Seorang suami sepatutnya menjadi contoh kepada dua isterinya yang
bermadu, tetapi bertindak sebaliknya apabila didapati melatih dan
menurunkan ‘ilmu’ mencuri kepada kedua-dua wanita terbabit untuk bergiat
sebagai penjenayah profesional.
TUMPAS...Fakri (tengah) menunjukkan barang curi yang dirampas.
Suspek berusia 25 yang juga seorang mekanik dikesan mengajar
kedua-dua isterinya berusia 20-an mengenai cara memecah masuk kenderaan
sebelum melarikan barang berharga terutama komputer riba ditinggalkan
mangsa dalam kenderaan.
Lebih memeranjatkan apabila suspek turut mengajar seorang anak
lelakinya berusia lima tahun sebagai ‘tonto’ bagi mengawasi keadaan
sekitar ketika bapa serta ibu dan ibu tirinya melakukan jenayah pecah
kereta.
Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika mengumumkan pihaknya membongkar kegiatan pasangan suami isteri terbabit di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, suspek dikesan melatih kedua-dua isterinya untuk
melakukan jenayah kerana terdesak untuk membayar hutang ceti haram
berjumlah ribuan ringgit.