PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Obama pesan pizza dari angkasa
Oleh Kaki Wayang on
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjenaka ketika membuat panggilan kepada angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dengan menyatakan beliau tersilap mendail nombor telefon apabila ingin memesan pizza.
``Saya sebenarnya ingin memesan pizza tetapi saya tidak jangka pula dihubungkan ke angkasa lepas,’’ katanya ketika disambut gelak ketawa 10 angkasawan di ISS itu.
Betol-betol Hangat! Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 (Sinopsis)
Oleh Kaki Wayang on
Setelah penat berblogwalking time rehat tadi sebelum balik ke rumah untuk bersiap ke maslid untuk solat Jumaat..aku sempat menjengah ke blog Prince91 dan melihat sebuah entri yang penuh dengan informasi..yang aku tertarik adalah satu post mengenai filem terbaru Harry Potter iaitu filem terakhir dalam sirinya..so aku copy kan entri sinopsisnya..samalah macam dia..aku pown belom tengok lagi movie ni..baru keluar semalam..(KHAMIS - 14/07/2011) so masih belum sempat untuk menontonnya..jom kit abaca sinopsisnya..thanks to Prince91..
Selepas menanam Dobby di taman kotej Shell, Harry Potter (Daniel Radcliffe) meyakinkan Griphook untuk membantu mereka sampai ke peti besi keselamatan milik keluarga Lestrange di Gringott, untuk mendapatkan salah satu Horcrux Voldemort dalam pertukaran untuk Pedang Godric Gryffindor. Sementara itu, Ollivander si Wandmaker yang memberi amaran kepada Harry bahawa dia tidak akan berpeluang berdepan dengan Voldemort yang telah mempunyai Elder Wand. Mereka tiba di Gringotts, Hermione (Emma Watson) menyamar sebagai Bellatrix, menggunakan Potion Polyjuice, Ron (Rupert Grint) menyamar sebagai wizard rawak sementara Harry dan Griphook di bawah Jubah halimunan. Dengan bantuan sihir Imperius, mereka berjaya melalui terowong itu, tetapi apabila berjaya dikesan, pengawai keselamatan Gringott menyerang mereka. Mereka berjaya mendapatkan peti besi milik keluarga Lestrange dan mendapati Piala Horcrux, Helga Hufflepuff, Griphook mengkhianati mereka dan melarikan diri dengan pedang. Harry menangkap Horcrux dan ketiga-tiga mereka melarikan diri menggunakan naga . Mereka berenang ke tebing tasik, selepas terjun dari naga, dan Harry mendapat visi bahawa Voldemort mendapat Gringotts sejurus selepas mereka, membunuh, semua orang bunian, termasuk Griphook disebabkan kekecewaan. Harry juga melihat bahawa relik Rowena Ravenclaw, salah satu Horcrux yang terdapat di dalam Istana Hogwarts.
Tiga Apparate to Hogsmeade berharap dapat menyelinap masuk ke sekolah tetapi diganggu oleh Death Eater yang memantau kawasan itu. Mereka diselamatkan oleh Aberforth Dumbledore, abang Albus, ia mendedahkan bahawa beliau ialah orang yang Harry selalu lihat melalui cerminnya. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan ke Hogwarts yang disediakan oleh Aberforth, Neville Longbottom memimpin jalan. Kumpulan itu tiba di Bilik Keperluan di mana Tentera Dumbledore membuat rintangan dari Snape yang kini pengetua. Harry berhadapan dengan dia, Minerva McGonagall campur tangan dan berperang dengan Severus, yang melarikan diri dengan serta-merta. Sementara itu, Voldemort memanggil semua ahli gabungan dan pusingan itu Hogwarts. McGonagall dan kakitangan Hogwarts lain yang membuat penghalang untuk memastikan sekolah selamat dari serangan mana-mana. Hermione dan Ron kembali ke Bilik Rahsia, mematahkan Piala Hufflepuff dan berkongsi ciuman pertama mereka. Harry, dengan bantuan anak perempuan hantu Rowena Ravenclaw, Helena, menjumpai mahkota Ravenclaw dan dimusnahkan apabila Malfoy dan kawannya membuat sihir api . Voldemort kemudiannya menggunakan Elder Wand untuk memusnahkan halangan Hogwarts tetapi dia tahu bahawa tongkat itu tidak berfungsi dengan baik dengan dia, kerana ia hanya akan bekerja dengan orang yang membunuh bekas pemiliknya iaitu Snape.
