PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Dah kahwin, tapi dapat anak dari lelaki lain!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdyoRRV1GGra365YTdCg83ZEekqJbzHJaAPEFluFcSkxqsTQK1tDSWTN7x8bBMoN5hhMA3bO3Ltd-kqRw5DObiInf7uuZNBlciQ3KYJlOsDGrNACI_OpuZQseIhx0mg80sxtvDNAq0NS8/s1600/curang.jpg

Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikahwini sejak 12 tahun lalu. Semuanya bermula apabila si suami yang juga pakar psikologi dan hanya mahu dikenali sebagai Shan, 40, mengetahui isterinya hamil anak ketiga, tetapi hairan selepas wanita terbabit beria-ia mahu menggugurkan kandungan dengan alasan tidak mahu anak lagi.

Menurut Shan yang bertugas di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, isterinya yang hanya dikenali sebagai Rupa, 31, rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.

“Semuanya bermula pada Ogos 2009 apabila isteri memaklumkan dia hamil dua bulan. Saya sangat gembira, tetapi sebaliknya dia bengang dengan perkara berkenaan.

“Saya mula hairan dan selepas membuat perkiraan, saya sudah beberapa minggu tidak bersamanya dan mustahil dia hamil dua bulan,” katanya, semalam.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Dah kahwin, tapi dapat anak dari lelaki lain!

BEtol-betol Sengal! Hambek ko! Balasan curi van!

Oleh Kaki Wayang on

CEDERA...seorang suspek curi  van cedera dibelasah orang awam. 

Hasrat dua lelaki meraih keuntungan dengan menjual sebuah van dicuri tidak kesampaian apabila perbuatan mereka terdedah selepas seorang remaja lelaki mengenali pemilik sebenar kenderaan berkenaan. Dua suspek terbabit yang berusia 30-an itu turut cedera akibat dibelasah orang ramai apabila kegiatan mereka itu didedahkan remaja lelaki berkenaan di Jalan Rhu Renggeh, Rusila, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, remaja berkenaan yang menaiki sebuah motosikal terserempak dengan dua suspek terbabit memandu van curi di Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu, di sini. Keadaan suspek yang mencurigakan selain dia mengenali pemilik sebenar van itu menyebabkan lelaki terbabit membuat keputusan mengekori kedua-dua suspek.

Bagaimanapun, suspek terbabit yang menyedari diekori cuba melarikan diri memecut van berkenaan selain beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang lelaki terbabit bagi mengelaknya terus mengekori mereka.

Nasib malang menimpa kedua-dua suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah apabila tayar kiri van dinaiki tiba-tiba pecah menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan terbabit sebelum terbabas di Jalan Rhu Renggeh, di sini.

Sebaik tersadai di tepi jalan, kedua-dua suspek terbabit dibelasah pengguna jalan raya lain sebaik diberitahu mereka mencuri van berkenaan selain berang dengan tindakan suspek cuba menghimpit dan melanggar lelaki yang mengekorinya itu serta memandu secara berbahaya termasuk merempuh dua lampu isyarat.

Pergelutan itu bagaimanapun berjaya dihentikan selepas polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian sebelum kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang untuk tindakan lanjut. Difahamkan, van jenis Nissan Vanette dicuri dua suspek berkenaan adalah milik seorang buruh yang menetap di Kampung Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu.

Kenderaan itu dikatakan hilang sejak Selasa lalu selepas diletakkan di kawasan tempat letak kereta pusat peranginan Batu Buruk kira-kira jam 6 petang ketika mangsa melawat adik iparnya yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Mangsa membuat laporan kehilangan kenderaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 8 malam hari yang sama Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Mohd Zohan Seman yang dihubungi di sini semalam, mengesahkan penahanan dua suspek berkenaan kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.

Katanya, kedua-dua suspek yang cedera dibelasah dihantar ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.

Sila baca selanjutnyaBEtol-betol Sengal! Hambek ko! Balasan curi van!

Betol-betol Hangat!! Projek Kelab Kesenian dan Kebudayaan PMS!

