PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! ‘Aku nak tengok penjahat’

Oleh Kaki Wayang on

REMUK...kereta yang dilarikan penjenayah terlanggar pokok menyebabkan seorang mati. Gambar kecil, Vijayaratnam dan isterinya, Vijayalakshmi. 

Seorang mangsa rompakan yang ditetak di kepala sempat melihat mayat penyerangnya yang maut akibat kemalangan selepas melakukan rompakan sebelum dia sendiri meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Berhenti...saya mahu tengok muka penjahat itu,” kata S Vijayaratnam, 47, yang kebetulan melalui lokasi kemalangan membabitkan dua penjenayah yang menetak dia dan isterinya, G Vijayalakshmi, 45, di rumah mereka di Jalan Tasek 24, Masai di sini, jam 7.30 malam kelmarin.

Rakan mangsa, G Jayaseelan, 38, berkata ketika itu, Vijayaratnam dalam perjalanan ke Hospital Pakar Regency, dekat sini, apabila terserempak kemalangan jalan raya kira-kira 700 meter dari rumahnya membabitkan dua penjenayah yang sebelum itu melarikan diri selepas menyamun dan menetak dia dan isterinya.

“Kami tidak memberhentikan kereta kerana ketika itu kedua-dua mereka cedera parah akibat ditetak dengan parang, namun melalui tingkap kereta, Vijayaratnam sempat menjenguk mayat seorang daripada penjenayah yang terbunuh.

“Mayat penjenayah itu terbaring di sisi Proton Perdana milik Vijayaratnam yang mereka curi,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! ‘Aku nak tengok penjahat’

Betol-betol Sengal! Cekup isteri berkhalwat!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv7H_zvEFJEFPe35Nla02HZoAuR3Xf0a6eqNRM8bD3utvltI6x5FRPoeMMneuOS2rkq-ttjkLmWc1poVHYUYtEcV6_s8OP-rIQvLhbc0c3hoezwNn1q8e0-8K7apEvTg-EM9tWFxXb01o/s1600/adun.JPG

Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh sejak tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita dicekup suaminya di rumahnya di Tanjung Kling, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, wanita berusia 29 tahun itu dicekup bersama teman lelakinya berusia 28 tahun di rumah keluarganya yang ketika itu hanya dia dan dua anaknya berada di situ.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu. Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.

“Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Kling bagi laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jaim untuk siasatan lanjut,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan sejak tiga bulan lalu. Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual.

“Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Cekup isteri berkhalwat!

Betol-betol Sengal! Manusia seperti kelawar!

Oleh Kaki Wayang on

EMPAT pemuda dengan aksi Batmanning di tempat letak kereta sebuah bangunan di New York. 

Ia dipanggil gantungan kelawar (Batmanning). Dan ia mungkin menggantikan tabiat berbaring secara meniarap (Planking), tetapi nampaknya keseronokannya mengatasi aksi bahaya itu. Melakukan gantungan kelawar bermakna individu itu bergantung secara terbalik dan hanya bertahan sebelah kaki di pintu, besi, pagar, belebas tingkap atau apa saja. Mudah? Tidak juga. Aksi Planking menjadi tajuk utama akhbar selepas seorang individu maut setelah melakukan aksi itu di balkoni di Brisbane, Australia. Versi terbaru ini turut dikecam kerana ia lebih berbahaya.

Pencarian Batmanning di YouTube menunjukkan ia lebih banyak mendorong kepada kegagalan berbanding kejayaan. Memang wajar kerana ia memerlukan kekuatan kaki dan otot buku lali untuk dapat bergantung. Dalam satu video, beberapa remaja perempuan mengangkat teman mereka dan membiarkan gadis itu tergantung di pintu almari pakaian. Mereka menonton aksi teman mereka sambil berjenaka dan kemudian...BOOM! Gadis itu jatuh dan kepalanya terhentak.

Sesetengahnya pula lebih bersedia. Terdapat satu video menunjukkan seorang pelaku Batmanning memakai topi keledar ketika bergayut pada pintu dengan kaki di atas dan kepala dibawah, olah-olah tahu dia akan jatuh. Di satu tahap helmetnya terjatuh dan dia meminta rakannya memakaikan kembali kerana dia sibuk melakukan Batmanning. Beberapa saat kemudian dia jatuh. Mujur dia memakai topi keledar. .

Sekumpulan pelajar Universiti Purdue menggelar diri mereka ‘Batman Boilers’ dan menegaskan mereka berjaya merakam video Batmanning yang pertama - berjaya dari segi kemahiran Batmanning dan memuat turunnya di Internet.

