Assalammualaikum tuan punya
blog..wah tahniah anda mempunyai blog yang agak baik pada sudut pandangan
saya..Cuma macam biasa..ruangan chatting tu sebenarnya tak perlu..dan pada
pandangan saya..anda Cuma perlu ubahkan font blog agar lebih kemas..
Blog anda merupakan salah satu
blog yang kurang menggunakan widget dan itu sebenarnya satu kemajuan yang
baik..dan dari segi entri blog pula..nampaknya anda begitu suka untuk
mengemaskini dan update entri anda..itu bagus..dan anda juga mempelbagaikan
tajuk dan judul bacaan anda agar kelihatan lebih pelbagai..
Namun
begitu anda sudah
seharusnya cuba untuk menulis artikel hasil tulisan sendiri agar
kelihatan
lebih kreatif dalam menghasilkan entri..kurangkan artikel yang diambil
dari
surat-suratkhabar tempatan..kalau nak ambil juga..sila olah isinya agar
lebih
asli dan kreatif..dan susunan kepada widget yang digunakan sangat perlu
dilakukan..kerana..pengunjung akan lebih susah sekiranya mereka terus
scroll ke
bawah kemudian scroll semula ke atas untuk mendapatkan paparan
utama..kalau
boleh sediakan button..back to top atau apa jua button agar ianya
memudahkan
pembaca..kalau boleh sila buatkan scroll untuk bahagian ARCHIVE agar
memudahkan pembaca jika bahagian itu sangat penting bagi anda..
Walaupun begitu, blog anda saya
masih sifatkan sebagai blog yang baik untuk tatapan dan santapan minda pembaca..tahniah
terpilih dan saya minta maaf jika sekiranya teguran ini buat anda kecil
hati..tahniah sekali lagi..
Alhamdulillah..selesai sudah
membuat review 5 buah blog yang rata-ratanya blogger baru..sebarang teguran
yang diberikan dibuat berdasarkan kajian yang saya lakukan..dan terdapat juga
pandangan peribadi yang kamu semua boleh memilih untuk ikut ataupun
tidak..namun begitu, percayalah..dengan teguran inilah akan menyebabkan anda
lebih matang bukan sahaja kepada diri anda, cara penulisan anda tetapi juga
kepada blog anda sendiri..tahniah sekali lagi kerana terpilih..