PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Simpati! Bayi maut dihempap mayat pengasuh gemuk

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjduy4-6JRaLNcT86pmNe14wZUIpRFIcDKybYHl-zNe-S5bTSnSl4S9MIWCfWNOPTC5ij0GOHLZqLG8ECaHuyKQLg7FWZVEddnu7pRH92vFlBuYACfqZ4uqJ38hbsYgtWy_GHfzMEvyW_Sx/s1600/2.jpg
Sekadar Gambar hiasan

Bayi lelaki berusia sebulan dan anak kepada wartawan televisyen mati akibat kelemasan apabila pengasuhnya rebah dan maut lalu menghempap bayi malang itu. 

Michael Baldwin II yang bekerja di stesen berita 12 New York, berkata, dia meminta Teresa Coffey, 39, menjaga anak lelakinya selepas dipanggil bekerja Khamis lalu. Bagaimanapun, selepas panggilan dibuat ke kediamannya beberapa kali dari tempat kerja tidak berjawab, dia bergegas pulang ke kediamannya di Greenlawn di sini dan menemui bayinya, Michael Baldwin III dan Teresa sudah meninggal dunia. Baldwin memberitahu Newsday: “Anak saya bagaikan nyawa saya. Dan kini dia sudah tiada lagi.” Teresa yang berketinggian 1.67 meter dan berat melebihi 90.7 kilogram ditemui di atas bayinya kira-kira jam 9.30 malam sebaik Baldwin tiba di rumahnya. Wartawan TV itu menemui Teresa rebah di atas sofa tetapi gagal menemui anak lelakinya.

“Saya mencari di setiap bilik sambil memanggil namanya, Michael, Michael,” katanya.

Apabila dia gagal menemui anak lelakinya itu, dia pergi semula ke ruang tamu di mana Teresa tertiarap dengan lututnya terjulur ke lantai.

“Saya ada terfikir mungkin Teresa rebah di atas bayi saya. “Saya kemudian mengangkat tubuh Teresa dan melihat Michael di bawahnya.“Dia kelihatan pucat...saya lalu mendukung dan memanggil namanya walaupun saya tahu dia mungkin sudah tiada lagi,” katanya. Teresa adalah rakan isteri Baldwin.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Bayi maut dihempap mayat pengasuh gemuk

Betol-betol LOL! 9 jam duduk dengan mayat!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ribuanterkandasakibatsaljitebal/pix_gal2
Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita terpaksa duduk bersebelahan mayat teman lelakinya selama sembilan jam selepas lelaki terbabit mati tercekik ketika menjamu selera dalam pesawat. 

Vanessa Preechakul mendedahkan bagaimana dia terkejut apabila teman lelakinya, Robert Rippingale, 31, tercekik hingga mati ketika makan hidangan daging dalam penerbangan Jetstar dari Singapura ke Auckland. “Sebelum itu kami duduk bersebelahan sambil berkucupan, berpegang tangan tetapi tidak lama kemudian dia tercekik,” kata Vanessa, 27, seorang arkitek.

“Saya bertanya pada diri saya, kenapa kejadian itu berlaku pada saya? “Rippingale ingin sangat pulang ke New Zealand dan dia sudah pun meninggalkan saya,” katanya.

Vanessa memberitahu New Zealand Herald, mereka bertemu di Singapura, tempat teman lelakinya itu tinggal dan bekerja selama tiga tahun.

Rippingale membawa teman wanitanya ke New Zealand supaya Vanessa dapat melawat negara itu dan meraikan hari jadi ke-50 ibu bapa lelaki itu. “Dia sangat seronok ingin pulang dan tiba di lapangan terbang enam jam lebih awal untuk penerbangan jam 8 malam,” katanya. Selepas satu jam 30 minit berlepas, pesawat Jetstar (pesawat tambang murah milik syarikat Qantas, Australia) yang mengambil masa 11 jam penerbangan itu menyediakan hidangan pilihan daging atau ayam untuk makan malam.

