PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Berat! 5 Manusia Terberat Di Dunia!
Oleh Kaki Wayang on
Carol Yager (peak weight 727 kg/ 1,600 lbs)
Jon Brower Minnoch (peak weight 635 kg / 1400 lbs)
Walter Hudson (544 kg / 1,200 lb)
Betol-betol Hangat! Shida Harmi beri penjelasan mengenai mesej dengan Apek!
Oleh Kaki Wayang on
Selepas beberapa keping gambar intim penjaga gol bola sepak Malaysia
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek bersama seorang
wanita bernama Shida Harmi tersebar di Internet, pelbagai tohmahan telah
dilontarkan kepada mereka berdua dan oleh kerana itu, Shida tampil
memberikan penjelasan sebenar.
Dipetik daripada akhbar Harian Metro, pemilik nama Nor Hashidah Harmi
mengakui telah diganggu dan dihamburkan kata-kata kesat serta
penghinaan. Malah ibu bapanya turut dikaitkan dengan kontroversi itu.
Shida yang hadir bersama ibunya memberitahu paparan mesej BlackBerry Messenger (BBM) yang disebar itu adalah fitnah.
"Jika diperhatikan, BBM akan tertera huruf R atau D iaitu singkatan bagi read atau delivered. Jika benar itu adalah mesej antara saya dan Apek, di mana gambar profil kami?," jelas gadis berusia 23 tahun ini.
Shida yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu oleh
Apek mengakui gambar tersebut telah diambil pada Mac lalu sebelum mereka
bertunang dengan pasangan masing-masing. Malah mereka bukan
berdua-duaan, sebaliknya ditemani beberapa rakan yang lain.
Sebelum ini Shida yang pernah dikaikan sebagai punca perpisahan antara
Apek dan bekas tunangnya, Aimie Harmelia Mohd Hashumi turut memberitahu
gambar tersebut telah mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya dan
keluarga. Tambahan pula dia bakal mendirikan rumah tangga kurang
daripada dua minggu lagi bersama jejaka pilihan, Mohd Danial Adnan.
Betol-betol Simpati! Banjir di Kajang suatu amaran Allah SWT?
Oleh Kaki Wayang on
Banjir yang berlaku di Kajang merupakan salah satu amaran dan ujian yang Allah SWT berikan kepada umatnya..kadangkala dan biasanya setiap kejadian ada hikmahnya..ada punca dan sebab kenapa kejadian seperti itu berlaku..tidak kira apa jua alasan yang diberikan..itulah ketentuan Allah SWT..tidak ada apa yang boleh mempersoalkannya..
Namun, tidak kurang juga yang menjadikan isu ini sebagai isu politik semata..cuba anda lihat dan baca apa yang terdapat di artikel INI..ada yang menyalahkan pembangkang, ada yang menyalahkan satu sama lain..tapi lupa yang Allah SWT itu ada..dan tidak kurang juga yang menyalahkan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menebang pokok dan hutan yang menyebabkan berlakunya banjir kilat ini..tidak kurang juga maksiat yang berleluasa..fikir sendiri dan renung-renungkanlah yer..
Betol-betol Hangat! Yuna tidak gentar!
Oleh Kaki Wayang on
Penyanyi dan penulis lirik, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai
Yuna tidak meletakkan harapan tinggi kepada album terbarunya yang bakal
dilancarkan di Amerika Syarikat tahun hadapan kerana sedar bahawa
banyak persaingan hebat di situ.
Dipetik daripada laporan mStar, penyanyi lagu "Penakut" ini tidak
bimbang sekiranya gagal kerana sekurang-kurangnya dia telah berusaha
membina nama di peringkat antarabangsa.
"Sehingga kini saya masih tidak percaya kerana berpeluang mengembangkan
bakat di sana dan bekerjasama dengan produser terkenal seperti Pharell
Williams.
"Proses rakaman hampir selesai dan insyaAllah single pertama saya akan
dilancarkan tidak lama lagi. Saya sangat teruja," ujar Yuna yang turut
memberitahu album pertamanya di Amerika Syarikat akan dilancarkan Mac
tahun hadapan.
Gadis berusia 25 tahun ini juga sanggup berulang alik dari Kuala Lumpur
ke Amerika Syarikat kerana tidak mahu meninggalkan industri tempatan
yang banyak membantunya membina karier sebagai penyanyi berjaya.
Edisi Khas! Jom Ramai-ramai Kita Ke TAHLIL ARWAH Rara Zikry!
Oleh Kaki Wayang on












