Edisi Informasi! Hanya borang asli mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)!

Oleh Kaki Wayang on

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.

“Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam.

Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.  Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya. Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...