“Ketika kami cuba melakukan Batmanning dan berjaya melakukannya, kami dapati tiada siapa berjaya melakukannya sebelum ini,” kata seorang anggotanya, Chris Ganz.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Manusia seperti kelawar!

Betol-betol Sengal! Ganasnya orang Kuantan ni!

Oleh Kaki Wayang on

http://emtoast.com/wp-content/uploads/ln08-003-thumb.jpg

Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia 50 tahun dan tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran pasar raya berkenaan, lebam di beberapa bahagian badan dan muka sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Gambang.

Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu. Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, isteri lelaki berkenaan keluar dari pasar raya itu sambil menjinjing beberapa beg plastik mengandungi barangan dibeli.

Tanpa mempedulikan isterinya yang ketika itu menjinjing banyak barang di tangan, lelaki berkenaan terus menengkingnya sehingga menarik perhatian pengunjung lain yang berada berhampiran. Lelaki itu yang tidak menghiraukan perhatian pengunjung lain terus merampas beg tangan isterinya sebelum memukul beberapa kali di badan selain melibas beg berkenaan ke muka isterinya.

Wanita terbabit yang terkejut dengan tindakan luar batasan si suami kemudian terus melarikan diri masuk ke dalam kereta kerana malu kejadian itu disaksikan pengunjung lain.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Ganasnya orang Kuantan ni!

Betol-betol Keliru! Persepsi aku pada isu Mat Indera!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8KKorlXMd-WgSyhAM3eDTSONX9Dzv1fJrzc1s1nEMzirHM3LMOfQObabZF373KLYFYH_tX0pRC7eDCLYgrM0INul2uWGGTzKWF7yoO1_I-KDBQ_Kq6M6_UuhWJw1HR8u-OxjIEWV0vxQ0/s400/matindera3.bmp

Kalaulah Mat Indera (al-Fatihah untuk Allahyar­ham) masih hidup, dia mungkin terkejut kerana tidak sangka dirinya jadi kontroversi selepas lebih 60 tahun peristiwa Bukit Kepong. Siapa sangka, isu Mat Indera berlarutan begitu lama. Sejak ceramah Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 Ogos, dan jadi berita muka depan akhbar seminggu kemudian, ia terus jadi sebutan hingga hari ini. Mat Sabu sendiri tidak menyangka ceramahnya itu akan jadi berita besar.

Dalam reaksi awal kepada wartawan, dia mengaku lupa apa yang dia sendiri katakan mengenai Mat Indera dalam ceramah itu. Hanya setelah isu itu meletup, barulah Mat Sabu cari buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang antara lain, menceritakan mengenai Mat Indera. Mat Sabu juga mengaku lupa akan rujukan yang dibacanya sebelum itu.

Besarnya cerita Mat Indera - berdasarkan saiz dan tempoh liputan - mengalahkan banyak isu-isu lain. Ruang yang diberi seolah-olah ia terlalu penting bagi semua rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja menggegarkan pejabat syarikat akhbar, malahan meja ahli akademik. Bukan itu sahaja, pejabat menteri turut digoncang apabila Pas mahu kerajaan tubuhkan Jawatankuasa Kabinet untuk menulis semula sejarah negara.

Dalam kata lain, mereka tidak mahu Mat Indera yang diangkat sebagai hero oleh Timbalan Presiden Pas itu terus dianggap pengkhianat tetapi pejuang kemerdekaan yang sebenar. Apakah jika gesaan itu dipenuhi, sejarah baru ditulis, mereka akan berpuas hati jika Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang diiktiraf dalam buku sejarah hari ini, terus diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan? Ataupun mereka mahu tokoh-tokoh itu dilabel sebagai tali barut Inggeris sebagaimana disebut Mat Sabu?

Jika tidak, apakah selepas itu akan ada gesaan supaya ditubuhkan Jawatankuasa Kabinet yang baru untuk menulis sejarah Malaysia yang lebih baru sebagaimana dikehendaki Pas, termasuk melabel Yusof Rono & Rakan-rakan, sebagai petualang?

Yang tinggal tidak bergegar hanya istana raja-raja Melayu. Harapnya ia akan terus kekal begitu. Jangan pula raja-raja turut diheret sama untuk mengiya atau menidakkan Mat Indera. Cukuplah!

Pada malam raya kedua lalu, sedang enak menghirup susu lembu di Restoran Pokok Ceri depan hospital lama Alor Setar, saya ditanya mengenai ceramah Mat Sabu di Tasek Gelugor.

“AHHHHHHHH!!! Mat Indera lagi!” saya memberontak dalam hati. Namun demi menjaga semangat maaf zahir batin, pemberontakan itu saya telan jauh ke dasar perut. Madah berhelahnya cukup dengan kata-kata: “Oh! Isu tu aku ,’follow’ gitu-gitu ja, sama macam apa yang hangpa baca dalam surat habaq!”