Dia bertemu denganSnape di pelabuhan bot yang kemudiannya banyak kali digigit oleh Nagini di bawah perintah Voldemort, sebelum menggunakan Elder Wand. Harry, Ron dan Hermione membantu Snape, yang kemudiannya meninggal dunia sambil mengagumi bagaimana Harry mendapat mata Lilly Potter. Harry menggunakan air mata Snape dan menggunakan ke dalam Pensieve di mana beliau melihat bahawa Snape sebenarnya mencintai Lilly dan mereka kenal antara satu sama lain sejak kanak-kanak. Apabila Lilly melahirkan Harry, Snape pergi Dumbledore untuk memastikan mereka selamat dari Voldemort. Pada waktu malam apabila ibu bapa Harry mati, Snape tiba dan terkejut dengan apa yang dilihatnya. Ia mendedahkan bahawa Snape mengambil berat tentang Harry sejak awal-awal lagi. Voldemort kemudiannya masuk ke dalam kepala semua orang sebagai Pertempuran Hogwarts - di mana Tonks, Lupin, Fred Weasley dan Brown Lavender meninggal dunia, dia mengajak Harry untuk bertemu dengannya di Hutan Terlarang sebagai pertukaran supaya rakan-rakannya berundur agar rakan-rakannya yang lain selamat. Harry pergike sana dan Batu Kebangkitan muncul lalu orang tersayangnya yng meninggal dunia tiba dan membantu dia dan bersedia untuk mati. Harry menghadapi Voldemort yang menyerang menggunakan Killing Curse beliau.
Harry bangun di dalam satu bentuk mimpi dan dia bercakap dengan Dumbledore yang mendedahkan bahawa Harry adalah sebenarnya satu Horcrux dan dia masih terikat kepada dunia yang hidup melalui Voldemort. Mempercayai bahawa Harry sudah mati, tentera Voldemort berarak ke pertahanan Hogwarts manakala Harry dibawa dengan Hagrid terikat. Voldemort menyeksa pelajar dan kakitangan kerana mereka kini terdedah dan dia bersedia untuk sesiapa yang ingin menyertainya. Harry mendedahkan dirinya untuk hidup dan menyihir Voldemort dan tenteranya, Death Eaters yang lain melarikan diri, termasuk keluarga Malfoy. Pertempuran terjadi di dalam istana, Harry dan Voldemort bersemuka dan terus menyerang, jampi-jampi antara satu sama lain. Sebaliknya, Hermione dan Ron cuba untuk membunuh Horcrux terakhir, Nagini tetapi gagal untuk melakukan percubaan dan apabila ular itu untuk menyerang mereka, Neville membunuhnya dengan menggunakan pedang Gryffindor yang dijumpai di dalam Sorting Hat . Dengan Horcrux terakhir beliau dipecahkan, Voldemort terkena sihir Harry. 19 tahun kemudian, Harry dan Ginny kini ibu bapa mengajar Albus Severus Potter di tahun pertama di Hogwarts. Bersama-sama dengan Ron dan Hermione yang kini berkahwin juga, mereka melihat anak-anak mereka untuk mengalami pengembaraan yang paling menarik dalam kehidupan mereka.
Betol-betol Nostalgia! BEN ASHAARI dan SEKOLAH!
Oleh Kaki Wayang on
- Buat satu entri , letak header BEN ASHAARI blog dan tajuknya BEN ASHAARI dan SEKOLAH , kemudian linkkan ke entri ni .. hehehe..
- Tu je.. tak susah kan ? Ok.. Cara permainan ni mudah jer.. APAKAH YANG TERGAMBAR DALAM KEPALA KORANG BILA AKU SEBUT 'SEKOLAH' .. Korang bagi jawapan dan jawapan TIDAK BOLEH SAMA dengan rakan rakan lain !! Korang kena check di ruangan komen ...kalau takde , baru bagi jawapan .. hehehe.. Jawapan beserta url ..bagi di ruangan komen ..
- Pemenang akan ditentukan melalui komen terakhir yang mana jawapannya tidak sama dengan jawapan peserta yang lain DAN perbezaan masa komen dengan sebelum itu adalah sejam ..
- Hadiah ? Promosi blog dia selama dua jam di entri utama blog BEN ASHAARI.COM .. ok ?
Apa yang tergambar dalam kepala otak aku setelah BEN sebut "SEKOLAH"
Sekolah Rendah
- Masih jelas tergambar aku dilantik menjadi KETUA KELAS SELAMA 6 tahun berturut-turut dari darjah 1 sampai darjah 6..korang tengok muka aku kat header tu..ada muka macam Ketua Kelas tak?sesuai tak?
