PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Harimau bintang amuk di kampung!

Oleh Kaki Wayang on

http://bestoneoffour.files.wordpress.com/2011/07/harimau-bintang2.jpg?w=600&h=378
 
Seekor harimau bintang seberat 90 kilogram melompat ke arah belakang seorang pegawai jabatan perhutanan di sini kelmarin. Sebelum ini harimau itu sudah mencederakan lima orang selepas haiwan tersebut tersesat memasuki sebuah kampung dari taman negara berdekatan.

leopard 2 Gambar Epik: Harimau Bintang Masuk Kampung & Mengamuk Di India

Pegawai itu cedera namun seorang pegawai perhutanan berjaya menembak ubat pelali ke atas haiwan itu menyebabkan ia lemah sekali gus dapat ditangkap dengan mudah oleh tiga anggota polis yang bersenjatakan pistol dan baton.

leopard Gambar Epik: Harimau Bintang Masuk Kampung & Mengamuk Di India

Sejumlah penduduk kampung menyaksikan detik-detik cemas itu. Harimau itu dibawa ke sebuah pusat haiwan di Sukna tetapi ia mati akibat kecederaan. Sebelum pegawai hutan itu dicederakan, haiwan berkenaan mencederakan lima orang lagi semasa penduduk kampung cuba mengejar untuk menangkapnya.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Harimau bintang amuk di kampung!

Betol-betol Hangat! Tag Nama terbesar di dunia!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.12ozprophet.com/images/sized/images/news/hamad_thumb_12ozprophet-298x191.png

Ia mungkin tanda nama terbesar di dunia. Seorang sheikh kaya-raya mengukir namanya pada permukaan pulau milik peribadinya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas. Pekerja mengukir perkataan ‘HAMAD’ atas arahan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.

Nama itu terbentang seluas 3.2 kilometer dan hurufnya setinggi satu kilometer setiap satu. Ia begitu besar sehingga huruf ‘H’ dan ‘A’ yang pertama dan sebahagian huruf ‘M’ dijadikan laluan air.

http://blogs-images.forbes.com/christopherhelman/files/2011/07/0720_hamad-abu-dhabi-space-close-up_650x455.jpg

Sheikh kaya-raya itu, yang berusia 63 tahun, anggota keluarga pemerintah Abu Dhabi di di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini, mempunyai kekayaan berjumlah RM70 bilion, yang kedua terbanyak selepas raja Arab Saudi. 

http://www.aidandoyle.net/wp-content/uploads/2011/07/Hamad-Futaisi-Island.jpg

Keretanya yang berjumlah lebih 200, termasuk tujuh Mercedes 500 SEL dicat dengan pelbagai warna pelangi, ditempatkan di sebuah bangunan yang dibina khas, berbentuk piramid. Namanya itu diukir pada sebuah pulau yang dimilikinya, Al Futaisi.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tag Nama terbesar di dunia!

Betol-betol Hangat! Video bukti polis tidak guna kekerasan ditayang!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMnpB0OYNmUJ0vl8T5hXz3ohBE3Vag9VX3r_E0YC2o0pClm6YkHihc_TfATiA4WLVCUr-NbIFT_2a-LNklYKyLU3ZfnjFAJZcj_LAcUntMh06U8ADl2yhoWBpteKEGRjAaRz58U8Srxac/s400/Bersih-2.01.jpg

Tiada kekerasan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika meleraikan perhimpunan haram 9 Julai lepas berdasarkan rakaman video yang ditayangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada wakil media dan awam di Bukit Aman di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, selain tiada babak-babak kekerasan yang didakwa dilakukan PDRM ketika menyuraikan perhimpunan tersebut, rakaman video itu juga membuktikan beberapa tohmahan yang dilemparkan sesetengah pihak mengenai perhimpunan itu juga tidak benar.

Rakaman video selama kira-kira satu jam yang disaksikan kira-kira 200 orang termasuk wakil media dan awam di Bukit Aman di sini, dimulakan dengan penjelasan slaid mengenai tohmahan beberapa pihak terhadap polis, seterusnya penayangan beberapa babak perhimpunan itu dan berakhir dengan sidang media.

"Terdapat enam tohmahan yang dilemparkan beberapa pihak antaranya berkisar kepada isu semburan gas pemedih mata di KLCC, sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad,” katanya.

Rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika Allahyarham berada di dalam Avenue K.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekali gus menepis dakwaan itu. 

“Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Burhanuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan Burhanuddin disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulans tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999,” katanya
 
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Video bukti polis tidak guna kekerasan ditayang!

Betol-betol Hangat! Keputusan Malaysia VS Chelsea!

Oleh Kaki Wayang on


Chelsea menewaskan Malaysia 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Gol kemenangan The Blues itu dijaringkan Didier Drogba pada minit ke-79.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Keputusan Malaysia VS Chelsea!

Betol-betol Hangat! BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Oleh Kaki Wayang on



Satu je sebab kenapa blog ni wajib di FOLLOW dan dibaca selalu...sebab blog ni:

BLOG YANG BETOL-BETOL HANGAT! 
UPDATED SOKMO!
BLOG BERINFORMASI!
BUKAN BLOG LUCAH SEMATA-MATA!
BUKAN BLOG CACI-MAKI SEMATA-MATA!

Blog yang akan sentiasa follow kengkawan yang follow blog ini! Tak percaya? cuba korang hadi follower Blog ni..tak pun tinggalkan komen..dengan pantas aku akan kunjungi anda semula..!!!

ITU JANJI BLOG BETOL-BETOL HANGAT!

Nak tahu kenapa Blog ni Betol-betol Hangat?

NAK TAHU SIAPA BLOGGER Blog ni? (AKULAAA)?
Sketsa Aku!!! 

Tapi yang dah jadi FOLLOWER?Macam mana pula?
Anda akan dijanjikan dengan komen2 dan terjahan keras dan lembut serta sopan dari Owner Blog Betol-betol Hangat!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...