Edisi Hangat! Kaer Bertunang Dengan Gadis Brunei!

Oleh Kaki Wayang on

Kaer Bertunang Dengan Gadis Brunei?

Dalam pada kecoh membicarakan tentang hal perkahwinan rahsia pelakon sensasi Fasha Sandha, Murai Batu telah didatangi dengan banyak kiriman emel dari sahabat nun jauh di Brunei Darul Salam. Dari banyak-banyak kiriman tersebut, matlamat persoalan yang disampaikan semuanya adalah sama. Menerusi kiriman emel berkenaan, rata-rata mahu identiti mereka dirahsiakan dan telah memberitahu Murai Batu cerita sensasi mengenai penyanyi lagu Izinkan Ku Pergi iaitu Kaer Azami.

Agak terkejut Murai Batu membaca kiriman berkenaan yang mendakwa bintang Akademi Fantasia 2 (AF2) itu sudahpun bertunang dengan seorang gadis yang berasal dari Brunei.

Menurut sumber itu lagi, gadis berkenaan juga bukanlah datang dari kalangan orang yang biasa kerana Murai Batu diberi tahu gadis tersebut adalah golongan berada di Brunei.

Wah! Adakah cerita ini betul ?

Apa yang menjadi persoalan di sini, adakah Kaer sengaja mendiamkan diri terhadap majlis itu dan mahu merahsiakan hubungan pertunangan yang dikatakan sudah terjalin lebih tiga bulan?

Majlis pertunangan itu juga dikhabarkan diadakan secara senyap-senyap dan hanya dihadiri oleh jemputan terpilih saja.

Siapa tahu, cerita ini hanya gosip semata-mata dan mungkin juga timbul salah faham.

Yalah, kadang kala orang tersilap pandang seperti apa yang berlaku kepada Marsha yang dikatakan telah pun berkahwin hanya kerana dia memakai baju kahwin bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...