PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Cekal! Dia ni Blogger Cekal!
Oleh Kaki Wayang on
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Semoga ceria, sihat dan sejahtera hendaknya..
Salam Aidiladha Maaf Zahir dan Batin kepada
semua muslimin dan muslimat..
Pernah tak anda semua terbaca akan sebuah blog
yang diberi nama Bangku Kosong? Tak pernah? Mmmm.. macam mana pula dengan nama
Hasrulhassan? Mesti pernah kan..bukan apa..dia ni merupakan salah seorang
blogger yang aku anggap sangat cekal..selain info yang dicanang-canangkan dalam
blognya..banyak isi yang beliau ketengahkan adalah dari segi kekreatifannya
membuat pelbagai jenis segmen..kalau tak percaya..korang boleh ke laman
blognya..SILA KE SINI..
Hampir setiap masa background blog beliau
ditukar setiap masa..bukan apa..mungkin tak nak pembaca bosan dengan layout
yang sama..aku pula? Walaupun merupakan seorang designer..aku tak de masa nak
buat tu semua..tak de masa nak tukar itu dan ini..
So, memang sesuailah akau gelar beliau Blogger
cekal..rajin memberikan tips-tips menarik mengenai blogging kepada
blogger-blogger baru..termasuklah aku..aku pernah mengikuti beberapa siri
segmen yang beliau anjurkan..dan ada juga beberapa kali terpilih dalam segmen
tersebut..
Betol-betol Hangat! Komen Sebahagian Pemenang ASK 2011!
Oleh Kaki Wayang on

Segala persoalan siapakah pemenang bagi setiap
kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2011(ASK2011), sudah
pun terjawab dan majlis anugerah berprestij yang diadakan di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi telahpun berakhir dengan meriah. Selepas lebih sedekad, ASK 2011 merupakan antara majlis terunggul di
dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu
penganjurannya. Ikuti apa kata para pemenang pada malam gemerlapan yang telah dihoskan
Ally Iskandar dan Rozita Che Wan serta disiarkan secara langsung di TV3.
Sabri Yunos - Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik, Drama Terbaik, Videografi Terbaik (Sanggul Beracun)
"Saya sama sekali tidak menjangkakan kemenangan sebesar ini. Mana taknya, ini percubaan pertama saya menulis skrip dan mengarah drama tetapi sudah membuahkan hasil yang cukup membanggakan. "Bagi saya, sudah tercalon pun sudah cukup dan apa yang saya harapkan sangat pada malam ini, supaya Erra Fazira menang sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama. Tapi agak kecewa kerana dia gagal. Bagaimanapun di mata saya, dia adalah yang terbaik untuk drama ini".
"Saya akui kejayaan ini sangat berbaloi kerana watak yang saya bawakan dalam Cun adalah sangat mencabar. Lagipun sebelum ni abang Osman Ali (pengarah filem Cun) sendiri ada memuji lakonan saya. "Jadi bertitik tolak dengan anugerah ini saya harap saya dapat mengisi lagi banyak karya-karya terbaik pengarah dan pernerbit yang ada".
"Syukur Alhamdulilah, akhirnya segala kesabaran dan kerja keras saya dalam dunia lakonan selama ini telah dilihat dan dapat memikat hati juri. "Yalah kalau nak ikutkan saya jarang sekali buat filem dan bila sesekali terlibat ianya sangat berbaloi.Kejayaan ini memberi lebih rasa percaya pada kebolehan diri".
" Seperti biasa, saya memang tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya tak tahu apa kritirea yang dilihat oleh pihak juri sehingga mereka memilih saya sebagai pemenang anugerah ini. "Tetapi saya rasa mungkin sebab watak yang saya lakonakan dalam filem Cun berbeza. Jika sebelum ini, watak-watak yang saya bawakan lebih serius tapi dalam Cun watak saya lebih bebas dan berbetuk komedi".
"Sudah lama saya tidak dicalonkan dalam ASK dan Alhamdulillah kali ini saya memenangi kategori ini buat kali ketiga. "Saya sibuk dengan teater Badai Semalam sekarang ini, jadi hanya semalam baru saya rasai kehangatan anugerah ini. "Bersaing dengan Erra Fazira, saya lihat ianya sebagai satu perkara yang sihat. Kemenangan ini merupakan cabaran buat saya dalam meningkatkan lagi mutu lakonan selepas ini". katanya.
