Edisi Segmen Review! Aku dan Hidup - Eddy Syrol!

Oleh Kaki Wayang on


Pertamanya, tahniah kerana terpilih..saudara Eddy merupakan salah seorang blogger kreatif yang mampu menarik perhatian pembaca melalui penulisan beliau..tak hairanlah beliau pernah memenangi beberapa siri pertandingan esei anjuran Abg Eqbalzack..apa yang menarik mengenai blog beliau adalah ianya simple tetapi padat dengan isi-isi artikel yang menarik..kebanyakan artikel yang beliau utarakan adalah mengenai kehidupan, pandangan peribadi beliau dan yang paling best..kebanyakannya adalah hasil tulisan beliau sendiri..

Sebenarnya saya cuba untuk mengelak dari mengkritik kepada penggunaan widget dalam blog..tetapi nampaknya usaha itu tak berhasil..dari segi widget dalam blog ES..hampir kesemuanya tak de masalah..Cuma widget feedjit tu rasanya tak perlu sebab tak Nampak apa kesan dan kegunaannya disitu..tapi takpela..itu cumalah pandangan peribadi..mungkin beliau ada alasannya tersendiri..dan blog anda perlu susun sedikit widget-widget yang digunakan agar tidak serabut..

Selain itu, widget seperti Facebook Badge, Other Entries sebenarnya tidak begitu menonjol akan penggunaan dan fungsinya..namun itu bergantung kepada si penggunanya..dan satu lagi..saudara ES boleh mengemaskini iklan yang terdapat dalam blog agar ianya tidak terkeluar daripada margin layout blog..kerana nampak tidak berapa kemas di situ.

Sedikit cadangan, cuba untuk mempelbagaikan tajuk artikel dan judul bacaan agar ianya mampu untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pembaca..setup META CONTENT anda agar ianya mesra dengan google search tool..gunakan ruangan tag atau label dengan sebaiknya agar ianya mampu untuk dikesan google search tool..satu lagi, saya sebenarnya amat membenci Shout Mix ataupun apa jua jenis chatting tool..kenapa? sebab ia hanya mengundang kepada spam dan iklan semata-mata..orang yang datang ke blog kita hanya datang untuk memberitahu yang blog kita nice, good blog dan kemudiannya menyuruh kita ke blog dengan iklannya..kadang-kadang terdapat blogger yang menggunakan kesempatan dengan meletakkan iklan affiliate mereka di situ..

Untuk itu, saya ingin memohon maaf seandainya ada tersalah tutur bahasa..review ini adalah dari pandangan peribadi saya sendiri sahaja..mungkin ianya berbeza dengan pandangan anda.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...