Rippingale memilih hidangan daging dan makan sambil menonton filem. Tiba-tiba, Vanessa melihat teman lelakinya itu menggeletar, tetapi dia tidak menyedari ada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya ingat dia ketawa terbahak-bahak. Kemudian apabila saya memandang ke arahnya, saya lihat matanya terjuling ke atas dan dia tidak dapat bercakap. Bibirnya mula kebiruan.” Seorang doktor dan dua jururawat antara penumpang di pesawat itu dan mereka bergegas untuk membantu sebaik mendengar Vanessa menjerit meminta bantuan.

Rippingale kemudian diangkat ke bahagian dapur pesawat dan kakitangan perubatan melakukan bantuan CPR tetapi gagal menyelamatkannya. “Doktor berkenaan datang kepada saya dan meminta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan Rippingale,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol LOL! 9 jam duduk dengan mayat!

Betol-betol Simpati! Sekitar Pengebumian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor (Gambar)

Oleh Kaki Wayang on

ANAK Allahyarham Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor, Mohd Irfan 8, menyiram air mawar dikubur ayahnya Tanah perkuburan Islam UPM Serdang.

ISTERI Allahyarham Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar menyiram air mawar di Tanah perkuburan Islam UPM Serdang.

IBU Allahyarham Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor, Naemah Abdul Majid, diTanah perkuburan Islam UPM Serdang.

ISTERI Allahyarham Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Mohd Nor, bersedi bersama anaknya, Mohd Irfan dan Mohd Naufal di Tanah perkuburan Islam UPM Serdang.

JENAZAH Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor diiringi anggota Polis selamat sampai dirumahnya di Sri Serdang.

KETIBAAN Jenazah Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor bersama rombongan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Lapangan Terbang TUDM Subang.

Al-Fatihah
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Sekitar Pengebumian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor (Gambar)

Betol-betol Gempak! Proton Espire (Gambar)

Oleh Kaki Wayang on








Proton Espire (Proton Persona R)
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Proton Espire (Gambar)

Betol-betol Simpati! Mercun meletup di muka

Oleh Kaki Wayang on

SAKIT...Ezzwan terlantar di hospital, semalam.

Tindakan seorang remaja singgah melihat sekumpulan rakannya bermain mercun ketika dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan rumahnya di Kampung Tabuan Melayu di sini, mengundang padah apabila dia kini mungkin hilang penglihatan sebelah mata akibat terkena letupan mercun bola.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam menjelang 1 Syawal itu, Ezzwan Yuswan Jemat, 18, ke kedai runcit milik keluarga yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk mengambil barangan bagi persiapan Aidilfitri. Menurut ibu mangsa, Rosnah Umar, 57, anak bongsu daripada empat beradiknya itu singgah melihat sekumpulan rakannya bermain mercun ketika dalam perjalanan ke kedai.

Difahamkan ketika itu seorang rakan anaknya membakar mercun bola, namun tidak meletup dan Ezzwan membongkokkan badan untuk melihat mercun berkenaan sambil menyuluh menggunakan lampu telefon bimbitnya.

“Tiba-tiba mercun bola berkenaan meletup dan percikan api terkena seluruh muka serta mata kanannya menyebabkan anak saya meraung kesakitan. “Mujurlah beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu terus membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Menurut Rosnah, hasil pemeriksaan doktor mendapat kornea mata kanan anaknya mengalami kerosakan dan berkemungkinan menyebabkan penglihatannya terjejas atau lebih teruk lagi boleh mengakibatkan buta.

“Namun perkara itu belum dapat disahkan 100 peratus kerana doktor masih merawat kecederaan itu. Mujurlah kecederaan mata kiri anak saya tidak terlalu teruk kerana dia masih boleh melihat walapun penglihatannya agak kabur,” katanya.

Katanya, berikutan insiden itu, sambutan Aidilfitri keluarganya tidak meriah berbanding sebelumnya kerana terpaksa menjaga Ezzwan yang kini masih dirawat di hospital.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Mercun meletup di muka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...