"Sebenarnya saya mengharapkan pelakon-pelakon saya memenangi anugerah yang dipertandingkan. Mereka telah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini. " Syukur untuk kemenangan saya kali ini dan ini juga merupakan anugerah paling besar pernah saya terima berbanding sebelumnya".
"Saya terkejut dan tidak sangka saya akan diberi anugerah khas ini. Sudah tentu anugerah ini berbeza kerana ia berbentuk peribadi. "Terima kasih pada semua yang tidak henti-henti menyokong saya selama ini. Biarpun saya selalu sahaja rasa rendah diri dengan hasil kerja saya, namun mereka-mereka itulah yang banyak memberi saya semagat untuk terus berkarya".

Nadiya Nisaa - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Cun)
"Saya akui kejayaan ini sangat berbaloi kerana watak yang saya bawakan dalam Cun adalah sangat mencabar. Lagipun sebelum ni abang Osman Ali (pengarah filem Cun) sendiri ada memuji lakonan saya. "Jadi bertitik tolak dengan anugerah ini saya harap saya dapat mengisi lagi banyak karya-karya terbaik pengarah dan pernerbit yang ada".
Siti Shahrizah a.k.a Eja - Pelakon Wanita Terbaik Filem (Janin)
"Syukur Alhamdulilah, akhirnya segala kesabaran dan kerja keras saya dalam dunia lakonan selama ini telah dilihat dan dapat memikat hati juri. "Yalah kalau nak ikutkan saya jarang sekali buat filem dan bila sesekali terlibat ianya sangat berbaloi.Kejayaan ini memberi lebih rasa percaya pada kebolehan diri".
Remy Ishak - Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Cun)
" Seperti biasa, saya memang tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya tak tahu apa kritirea yang dilihat oleh pihak juri sehingga mereka memilih saya sebagai pemenang anugerah ini. "Tetapi saya rasa mungkin sebab watak yang saya lakonakan dalam filem Cun berbeza. Jika sebelum ini, watak-watak yang saya bawakan lebih serius tapi dalam Cun watak saya lebih bebas dan berbetuk komedi".
Datin Paduka Umie Aida - Pelakon Wanita Terbaik Drama (Air Mata Salina)
"Sudah lama saya tidak dicalonkan dalam ASK dan Alhamdulillah kali ini saya memenangi kategori ini buat kali ketiga. "Saya sibuk dengan teater Badai Semalam sekarang ini, jadi hanya semalam baru saya rasai kehangatan anugerah ini. "Bersaing dengan Erra Fazira, saya lihat ianya sebagai satu perkara yang sihat. Kemenangan ini merupakan cabaran buat saya dalam meningkatkan lagi mutu lakonan selepas ini". katanya.
Osman Ali -Pengarah Terbaik Filem (Cun)
"Sebenarnya saya mengharapkan pelakon-pelakon saya memenangi anugerah yang dipertandingkan. Mereka telah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini. " Syukur untuk kemenangan saya kali ini dan ini juga merupakan anugerah paling besar pernah saya terima berbanding sebelumnya".
Syamsul Yusuf - Anugerah Yasmin Ahmad
"Saya terkejut dan tidak sangka saya akan diberi anugerah khas ini. Sudah tentu anugerah ini berbeza kerana ia berbentuk peribadi. "Terima kasih pada semua yang tidak henti-henti menyokong saya selama ini. Biarpun saya selalu sahaja rasa rendah diri dengan hasil kerja saya, namun mereka-mereka itulah yang banyak memberi saya semagat untuk terus berkarya".
Betol-betol Hangat! Sanggul Beracun menang besar!
Oleh Kaki Wayang on

Meskipun baru pertama kali mengarahkan drama, namun percubaan pelawak
dan pengarah, Sabri Yunos telah membuahkan hasil sangat besar apabila
dramanya, Sanggul Beracun menggondol empat anugerah di Anugerah Skrin
2011 (ASK2011) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
malam tadi.
Drama yang mempertaruhkan Erra Fazira sebagai pelakon utama itu telah membolot empat anugerah iaitu kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik serta Videografi Terbaik. Tidak menjangkakan kemenangan buat drama pertama arahannya itu, Sabri Yunos berkata dia sepatutnya sudah lama mencungkil bakatanya dalam dunia pengarahan daripada hanya berlakon sejak dulu lagi.