Meskipun demikian bodoh alasan yang saya berikan, dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang wartawan, lantaklah. Saya terpaksa kerana terlalu letih melayan isu itu yang subjek tunggalnya seorang manusia yang sudah lama meninggal.

Bagi saya, apa yang dikata oleh Mat Sabu, itu pandangannya sendiri. Kita masing-masing ada persepsi. Dan ini negara demokrasi, maka setiap orang bebas miliki persepsi.

Banyak daripada catatan sejarah negara, termasuk yang sudah diakademikkan, dan digazetkan sebagai dokumen sejarah arus perdana, adalah daripada kajian ahli sejarah zaman kolonial, yang bermakna kita mewarisi maklumat sejarah negara kita daripada perspektif kolonial.

Itulah data yang kita terima sebagai dokumen sejarah tanah air kita. Saya tidak bermaksud kesemuanya namun ada sesetengah asas maklumat yang kita pegang diwarisi daripada penjajah, terutama W G Shellabear , seorang misioner Kristian.

Pada fahaman saya, tentu ada sedikit sebanyak kepentingan gerakan Shellabear dititipkan pada apa yang ditinggalkannya, tambahan pula pejuang Melayu pada zaman pramerdeka rata-ratanya alim ulama (baca: musuh Shellabear) termasuk Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh, Kiyai Haji Salleh, Tok Gajah malah Mat Indera sendiri. Setuju ataupun tidak, ini kita harus akui.

Saya tidak setuju anggota polis Rumah Pasung Bukit Kepong dan keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi subuh 23 Februari 1950 itu dihina sebagai tali barut Inggeris,. Itu keterlaluan, namun berpada-padalah kita untuk melayan perbezaan pendapat dalam isu ini.

Tidak perlulah kita cabar mencabar mengajak debat sehingga menghina sesama sendiri, apa lagi ia berlaku pada minggu Aidilfitri. Begitu kuatnya kepentingan politik sehingga kita tinggalkan apa yang diajar oleh agama.

Mengapa orang kita begitu bersungguh-sungguh berniaga buluh kasap sedangkan yang masuk hanya angin, yang keluar pula hanya asap?

Ya, saya akui banyak mendengar dan membaca hal kebaikan Mat Indera terutama mengenai dekatnya dia dengan agama malah bergelar al hafiz. Tetapi tidak mustahil dalam hidup sesiapa juga pun, kecuali nabi yang kamil, ada sisi gelapnya yang tersendiri. Saya kata tidak mustahil, bukan menuduhnya secara mutlak!

Siapa lagi yang tinggal sebagai saksi hidup untuk membuktikan siapa Mat Indera yang sebenar? Melainkan masing-masing hanya boleh bertegang urat membawa cerita ‘hearsay’ (dengar cakap). Maklumat ‘hearsay’ tidak boleh jadi bukti sama ada untuk mengiya atau menafikan.

Akhirnya kita terpaksa akur, isu ini telah benar-benar jadi isu politik. Mat Indera ataupun keluarganya tidak akan mendapat apa-apa di kesudahannya, manakala waris mereka yang terkorban di Bukit Kepong, akan berdarah semula luka lama mereka. Itu sahaja.

Orang politik akan mendapat sedikit nama kerana berani mencabar atau menyahut cabaran lawan masing-masing. Yang ke bawah sedikit tingkatannya, mendapat peluang untuk ditepuk belakang kerana berani membela bos mereka.

Inilah sebenarnya permainan politik, dan meletusnya isu Mat Indera, kita dapat melihat dengan lebih jelas wajah mereka yang berkepentingan ini. Sesudah 54 tahun merdeka, kita masih berbalah mengenai siapa pejuang, siapa petualang.

Inilah yang dikehendaki penjajah meskipun pada zahirnya mereka sudah lama keluar dari tanah air kita. Mereka tinggalkan isu untuk kita terus berbalah dan ternyata, hingga kini kita masih seperti bidak-bidak di papan catur kuasa asing. Dan mereka yang paling mudah makan umpan ini adalah politikus yang oportunis, sanggup buat apa sahaja untuk dapat nama dan undi.

Jika Somalia dianggap negara kelima paling berbahaya di dunia, Malaysia pula mungkin antara negara yang teratas dalam senarai adu domba politiknya. Mungkin!

Apakah kita tidak terfikir dengan berterusannya permainan seperti ini ataupun jika menjadi lebih dahsyat lagi suatu hari nanti, mungkin negara kita juga akan jadi seperti Somalia. Mungkin!

Sumber: Sinar Harian

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Keliru! Persepsi aku pada isu Mat Indera!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...