KREDIT: MyNewsHub
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Anuar Zain Rela dipeluk dan dicium peminat!
Oleh Kaki Wayang on
Kisah Anuar Zain dipeluk dan dicium peminat fanatiknya bukanlah
cerita baru. Bahkan Anuar sendiri pernah mengingatkan peminatnya agar
tidak berbuat demikian. Benar, pernah satu ketika Anuar ‘rela’ diperlakukan sebegitu.
“Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih
boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas,”
katanya yang dipetik secara meluas oleh media suatu ketika dulu.
Mungkin disebabkan kenyataan itu juga, Anuar telah dikritik teruk
hingga terpaksa mengingatkan peminatnya untuk tidak berbuat demikian
setiap kali melakukan persembahan selepas itu.
“Saya akan turun ke bawah, tetapi janji jangan peluk dan cium
saya,” itu peringatan yang diungkapkan oleh Anuar untuk beberapa kali
dalam sebuah konsert di ibu negara beberapa bulan lalu.
Tetapi nampaknya ‘ketegasan’ Anuar tidak bertahan lama. Kelmarin Anuar berada di Singapura untuk promo tour album terbaru beliau. Dikatakan ramai sekali peminat Anuar telah datang untuk melihat
persembahan dan ramah mesra Meet & Greet Session bersama penyanyi
itu di Singapore Expo.
Kemudian ia diteruskan pula di City Square Hall jam 4 petang untuk sessi menandatangani autograf.
Dan ketika inilah sesi ‘cium dan peluk memeluk’ terjadi lagi.
Anuar dilihat langsung tidak mengelak atau berkata TIDAK
kepada peminat wanita yang memeluk dan menciumnya…bukan seorang pula tu!
KREDIT: MyNewsHub
Edisi Gempak! Gambar Macho Khairul Fahmi di Majalah GLAM!
Oleh Kaki Wayang on
Penjaga gawang gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, ternyata popular dan semakin hari semakin hangat.
Terbaru, dia terpilih untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah
GLAM Lelaki dengan aksi yang bukan sahaja macho, malah juga seksi.
Dia menghiasi kulit majalah itu bagi edisi Januari/Februari 2012.
Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa dengan seorang model,
Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang.
Majalah GLAM yang mengiktiraf kehadiran Apex di dunia selebriti itu
dipercayai bakal menarik ramai peminat untuk memiliki majalah edisi itu
setelah turut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna untuk
edisi khas Januari/Februari ini.
Gambar kulit depan yang tersiar di Mediamalaya.com yang memetik dari ruangan forum terkenal, Cari.com.my
tersebut turut dicetak tajuk Apex sebagai “The World Class Goalkeeper”
(penjaga gol bertaraf dunia) dan dipercayai akan menceritakan kehebatan
aksi Apex mengawasi pintu gol skuad bola sepak negara.
Perkembangan ini agak mengejutkan kerana sebelum ini, Apex pernah
dilaporkan seolah-olah ingin bersara awal dari karier bola sepak setelah
dihujani pelbagai kontroversi yang membabitkan diri dan aktiviti
sosialnya.
Persoalannya, apakah Apex benar-benar serius dengan kenyataan ‘merajuk’ tersebut dan beralih arah ke bidang peragaan?
Jika benar, apakah negara dan skuad Harimau Malaya bakal kehilangan
seorang penjaga gol yang sangat berpotensi serta berpengalaman seperti
Khairul Fahmi Che Mat?
Namun, Apex telah membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi fenomena
dan memiliki ‘aura’ yang berjaya menarik ramai pihak untuk terus
menyokongnya, khususnya setelah mempertahan dan menewaskan skuad Garuda
di tempat lawan pada Sukan Sea di Indonesia baru-baru ini.
Kredit: MyNewsHub
Kredit: MyNewsHub
Edisi Sentap! Ko tak kahwin lagi kan? Dah tu nape peluk?
Oleh Kaki Wayang on
Haa..dah tentu ramai "kapel-kapel" muda remaja macam ni kan..since aku rasa aku ni dah tua remaja..uittt ade ke tua remaja..so aku rasa kena ingatkan pasal ni..bukan pe..ramai pasangan macam ni sekarang..aku ni bukannya bagus sangat nak tegur-tegur kesalahan orang..tapi aku rasa benda yang aku nampak kalau salah patut ditegur..takkan tengok je kan..
Kesimpulannya, sebagai mengakhiri entri terpendek dalam sejarah..korang kena jaga diri terutama yang pompuan..jangan sampai pepatah ini berlaku ke atas anda.."Nasi dah jadi bubur"..baru nak menyesal dah tak berguna..yang lelaki pula janganlah dok amik kesempatan dalam kesempitan..kene kilat kang baru tau!!!
Amekkaw!!!!
Edisi Sentap Mak! Gambar Bunga Cinta Lestari kembali bersosial!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap Mak! Gambar Bunga Cinta Lestari kembali bersosial!
Edisi Sentap Mak! Eh..Yusry KRU dan Lisa Surihani Belum Kahwin kan, tapi nape..?
Oleh Kaki Wayang on
KREDIT PIC: ROTIKAYA.COM
Yusry KRU & Lisa Surihani akan melangsungkan majlis pernikahan pada 23 Februari 2012 dan majlis resepsi tiga hari selepas itu pada 26 Februari 2012. Oklah yang itu satu Malaysia dah tahu..tapi kan..bukankah "pose" dalam gambar ni siap peluk-peluk lagi hanya bagi mereka yang dah berkahwin..ke Yusry dan Lisa dah kahwin..aku je yang tak tahu?
Takpelah..mereka artis..lagi arif..dah dewasa dah pun..nak kita tegur mereka..kang dituduhnya memandai-mandai..ups..btw, tahniah yer..tapi tak yah lah kot scene pelu-peluk ala-ala dah kahwin macam ni...