnMpgJEBZm6D7PuW2lWyplRS3MY2nuFHR7R9dNDVfkQwoH1PgoUJOM/s1600/want-more-followers.jpg

Tema hari ni..tema info dan tips je..sesuai dengan tujuan blog ini dihasilkan..semuanya berkenaan informasi..semoga ianya akan menjadi sebuah blog yang berinformasi suatu hari nanti..Ok entri kali ni adalah tips bagaimana nak dapatkan follower yang ramai..sepatutnya aku tak boleh nak keluarkan entri ni..sebab follower aku pown bukan ramai pown..tak sampai 100 lagi pown…tapi atas dasar-dasar ingin berkongsi..so Aku pown buat entri ni..Thanks to TIA atas entrinya mengenai ini.

Yang dah ramai follower tu nak baca ke tak terpulang sebab anda dah ada ramai pengikut..yang nak amik port tu..silakanlah yer..lagipun aku ni baru 2 bulan berblog..tak dapek nak bandingkan dengan blogger senior yang lain sampai ada yang 20,000 pengikut setianya..Aku bukannya kisah sangat pown sal follower ni..sebab..dalam banyak-banyak pengikut aku ni..belom tentu ada ada yang mengikuti secara terus, harian ataupun langsung tak berkunjung dah ke blog aku ni selepas dia tekan button follow tu..

Ok back to the main topic, tips ni boleh digunakan untuk menambahkan follower korang..leh tambahkan komen pengunjung dan pembaca..dan boleh juga menyebabkan setiap entri korang dikomen oleh pembaca.
  1. Korang leh letak tagline pada follower korang dengan tagline seperti..korang follow aku, aku follow korang balik..mudah bukan..walaupun sentap nak mampos dan desperate giler nak follower..tapi itulah hakikatnya..sekurang-kurangnya pembaca leh fikir..”kalau aku follow dia, dia mesti follow aku balik”..secara tak langsung follower anda akan bertambah walaupun seorang..
  2. Tips seterusnya adalah segmen ataupun contest..yang segment u kalau aku yang buat belom tentu berjaya disebabkan blog aku masih lom hebat lagi..tapi kalau kengkawan kita ynag lain yang dah pro bab ni konfem boleh..pada yang desperate sangat tu..korang leh lah buat segmen macam Abg Ben selalu buat tu..tak pun buat contest..hadiah kenelah gempak beb..hadiah pertama Ipad 2 ke, Hadiah kedua Nikon DSLR ke..tak pun paling kurang..giveaway RM10 topup pun dah cukup..secara tak langsung akan mendapat pengunjung dan follower..pastu kalau wat contest..korang wajibkanlah mesti menjadi follower baru leh join contest..silap-silap traffic pown datang mencanak oooo..
  3. Yang terakhir (walaupun pada dasarnya banyak tips lagi) jadikan entri blog anda mantap-mantap..kalau nak copy entri orang pown jangan lupa bagi kredit dan ubah sedikit entri tersebut dari sudut pandang tuan/puan/cik/encik yer..tips yang terakhir ni agak payah sikit sebab korang kena sentiasa buat entri yang sangat power dan hebat.. 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tips Menambah Follower!

Betol-betol Hangat! Air Mata Jatuh Berguguran!

Oleh Kaki Wayang on


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMSLUYXJyhe_etqOto4wkEFNBRIPnN1knLVWghn6FpdaOwA5mRBwZ1uuM10tDxLKK5jzPpZwydKaBQdGmgWi21X-vBgdY4uNrukY7nmYaXIFwyGw8GHIhDL1Tr_cy4qO9M2DjmOIaof8Yf/s1600/weight-date.jpg

Dalam entri kali ini..membincangkan satu hal yang ramai blogger-blogger baru tak perasan..macam aku juga..saje masukkan nama “aku” dalam golongan ini..supaya nanti orang tak cakap..

“cakap pandailah..buat tengok” tak pun “blog aku, suka hati aku lah nak letak apa”..nyah ko dari sini..

Entri ni bukan nak cari gaduh atau ape pown..saja nak kongsikan pengalaman terutamanya dengan blogger-blogger baru ni..tidak dinafikan bila menjadi blogger ni banyak benda yang kita nak letak dalam blog..betul tak?..kalau boleh nak letak jam, nak letak iklan sana sini..lampu lip lap sana sini..siap ada salji jatowhhh berguguran lagi..tak cukup dengan itu..letak lagu lagi..dah lah xleh nak pause pulak tu..perghhhh..memang menggangu “system pembacaan” betol..kalau boleh sume nak letak..nak letak biar 1 page penuh ngan widget.
Biasanya perkara ni terjadi kepada blogger-blogger wanita..setakat ini jarang lagi BBH tgk blog lelaki yang ada lagu..persoalannya di sini..mana yang lagi elok..blog cantik tapi berat dan serabut atau..blog yang tak berapa nak cantik tapi ringan jew..tepuk dada tanyalah selera yer..jangan ada yang sentap-sentup pula..

Kekadang ada blog yang leh menyebabkan airmata pembaca jatuh berguguran..bukan kerana entri yang sedih atau lawak.tapi menunggu entri pertama muncul tak sudah-sudah..nak loading berjam-jam..siap leh masak maggi pula tu..bila dah berjaya bukak entri pertama..bukan main melompat lagi..macam menang piala dunia..

So kepada kengkawan sekalian..korang janganlah terasa..ni Cuma teguran..kalau korang nak lagi ramai pembaca datang ke blog anda..pastikan blog anda ringan seringannya..jangan sampai kene tegur dalam komen secara terus ke blog anda baru nak sedar..tak dinafikan blog-blog anda cantik tapi bagi pembaca lain ianya serabut..

P/s: Tolonglah ringan-ringankan blog anda yer..lebih-lebih lagi kepada pengguna broadband..tak pasal-pasal habis dalam tempoh singkat sebab slalu masuk blog yang berat nak mampos itew..jangan sentap-sentup tauuu..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Air Mata Jatuh Berguguran!

Betol-betol Hangat! 8 Tuntutan Bersih 2.0

Oleh Kaki Wayang on

Oklah..aku ni bukanlah Politician ataupun ahli politik serba boleh..malah aku tak de sangkut paut pown dengan Politik..aku hanya seorang amnusia yang disogokkan dengan pelbagai cerita mengenai Politik..ntah mana yang betul dan mana yang tak..semuanya kurang jelas dimataku..fitnah sana sini..mengeluarkan aib orang lain..dan aku rasa ntahlah..yang aku tahu..orang hanya pandai berjanji tapi tak pernah kotakan janjinya..setiap kali pilihanraya diadakan rumah aku kat Sabah tu dijadikan markas untuk berkempen..bila dah habis banyak kertas-kertas undi bertaburan dalam rumah dan luar rumah..berkempen bukan main..janji itu ini..satu ape pon takde..so bermula dengan itu aku malas nak amik tahu pasal politik..

Dan kini BERSIH 2.0 kembali menagih hak..siapa BERSIH?

http://najibnaili.files.wordpress.com/2011/06/bersih-logo-small.jpg

Berikut merupakan 8 tuntutan yang dikemukan oleh BERSIH 2.0:-

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! 8 Tuntutan Bersih 2.0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...