Oleh Kaki Wayang on

Ujibakat sudah dibuat, keputusan pun sudah dibuat dengan jayanya..kepada yang terpilih..syabas dan tahniah..selepas ini kita akan mengadakan beberapa siri perjumpaan bagi tujuan untuk mempelajari teknik vocal dan bagaimana untuk tampil dengan lebih yakin di atas pentas..

Pada perjumpaan yang lepas (ujibakat 1 dan 2)..terdapat beberapa peserta yang datang untuk di uji bakatnya  nampaknya tidak bersedia dari segi persembahannya..ada yang masih teraba-raba dalam mengalunkan suaranya..ada yang masih bergetar suaranya (gemuruh)..ada yang malu dan membelakangkan pentas serta penonton..
"Bruno Mars" aka Yazid Yahya bertindak sebagai jurulatih Vokal

En. Yazid Yahya merupakan jurulatih bahagian VOKAL dan PERSEMBAHAN..manakala En. Azri Abd. Rajid (saya) bertindak sebagai pemerhati sahaja..untuk itu, ambil peluang ini untuk belajar dan dapatkan sesuatu (ilmu) dari “Bruno Mars” Muadzam Shah kita ini kerana dia begitu berpengalaman dalam bidang seni dan mutu suara.

Tenaga pengajar, Ahli Kelab dan Penasihat KKK mengambil gambar kenangan.

Projek pertama yang bakal kita hadapi adalah projek dari saya sendiri. Projek berkenaan dengan persembahan bagi setiap jemputan dari mana-mana pihak yang mahukan kita untuk membuat persembahan. Bagi projek yang pertama ini, Saya memerlukan dalam 4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan untuk mengalunkan lagu nasyid “Dunia Cermin Akhirat”..dan saya sebenarnya mahu melakukan sedikit pembaharuan dengan menggabungkan peserta lelaki dan wanita untuk menyanyikan lagu nasyid ini..yang mana secara “original”nya lagu ini merupakan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki dan wanita..

Projek dari En. Yazid akan dilaksanakan kemudian..tidak semua yang boleh menyanyi lagu-lagu balada, rock atau apa jua genre boleh menyanyikan lagu-lagu Nasyid..dan begitulah sebaliknya..dan projek yang kedua adalah berkenaan dengan lagu-lagu asli ataupun lagu-lagu etnik kreatif dan lagu-lagu rakyat..

Pada semester depan, beberapa pertandingan kesenian dan kebudayaan akan dilaksanakan..antaranya adalah pertandingan Nasyid dan Nyanyian Lagu-lagu Rakyat..maka, untuk tujuan itulah kami akan mengatur beberapa siri pertemuan agar berjaya dan mampu untuk menghasilkan pasukan yang mantap untuk bersaing dengan politeknik-politeknik yang lain.

Bagi yang tidak mempunyai jiwa Nasyid dan Lagu-lagu rakyat seumpamanya..anda juga akan dilatih bagi tujuan untuk membuat persembahan pada majlis-majlis tertentu seperti Majlis Jamuan Hari Raya, Watikah Perlantikan dan sebagainya..Namun begitu, anda disarankan dan digalakkan untuk mempelajari semua jenis lagu agar anda mampu untuk menyanyikan apa jua jenis lagu dan genre dengan mantap.

Lupakan seketika mengenai itu, khabarnya ujibakat untuk “band” pula akan diadakan selepas ini..dan saya pasti ramai yang berminat untuk menyertai ujibakat ini..apa yang boleh saya katakan..tujuannya tetap sama dengan ujibakat nyanyian yang telah dijalankan baru-baru ini..jangan hanya pandai dan mampu bermain music ala-ala rock, balada, dan sebagainya..malah mampu untuk bermain apa jua jenis genre music..ujibakat “band” akan dilaksanakan kemudian..pihak kami masih cuba untuk mengatur dan merancang beberapa masalah teknikal untuk menyediakan dan menganjurkan program ujibakat yang lebih menarik.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat!! Projek Kelab Kesenian dan Kebudayaan PMS!

