Edisi Hangat! JPN Keluarkan MyKad Baharu Berteknologi Tinggi!

Oleh Kaki Wayang on

JPN Keluarkan MyKad Baharu Berteknologi Tinggi
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengeluarkan MyKad baharu yang mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan terkini. Antara ciri terpenting MyKad ini ialah ia diperbuat daripada bahan polikarbonat dan menggunakan cip baru yang lebih berdaya tahan, selain mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan.
 
Ketua Pengarah Datuk Jariah Mohd Said yang meninjau operasi di JPN Putrajaya berkata, setakat pukul 10 pagi tadi, 370 permohonan telah diproses dan 700 nombor giliran dikeluarkan kepada orang ramai.

Jariah berkata sebagai permulaan orang ramai boleh membuat MyKad baharu di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, manakala di negeri lain akan dimulakan secara berperingkat mulai 15 Februari depan pada harga RM10. 

“MyKad baharu mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad selain dilengkapi dengan perlindungan anti salin bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baharu yang mengikuti piawaian antarabangsa, tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Selain itu, beliau yakin MyKad yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi itu juga dapat mengekang aktiviti pemalsuan.

Menurutnya, orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baharu itu tetapi ia bukan wajib. Sementara itu Wong Kye Sang, 76, dari Labis Johor tidak menyangka menjadi orang pertama mendapat MyKad baharu hari ini.

“Tidak sia-sia saya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 4 pagi untuk memohon menukar MyKad baharu. Saya bertolak dari Labis, Johor seorang diri menaiki bas dan turun di Stesen BTS sebelum mendapatkan teksi untuk datang ke JPN Putrajaya.

BERNAMA


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...