Edisi Tips Blog! “Follow Me! I Will Hit You Back!”

Oleh Kaki Wayang on


Pernah tak dengar atau terbaca atau terjumpa dengan ayat ini? Konfem korang ada kan..apa yang korang rasa kalau ayat ni korang selalu jumpa kat Facebook? Setiap blogger terutamanya blogger baru sering menggunakan ayat ini bagi meraih simpati blogger lain agar mereka menjadi follower kita..Kadang-kadang ada yang dah naik meluat dan fed up dah dengan ayat ni kan..

Namun begitu, sedarkah anda bahawa dengan blog yang serabut dan serabai..widget FOLLOW entah ke mana..payah nak cari..duk kat bahagian bawah ataupun langsung tak de widget itu adalah amat menyusahkan orang untuk menjadi follower kita..

Perlu diingat..yang sebelah pihak pula..jangan duk suh orang lain follow blog kita kalau blog kita designnya mak aihhh..lampu lip lap..salji sana sini..dah macam kena TSUNAMI dah..dengan lagu rock bagai..tampal itu dan ini..cursor pula diperindahkan dengan macam-macam design..tahukah anda dengan melakukan seperti itu akan memberatkan blog anda..

Jangan pelik, hairan atau terpinga-pinga pula kalau blog korang tak ramai follower..kenapa? Kawan kita ni dahla guna broadband tahap siput..letak bendalah tu (Benda merepek) konfemla sampai pagi esok pun tak dapat buka blog korang..

Satu lagi kalau ada blogger yang nak minta difollow..jangan pula terus balas dah follow walhal tak follow pun..kena jujur dan ikhlas..jangan hanya mementingkan diri sendiri dan follower..sampai blog sendiri pun tak terjaga..

Semoga semuanya mendapat manfaat darinya..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...