- Masih jelas tergambar aku merupakan satu-satunya pelajar Pengakap yang beragama Islam join group pengakap sekolah.
- Masih jelas tergambar yang pertama kali keputusan terburuk aku dalam pembelajaran adalah menduduki tempat ke-5 dalam kelas iaitu ketika darjah 3..
- Masih jelas tergambar yang aku ni tak pernah dapat No. 1 dalam kelas dan aku hanya berada di tempat ke-2 dan ke-3 sepanjang 6 tahun di sekolah rendah selain keputusan terburuk adalah no. 5 ketika darjah 3.
- Masih jelas tergambar aku merupakan perintis murid-murid sekolah dengan memakai seluar panjang sebagai uniform sekolah pada zaman kecik-kecik dulu.
- Masih jelas tergambar aku merupakan pelajar terbaik Matematik dan Bahasa Inggeris suatu ketika dahulu..kedua-dua subjek merupakan 'fevret' aku sampai sekarang..
Sekolah Menengah
- Masih jelas tergambar aku sekali lagi dilantik menjadi Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas zaman Sekolah Menengahku.
- Masih jelas tergambar pertama kali aku dipilih sebagai pemain bolasepak sekolah..dan menjadi siulan awek-awek pada masa itu (perasan)..dan suatu ketika ada seorang awek sanggup menjahit baju (jersi) aku yang terkoyak..perghhhhh!!!
- Masih jelas tergambar aku merupakan pelajar lelaki yang paling kurus dan ringan di zaman sekolahku..41kg sajorkhhhh..ringan tak? Dan kini di alam pekerjaan beratku kini mencecah 68kg..
- Masih jelas tergambar aku dikenali sebagai Tauke Lagu di zaman sekolahku..asyik-asyik nyanyi jew..pernah sampai kebangsaan tau menyanyi ni..peringkat negeri Lagu-lagu Asli dan pernah merakamkan Album yang berjudul Senandung Sufi..dan pertama kali keluar dalam Radio RTM pada tahun 2004..pernah mengikuti Bintang RTM dan macam-macam lagi..pendek kata aku memang suka nyanyi..
- Masih jelas tergambar aku pernah berduet dengan sebuah kumpulan nasyid terkenal Malaysia dengan tajuk lagu Kalamullah..tak ingat nama kumpulan itu sebab dah lama..
- Masih jelas tergambar aku dipilih sebagai pelajar harapan sekolah untuk PMR dan SPM..
- Masih jelas tergambar aku merupakan satu-satunya pelajar dalam kampong aku yang berjaya melanjutkan pelajaran..kengkawan lain sume kantoi dan sangkut..gembira dan sedih sebab sorang-sorang sambung belajar..
- Masih jelas tergambar aku dilantik menjadi Pengawas bagi 3 tahun berturut-turut..sangat tak tegas gitewww..
- Masih jelas tergambar apabila mak memuji aku merupakan anak dia yang tak pernah keluar waktu malam untuk berfoya-foya dikala kengkawan lain sibuk ke pesta-pesta kerana aku sibuk mentelaah pelajaran..sebab cikgu pelik kenapa aku boleh lulus dengan cemerlang berbanding dengan lelaki2 lain..dan ketika itulah aku menangis dengan pujian seikhlas dari dia..itu semua sebab..aku merupakan pelajar terbaik masa tu..dalam buku rekod tak de gagal..dan sume A jew..gitewww..
Nampaknya itu jela yang dapat aku coretkan bila Abg Ben menyebut SEKOLAH..sebenarnya banyak lagi..tapi itulah yang masih jelas tergambar. Apa yang aku coretkan bukan tujuan untuk tunjuk menunjuk yang aku ni 'femes' masa sekolah yer..sangat tak terfikir dek akal..
Betol-betol Hangat! Susulan Perhimpunan BERSIH!
Oleh Kaki Wayang on
"Hisham nafi polis bertindak ganas, amaran pada media" - Malaysiakini. Cuba Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jawab, apa yang telah berlaku pada video ini;
Sumber: Nik Abdul Aziz Nik Mat Facebook Fanpage
Betol-berol Sengal! Design Seluar Sengal!
Oleh Kaki Wayang on
Design seluar yang sangat tak boleh blah!!!korang nak pakai tak? meh tengok design seluar sengal ni...dapat dari Hantu Hitam
Aku memang tak leh blah ngan design-design ni..sangat tak sesuai dengan budaya ketimuran di Malaysia gitew..dah lah aku ni sopan sesangat..