Gempar apabila penyanyi terkenal, Beyonce dikatakan memalsukan berita
mengenai dirinya yang sedang hamil. Satu kejadian semasa Beyonce menjadi
tetamu di dalam satu program bual bicara Sunday Night di Australia
telah menyebabkan ramai yang mula berprasangka buruk terhadap Beyonce.
Kejadian yang dimaksudkan adalah semasa Beyonce mahu mengambil tempat
diatas kerusi tetamu di dalam program tersebut, namun semasa mahu duduk,
keadaan perut Beyonce seakan mengecut dan tidak seperti orang
mengandung lalu timbul pelbagai spekulasi mengenai dirinya yang sedang
mengandung itu. Antara spekulasi yang paling teruk adalah beyonce hanya
berpura-pura mengandung sedangkan dalam masa yang sama dia menggunakan
ibu tumpang untuk memperoleh anak kerana Beyonce tidak mahu mengandung
disebabkan mahu menjaga bentuk tubuh badannya dan bimbang tubuhnya
menjadi gemuk selepas bersalin.
Selain itu juga, ada pendapat mengatakan Beyonce mahu melindungi hal
khabar angin yang mengatakan rumahtangganya bersama jay-Z sedang
berantakan, Beyonce melakukan itu untuk membuktikan yang hubungan
rumahtangga mereka masih baik.
Pihak pengurusan Beyonce telah menafikan hal ini dengan memberi kenyataan bahawa spekulasi ini adalah ‘bodoh dan tidak berasas’.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Sentap! Kehamilan Beyonce Palsu?