Edisi Tips Blog! Tingkatkan Follower Part 1!

Oleh Kaki Wayang on

Dalam edisi saya yang terdahulu.. Ping BLOG yang paling aku benci kat Facebook! anda digalakkan untuk mengelakkan diri anda daripada mempromosikan link blog anda sepert itu..kalau boleh dielakkan..kita faham anda blogger baru tapi banyak lagi cara yang anda boleh gunakan untuk menarik pembaca agar menjadi pembaca setia blog anda..aku ni bukanlah blogger hebat macam Ben Ashaari ataupun sesiapapun..tetapi sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan aku ini diharap dapat dan mampu membantu blogger baru..

Entri Menarik

Anda memerlukan artikel-artikel menarik yang mampu menarik pembaca agar datang ke blog anda..kenapa? dengan adanya entri yang menarik, pembaca sudah pastinya tertarik akan blog anda..dan sudah tentu pebaca tanpa segan silu akan ringan tangan untuk menjadi follower anda..sebabnya, blog anda menarik untuk diikuti, menarik untuk dibaca, menarik untuk dijadikan bahan santapan minda..betul tak?

Blog dan Hiasan yang menarik

Biasanya perkara inilah yang paling mudah untuk dibuat..perkara yang paling mudah untuk menarik minat pembaca..janganlah anda designkan blog anda seperti sebuah sarkas mahupun tadika ataupun yang sewaktu dengannya..kenapa? Pembaca adalah manusia yang mempunyai perasaan bosan dan sukar difahami.."LESS IS MORE"..janganlah diletakkan salji sana sini, cursor mouse yang pelbagai gaya..sampai memberatkan bllog dan lagu..kadang-kadang pembaca tidak menyukai sesebuah blog yang mempunyai lagu..tu takpe lagi..dah lah ada lagu..lagu pula ntah pape..dah lah ntah pape..tak leh nak stop atau pause kan pula tu...memang berasap laaa kene maki...

BERSAMBUNG.....

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...