PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Bayi dijual RM21,000!

Oleh Kaki Wayang on

UNTUK DICAM...Cif Inspektor Hartisyah Abduhu bersama bayi perempuan berusia setahun di mahkamah, semalam. 

Seorang bayi yang nyaris dijual dengan harga RM21,000 menarik perhatian orang ramai yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini, semalam apabila dibawa untuk tujuan pengecaman oleh seorang saksi yang juga pengadu dalam kes itu. 

Bayi perempuan comel yang berusia setahun itu dicam saksi kelima pendakwaan, Norfatimah Ahmad, 43, sebagai bayi yang dibelinya daripada sebuah hospital swasta, tahun lalu. Dia dibawa ke mahkamah pada perbicaraan kes bekas jururawat, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan, tahun lalu. Gulab Jan didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, jam 2.10 petang, 1 November 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bayi itu kini berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga selesai perbicaraan kes itu. Norfatimah turut melakukan pengecaman terhadap individu yang ditemuinya ketika melakukan urusan pembelian bayi di Hospital Taj, Jalan Ipoh di sini, November tahun lalu iaitu pakar bedah, Datuk Dr Mohammad Feizal Abdullah dan anak perempuannya, Suraij Banu yang bekerja di hospital sama.

Mahkamah turut memanggil Datin Mumtaj Nashir Bee iaitu isteri Dr Mohammad Feizal bagaimanapun dia memberitahu mahkamah isterinya tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail turut memberitahu mahkamah pihak pendakwaan gagal menyerahkan sapina kepada pembantu jururawat, Munirah Ali Bakar dan orang awam, Mohamed Kassim Ibrahim untuk dipanggil sebagai saksi pada tarikh perbicaraan akan datang.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Bayi dijual RM21,000!

Betol-betol Hangat! Gelaran ditarik balik?

Oleh Kaki Wayang on


Penarikan semula gelaran dRozmey..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Gelaran ditarik balik?

Edisi Khas! Takziah dan Al-Fatihah untuk Rara Zikry dan Keluarga!

Oleh Kaki Wayang on

Pemergiannya menjadi bualan semua pihak..pemergiannya suatu kehilangan..ramai antara kita dari rakan-rakan blogger mungkin membuat entri mengenainya..dan begitu juga aku..pemergiannya menyebabkan muncul perkataan "IKTIBAR" dalam diri kita..sebagai salah seorang yang mengikuti kisah beliau dari mula (mula sakit) sehingga ke akhirnya begitu tertarik akan dirinya..tak pernah putus asa dalam berjuang untuk hidup..

Kita yang masih hidup, yang masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini sudah seharusnya sedar betapa hidup di dunia ini hanya sementara..kadang-kadang manusia sentiasa menganggap dirinya akan hidup lama..sebut je bab taubat..

"Ala hidup masih panjang lagi. Hidup mesti enjoy".

"Taubat? Tak sampai lagi seru nak bertaubat".

"Aku muda remaja, dah tua esok aku taubatla".

Begitulah lebih kurang apa yang akan sikap bagi kita yang bergelar manusia..So, kepada semua jadikanlah setiap peristiwa itu sebagai iktibar berguna kepada kita semua..blogger ke, wartawan ke atau apa jua jenis peringkat pangkat di dunia ini harus sedar..bumi ini adalah sebagai satu pinjaman dan tanggungjawab untuk kita mentadbir sebaiknya rumah (bumi) manusia ciptaan Allah SWT ini..

Bagi mereka yang masih belum membaca perihal mengenai arwah Rara Zikry anda boleh membacanya di sini..dan jangan lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya..sambil-sambil itu sedekahkanlah pahala Al-Fatihah itu kepada keluarga-keluarga kita yang sudah pergi..Al-Fatihah..

Untuk makluman, Semua gambar arwah telah dipadamkan bagi menghormati arwah dan juga keluarga..sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.












Sila baca selanjutnyaEdisi Khas! Takziah dan Al-Fatihah untuk Rara Zikry dan Keluarga!

Betol-betol Hangat! Muzik Video HD: Pokok - Meet Uncle Hussein

Oleh Kaki Wayang on

Betol-betol Hangat sekali lagi menerusi segmen muzik videonya ingin berkongsi muzik video format High Definition dengan menampilkan Lagu Pokok yang dipersembahkan oleh Meet Uncle Hussein dan Nubhan..namun begitu agak ganjil disitu apabila video ini dirakamkan antara MUH dan Nubhan tetapi suara yang menyanyikan lagu ini adalah Hazama..betulkan jika saya salah yer para pembaca sekalian...



Sila ke Link ini sekiranya muzik ini bukan HD version

P/s: Kecewa lagu ini gagal ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu..agak sumbang pada ketika persembahan Separuh Akhir hari tu..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Muzik Video HD: Pokok - Meet Uncle Hussein

Edisi Jumaat! Hukum Memakai Seluar Pendek!

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaEdisi Jumaat! Hukum Memakai Seluar Pendek!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...