"Alhamadulilah, ini satu kemenangan yang sangat besar sepanjang perjalanan karjaya saya. Siapa boleh jangka percubaan pertama boleh berjaya merangkul banyak anugerah di acara berprestij seperti ini. "Terus-terang, saya mula terfikir yang saya sepatutnya sudah mengarah sejak dari dahulu lagi. Namun saya tidak terfikir saya sudah terlambat walaupun saya kini sudah berusia 50 tahun," katanya yang juga merupakan penulis skrip pada drama Sanggul Beracun.
Sabri Yunos mengakui, bahawa dia punyai minat yang mendalam terhadap bidang penulisan skrip dan pengarahan sejak dari dulu lagi, bagaimanapun minatnya itu tergendala kerana kurang berkeyakinan dan tidak pernah diberi peluang.
"Sebelum ini saya banyak berada di hadapan skrin sebagai pelakon. Jadi saya fikir, orang sukar untuk melihat kebolehan saya dalam bidang belakang tabir seperti menulis skrip atau mengarah. "Memang saya pernah cuba mengarah sebelum ini, tapi hanya untuk drama komedi dan skrip kecil. Berbeza dengan drama ini, saya pada mulanya hanya mahu menyerahkan skrip ini pada pihak produksi (Balang Rimbun Sdn Bhd) dan tidak berniat untuk mengarahkannya.
"Tetapi bila dipaksa dan dinasihatkan oleh pihak produksi untuk mengarahkannya. Saya sahut cabaran itu dan inilah hasilnya," katanya yang ditemui pada sidang media ASK2011, di sini malam tadi.
Walaubagaimanapun, Sabri agak kecewa atas kekalahan Erra Fazira yang tewas dengan pelakon Datin Paduka Umie Aida (Air Mata Salina) untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama.
"Saya memang harapkan dia sahaja untuk menang mewakili drama ini. Tapi malangnya dia tidak berjaya. Nak buat macam mana, mungkin bukan rezekinya. Tapi secara peribadi Erra telah menang dari sudut pandangan saya.
"Jika dilihat daripada watak Erra dalam telefilem ini, ternyata ianya berbeza daripada apa yang pernah dia bawakan. Tak kiralah dalam filem ataupun drama. Dia berjaya memberikan apa yang saya mahukan. Dia sangat komited pada kerjanya. Dia seorang yang sangat bagus," tambahnya lagi.
Drama Sanggul Beracun memenangi kategori Drama Terbaik ASK2011 sekaligus menewaskan drama lain seperti Air Mata Salina, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Iqra.
Betol-betol Kreatif! Pamplet seakan-akan Facebook!
Oleh Kaki Wayang on
Sebagai seorang designer yang tak retis macam Yazid Yahya dan Mohd Khairi..so, ini jela yang mampu aku lakukan sebagai salah satu usaha aku untuk meningkatkan mutu design PAMPLET kat Politeknik Muadzam Shah ini..kalau tak..asyik-asyik "itu" jela design yang digunakan..tak macam designer Jabatan Pengajian Am..Hencheck Yazid Yahya yang sangat komited dan kreatif..blogger retis lah katakan..semua design dia hebat-hebat dan mendapat pujian ramai..design aku sape lah yang nak puji..dah lah berlatar belakangkan FACEBOOK pula..asyik-asyik kene BAN je..
Meh kita tengok kreatif tak aku manipulasikan design Facebook masuk ke dalam design pamplet aku ni..inilah dia kehebatan Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop..leh wat macam-macam..korang pun nanti kalau ditugaskan nak buat pamplet untuk perhimpunan bulanan organisasi ke..lehlaa wat pamplet macam ni kan?..Untuk pengetahuan semua pamplet ini digunakan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah sesi Oktober 2011..
Bahagian Depan PAMPLET
Bahagian Dalam PAMPLET
Betol-betol Sengal! Isteri jual gambar bogel diri sendiri!
Oleh Kaki Wayang on
Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini
membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan
menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari
pelanggan dan proses tawar-menawar.
Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun
banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya
kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di
telefon bimbit. Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit
yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada
lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.
“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.
“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.
“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.