PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Cool! Macam ni kalau nak jual TOP-UP!
Oleh Kaki Wayang on
Kalau nak berjaya dalam perniagaan yang berasaskan jualan Prepaid atau Reload ataupun Top-up..sila ikut apa yang ada dalam video ini..confirm berjaya menjual top-up dalam masa yang singkat...
Edisi Kisah-kisah Nabi! Kisah Abu Jahal Melarang Nabi S.A.W Solat di Kaabah!
Oleh Kaki Wayang on
Berkata Musafir turun ayat ke-9 hingga 19 adalah
dari perihal Abu Jahal yang menegah Nabi S.A.W solat. Suatu hari Abu Jahal
bertanya kepada kaumnya:
“Apakah
Muhammad masih saja bersolat (bersujud mukanya) diantaramu?”
Jawab pemuka Quraisy:
“Ya.”
Maka ia berkata:
“Demi berhala Allata Wa Uzza jika aku melihat
dia solat demikian akan aku pijak lehernya supaya berlumuran tanah wajahnya.”
Suatu hari ketika Nabi S.A.W bersolat di depan Kaabah, Abu Jahal berjalan untuk memijak leher Nabi S.A.W tetapi sebaliknya ia lari kembali dengan menutupi wajahnya dengan kedua tangannya.
Kemudian ditanya oleh kaumnya:
“Mengapakah
engkau?”.
Jawabnya:
“Diantaraku
dengan Muhammad ada parit api dan segala yang bersayap (iaitu malaikat).”
Maka Rasulullah S.A.W bersabda:
“Andaikan dia
hamper kepadaku nescaya akan ditangkap oleh malaikat dan dirobek anggota
badannya satu persatu.”
(Riwayat Ibn Jarir)
Betol-betol Hangat! Lagu Tema "Facebook" menjadi kegilaan dewasa ini!
Oleh Kaki Wayang on
Wah hebatlaaa..Facebook pun dah ada lagu tema tersendiri..lagu ini menjadi kegilaan para remaja ketika ini..di radio pun begitu juga..menjadi santapan telinga kita..begitulah penangan lagu tema Facebook...atau Cinta Muka Buku persembahan oleh Najwa Latif.
Betol-betol Pelik! Pelik duit syiling jatuh dari langit!
Oleh Kaki Wayang on
Pelik tapi benar, itulah yang didakwa sebuah keluarga di Taman Kledang,
di sini apabila menyaksikan kejadian luar biasa duit syiling dipercayai
jatuh dari langit.
Kejadian itu berlaku sejak seminggu lalu, apabila kanak-kanak berusia
10 tahun, S Vishnu Nair, mendakwa melihat satu cahaya dari langit dan
selepas itu duit syiling mulai jatuh serta ia tidak diketahui dari arah
mana.
Sehingga semalam, duit syiling yang jatuh di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping duit syiling dari India serta Singapura. Agak mengejutkan ketika kunjungan Sinar Harian di lokasi turut menyaksikan kejadian duit syiling 20 sen tiba-tiba terjatuh.
Vishnu Nair berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis lalu dan ketika itu hujan renyai-renyai. Menurutnya, terkejut dengan kejadian pelik itu, dia memberitahu kepada ibunya, tetapi ia dianggap satu pembohongan.
“Selepas memberitahu ibu, dia tidak percaya, saya terus membawa duit syiling 20 sen ke kedai runcit dan membeli gula-gula. “Peliknya selepas itu duit syiling terjatuh termasuk 10 sen dan 5 sen, selepas itu ia disaksikan ibu serta ahli keluarga lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.
Katanya, kejadian berkenaan biasa berlaku pada waktu senja dan malam tetapi kadang-kala waktu siang juga pernah berlaku. Sementara itu, ibunya, S Abirami, 29, berkata, perkara itu memang sukar dipercayai sehingga dia dan saudara mara melihat sendiri duit itu terjatuh tetapi tidak tahu dari mana datangnya.

Betol-betol Sengal! Calon SPM ditangkap khalwat!
Oleh Kaki Wayang on
“Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”
Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.
Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.
Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.
Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.
“Para penguat kuasa hanya menunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.
Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.
“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.