Alhamdulillah..oklah walaupun hanya masuk dalam ruangan Jawi Utusan Malaysia..tapi ianya cukup bermakna buat aku apabila berjaya menjadi johan dalam pertandingan Lagu_lagu Patriotik..pertama kali mencuba hanya berjaya mendapat tempat keempat atas faktor-faktor pemilihan lagu. Namun begitu akhirnya berjaya juga tampil sebagai Johan Lagu-lagu Patriotik yang diadakan di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur pada suatu ketika dulu.
Pada ketika itu, pengacara majlis pertandingan menganggap aku sebagai pelajar Politeknik Muadzam Shah..padahal aku ni bukan lagi student pada ketika itu..tapi sekurang-kurangnya kesilapan itu mampu menaikkan dan membawa nama Politeknik Muadzam Shah di mata Malaysia.
Pada ketika itu, aku membawa Lagu Bahtera Merdeka sebagai taruhan..buat pengetahuan semua apa yang menarik dalam pertandingan itu..aku terpaksa bersaing dengan 3 orang peserta dari akademi ASWARA..suara yang ditampilkan oleh mereka bertiga memang cukup mengasyikan..cukup membuat aku gentar untuk bertanding..Namun, segala-galanya berubah apabila aku diumumkan sebagai Johan Pertandingan Lagu Patriotik..hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan kegembiraan yang jelas terpancar kat wajah aku masa tu..siap wartawan Utusan Malaysia mewawancara aku lagi..katenyer untuk dimasukkan dalam Utusan Malaysia..
Walaupun sekadar bahagian ruangan jawi..tapi tak kisahlah..paper tu tetap paper Utusan Malaysia..hehehehe...