Edisi Sentap! Wanita Berpurdah Tak Pakai Pakaian Dalam!

Oleh Kaki Wayang on

Orang ramai yang membeli belah di sebuah kompleks perniagaan di Salmiya, menunjukkan reaksi terkejut apabila sekumpulan anggota polis tiba bagi menahan tiga wanita muda yang hanya memakai abaya atau jubah tetapi tidak berpakaian dalam di sebalik jubah hitam itu..

Dua daripada wanita itu, berasal dari negara Teluk sementara seorang lagi warga tempatan bawah umur, kata sumber polis yang dipetik dalam akhbar al-Rai.

Kejadian berlaku ketika mereka berada dalam sebuah kafe di kompleks beli belah popular di kota itu beberapa hari lalu.

Rahsia terbongkar apabila seorang budak lelaki memberitahu ibunya dia melihat seorang daripada wanita itu tidak memakai apa-apa di sebalik abaya dipakainya.

Abaya, jubah panjang berwarna hitam, dipakai wanita di sini bagi menutup pakaian dalam apabila berada di khalayak ramai.

Akhbar itu melaporkan ketiga-tiganya memberitahu polis mereka menghabiskan malam sebelumnya di pangsapuri melakukan hubungan seks, minum arak serta datang ke kafe itu pagi berikutnya.

Menurut al-Rai, apabila anggota polis menyoal wanita itu, seorang daripada mereka enggan mengikut arahan sebaliknya ‘mendedahkan’ anggota tubuh kepada pengunjung lain di kafe terbabit.

Polis menghubungi bapa kepada dua warga Teluk itu namun dia memberitahu mereka tidak dapat pergi ke Kuwait kerana ‘terlalu sibuk dengan urusan peribadi.’

Tidak diketahui apakah bentuk dakwaan akan dikenakan kepada wanita itu, namun seorang aktivis hak asasi wanita Kuwait, Marwa Tarek, memberitahu akhbar Mesir, Bikya Masr, Selasa lalu bahawa hukuman terhadap mereka mungkin berat jika dituduh sebagai homoseksual.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...