Polis China memberkas seorang lelaki yang mengupah dua orang penari
bogel untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan anaknya, setelah
penduduk kampung menyerbu tempat persembahan itu, menurut laporan
akhbar, semalam.
Zhang Cheng, dari Xuzhou di timur wilayah Jiangsu pada mulanya mahu
mengupah sebuah kugiran membuat persembahan di majlis perkahwinan itu,
tetapi telah dinasihati dia boleh mendapat ‘persembahan istimewa’
sekiranya mengupah dua orang ‘penghibur’ itu.
“Setelah menyaksikan persembahan itu, Zhang membuat keputusan ia
sesuai untuk majlis perkahwinan anak lelakinya dan mengupah dua orang
penari bogel itu,” kata laporan akhbar Global Times.
Tidak sampai lima minit, beratus-ratus penduduk kampung yang konservatif telah menyerbu untuk menyaksikan persembahan itu.
Tidak sampai lima minit, beratus-ratus penduduk kampung yang konservatif telah menyerbu untuk menyaksikan persembahan itu.
Zhang telah ditahan keesokan harinya tetapi tidak diberitahu atas dakwaan apa.