Kisah Anuar Zain dipeluk dan dicium peminat fanatiknya bukanlah
cerita baru. Bahkan Anuar sendiri pernah mengingatkan peminatnya agar
tidak berbuat demikian. Benar, pernah satu ketika Anuar ‘rela’ diperlakukan sebegitu.
“Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih
boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas,”
katanya yang dipetik secara meluas oleh media suatu ketika dulu.
Mungkin disebabkan kenyataan itu juga, Anuar telah dikritik teruk
hingga terpaksa mengingatkan peminatnya untuk tidak berbuat demikian
setiap kali melakukan persembahan selepas itu.
“Saya akan turun ke bawah, tetapi janji jangan peluk dan cium
saya,” itu peringatan yang diungkapkan oleh Anuar untuk beberapa kali
dalam sebuah konsert di ibu negara beberapa bulan lalu.
Tetapi nampaknya ‘ketegasan’ Anuar tidak bertahan lama. Kelmarin Anuar berada di Singapura untuk promo tour album terbaru beliau. Dikatakan ramai sekali peminat Anuar telah datang untuk melihat
persembahan dan ramah mesra Meet & Greet Session bersama penyanyi
itu di Singapore Expo.
Kemudian ia diteruskan pula di City Square Hall jam 4 petang untuk sessi menandatangani autograf.
Dan ketika inilah sesi ‘cium dan peluk memeluk’ terjadi lagi.
Anuar dilihat langsung tidak mengelak atau berkata TIDAK
kepada peminat wanita yang memeluk dan menciumnya…bukan seorang pula tu!
KREDIT: MyNewsHub