“Saya bertanya pada diri saya, kenapa kejadian itu berlaku pada saya? “Rippingale ingin sangat pulang ke New Zealand dan dia sudah pun meninggalkan saya,” katanya.
Rippingale membawa teman wanitanya ke New Zealand supaya Vanessa dapat melawat negara itu dan meraikan hari jadi ke-50 ibu bapa lelaki itu. “Dia sangat seronok ingin pulang dan tiba di lapangan terbang enam jam lebih awal untuk penerbangan jam 8 malam,” katanya. Selepas satu jam 30 minit berlepas, pesawat Jetstar (pesawat tambang murah milik syarikat Qantas, Australia) yang mengambil masa 11 jam penerbangan itu menyediakan hidangan pilihan daging atau ayam untuk makan malam.
Rippingale memilih hidangan daging dan makan sambil menonton filem. Tiba-tiba, Vanessa melihat teman lelakinya itu menggeletar, tetapi dia tidak menyedari ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Rippingale kemudian diangkat ke bahagian dapur pesawat dan kakitangan perubatan melakukan bantuan CPR tetapi gagal menyelamatkannya. “Doktor berkenaan datang kepada saya dan meminta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan Rippingale,” katanya.


