Betol-betol Hangat! Genius Apple ditewas barah

Oleh Kaki Wayang on

TAKZIAH...orang ramai meletakkan jambangan bunga di luar rumah Jobs di Palo Alto, California, semalam. 
TAKZIAH...orang ramai meletakkan jambangan bunga di luar rumah Jobs di Palo Alto, California.

Pengasas Apple Computer, Steve Jobs, meninggal dunia akibat kanser pankreas pada usia 56 tahun semalam, selepas dia berjaya merevolusikan budaya moden dan mengubah selama-lamanya perhubungan teknologi melalui pelbagai inovasi. Antara sumbangan Jobs kepada dunia ialah mencipta iPad dan iPhone.

Dalam kenyataan lembaga pengarah Apple semalam, syarikat gergasi itu mengesahkan kematian Jobs dan bersedih atas kehilangan itu. 

“Jobs seorang pintar, bersemangat dan bertenaga menjadi sumber pelbagai inovasi yang memperkaya dan meningkatkan kualiti hidup kita.

“Dunia ini menjadi lebih baik kerana Jobs,” kata kenyataan itu.

Lahir di San Francisco pada 24 Februari 1955, Jobs lahir tanpa bapa dan dijadikan anak angkat kira-kira seminggu selepas itu. Dibesarkan di kawasan Mountain View - sebuah kawasan pertanian yang kemudian menjadi hab teknologi dunia dikenali sebagai Lembah Silicon. Jobs juga menjadi pengasas bersama pengeluar filem dihormati, Pixar, pada 1986 selepas dia membeli unit komputer grafik penerbit Star Wars, George Lucas. Semalam, Jobs meninggal dunia di kelilingi ahli keluarganya.

Kematian Jobs turut dirasakan di seluruh dunia, dengan peminat Apple membanjiri laman sesawang sosial dengan menyatakan ucapan dan penghargaan masing-masing. Orang biasa - kebanyakannya tahu berita kematian itu melalui iPhone dan iPad mereka - menggunakan Twitter menyatakan penghargaan.

Jobs hanya berusia 21 tahun ketika dia mengasaskan Apple Computer bersama rakannya, Steve Wozniak - ketika itu berusia 26 tahun - pada 1976. Daripada syarikat sederhana, Apple berkembang menjadi satu daripada firma paling bernilai di dunia kini.

Pada Julai lalu, perolehan keuntungan separuh kedua Apple mencapai RM23.2 bilion. Presiden Barack Obama turut memberi penghormatan ke atas Jobs dengan menggelarnya sebagai “pakar inovasi terhebat” yang mengubah hidup manusia dan memberi makna baru kepada keseluruhan industri.

“Dia mengubah cara setiap kita melihat dunia,” katanya. Jobs meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple enam minggu lalu.

Jobs meninggal dunia sehari selepas Apple melancarkan produk terbarunya, iPhone 4S, tetapi gagal menarik sambutan seperti diharapkan. Dia meninggalkan isteri, Laurene, bersama tiga anak mereka, selain seorang anak perempuan hasil hubungan Jobs dengan seorang wanita lain sebelum dia berkahwin.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Genius Apple ditewas barah

Betol-betol Simpati! ‘Terima kasih, sayang mama’

Oleh Kaki Wayang on

MAUT...anggota bomba dan penyelamat Machang mengeluarkan empat mayat pelajar UiTM dan seorang yang cedera parah dalam nahas, semalam. 

“Terima kasih, sayang mama.” Itu antara kandungan SMS terakhir Mohd Syamil Malek kepada ibunya beberapa jam sebelum terbunuh dalam kemalangan meragut empat nyawa di Kilometer 4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, selain Mohd Syamil tiga lagi mangsa yang terkorban ialah rakannya yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini manakala seorang lagi cedera.
Semua mangsa berusia 19 tahun dan menuntut di tahun dua dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka.

Mohd Syamil dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zin dari Kluang, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mohd Faizuddin Jamil dan Mohd Syazwan Rosli, masing-masing dari Shah Alam, Selangor dan Pekan, Pahang pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala Haziq Zailani hanya cedera ringan.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! ‘Terima kasih, sayang mama’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...