PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Keputusan "Audition" Kelab Kebudayaan PMS 2011!
Oleh Kaki Wayang on
Pertamanya..tahniah kepada semua yang terlibat sama ada dairi pihak JURULATIH, AJK (yang tak tahu ntah bila dilantik) dan kepada semua peserta Audition yang sama-sama menjayakan program ini sehingga ke penghujungnya..apa yang KAMI sebagai juri aka jurulatih yang dilantik dapati..semua peserta yang terlibat boleh dikatakan mampu dan pandai menyanyi..agak keterlaluan jika sekiranya yang datang itu langsung tak tahu menyanyi..even yang sumbang-sumbang dan lari tempo itu sebenarnya pandai menyanyi cuma masih perlu dibantu agar mereka-mereka ini mampu untuk menyanyikan apa jua jenis lagu dengan teknik, tempo yang betul dan yakin..
Dengan ini keputusan telah berada ditangan saya..sila scroll ke bawah untuk keputusannya:
Moteyppppppppppppppp nak tau...BELOM LAGI LAH!!!KEJUUU sangat..
Betol-betol Hangat! Kenyataan Balas Ahmad Idham mengenai Hantu Bonceng!
Oleh Kaki Wayang on
Maklum balas dari Pengarah Ahmad Idham..
Pengarah ni macam menghalalkan filem ni pulak kan..segala dialog pun dia halalkan..
Betol-betol Hangat! Filem Hantu Bonceng Hina Rasulullah SAW?
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Hangat! Anwar Perlu Jawab Isu Klip Video Terbaru!
Oleh Kaki Wayang on
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menjawab isu
klip video terbaru membabitkannya yang mula tersebar sejak Sabtu lalu
dan tidak terus memanipulasi pemikiran rakyat dengan mengulangi kononnya
semua yang berlaku adalah konspirasi untuk menjatuhkannya.
Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari, meminta pihak berkuasa
menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bagi menyiasat klip video itu
seterusnya mengheret Anwar ke muka pengadilan jika benar beliau adalah
pelaku dalam klip berkenaan.
“Seperti biasa pihak yang pro kepada Anwar pastinya akan terus
mempertikaikan kebenaran klip video itu atas nama politik, bukannya
mempertahankan kebenaran,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas pendedahan terbaru klip video mengenai Anwar yang
didedahkan blog Papa Gomo di www.papagomo.com, Sabtu lalu yang didakwa
membuktikan kehadiran Anwar bersama ahli perniagaan, Datuk Syazryl Eskay
Abdullah di sebuah pangsapuri di Ampang yang menjadi lokasi rakaman
video seks yang dikatakan membabitkan Anwar seperti yang tersebar Mac
lalu.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zuklkifli Noordin, dalam entri terbaru blognya di http://zul4kulim.blogspot.com turut mengulas klip terbaru yang kini tersebar membabitkan bukti Anwar dan Syazryl Eskay berada di lokasi kejadian video seks yang tersebar sebelum ini.

Katanya, klip video terbaru itu sekurang-kurangnya membuktikan
satu perkara iaitu Anwar memang pembohong kerana beliau mempertikaikan
Eskay sebagai kawan baiknya.
“Sebagaimana Anwar pernah pertikaikan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai kawan baik beliau walaupun sudah bersama lebih 35 tahun. Jelas daripada klip video itu betapa rapatnya Anwar dengan Eskay,” katanya.
Di ALOR SETAR, Anwar yang diajukan soalan itu enggan melayan isu berkenaan dan menyalahkan UMNO sebagai dalang disebaliknya.
“Saya tak mahu layan... ini semua kerja UMNO, saya tak perlu
layan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri rumah terbuka
Aidilfitri PKR Kedah di sini, semalam.
Beberapa blog semalam sudah mula memuat naik dan menyiarkan klip video yang didakwa menunjukkan Anwar bersama Shazryl Eskay memasuki sebuah lif pangsapuri tempat di mana Ketua Pembangkang itu didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan China.
Sedutan klip video kira-kira tiga minit 48 saat didedahkan blog Papa Gomo, turut memaparkan semula rakaman video seks kontroversi itu dengan beberapa babak antara jam 10.26 malam hingga 10.45 malam, kini sudah tersebar dan menjadi perbincangan di kebanyakan blog politik tanah air.

Betol-betol Hangat! Simpan 30 sen sebulan tunai haji
Oleh Kaki Wayang on
Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi
bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen
sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk
menunaikan fardu haji, tahun ini.
Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada
awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan
gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.
Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma
dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu
dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.
“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.
“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.

Mail
adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan
yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk
menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan
bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.
Sementara itu, seorang tukang perahu, pembuat batu nisan dan napur, Zulkipli Madon, 64, dari Kampung Tanjung Bundong, Samarahan, berkata beliau mula menyimpan dengan Tabung Haji pada 2004 selepas mendapat hidayah untuk menunaikan fardu haji.
Setiap bulan beliau menyimpan antara RM400 hingga RM500 hasil daripada kerja membuat perahu, batu nisan dan napur penduduk kampung.
“Pada 2005 saya mendaftar untuk menunaikan haji bersama isteri, Rosiah Bujang, 57. Namun isteri saya yang turut menjual sayur dan telur masin di kampung, bertekad untuk mengumpul wang sendiri,” katanya.
Rosiah yang turut menyimpan RM400 hingga RM500 sebulan akhirnya berjaya mencukupkan wang haji, dengan pasangan suami isteri itu akan ke Makkah, dengan hasil pendapatan masing-masing.
Pasangan yang mempunyai 12 anak itu bersyukur kerana walaupun mereka hanya bekerja sendiri di kampung, namun hasilnya berkat dan boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji.