Edisi Sentap! Dafi Pula Meninggal Dunia?

Oleh Kaki Wayang on



Sehari selepas seniwati Azean Irdawaty difitnah meninggal dunia, semalam seorang lagi anak seni tempatan menerima nasib yang sama iaitu Dafi. Menurutnya, cerita yang mengatakan dia meninggal dunia tersebar di laman Twitter sekitar jam 8 malam.

"Memang terkejut bila ada yang mengatakan saya meninggal dunia sedangkan saya kini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja. Saya dapat tahu cerita tersebut daripada salah seorang kelab peminat saya.  
 
"Bila baca apa yang disebarkan itu, saya ketawa dan anggap ia perkara lucu. Namun, saya tetap berfikiran positif dan berdoa semoga saya panjang umur," kongsi Dafi yang dihubungi MH Online.


Ditanya pula bagaimana reaksi ahli keluarganya, kata Dafi; "Saya sendiri memaklumkan mereka berkenaan hal tersebut. Dan mereka sendiri tergelak cuma kesal kenapa masih ada pihak yang cuba menyebarkan cerita yang tidak betul. Soal mati bukan perkara main-main." Dafi yang berada di Jakarta sehingga Rabu ini turut berpesan agar fitnah sedemikian dihentikan. "Jika tidak suka saya sekalipun, janganlah fitnah dengan cerita sedemikian," katanya ringkas.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...