Hasrat satu keluarga dari pantai timur bergembira sambil bercuti di
ibu kota berkecai selepas menempuh detik hitam ‘dikurung’ dua hari di
sebuah hotel sebelum dipaksa membayar RM5,000 jika ingin dibebaskan.
Malah, pasangan suami isteri berusia 20-an bersama anak lelaki
mereka turut dipaksa menandatangani surat perjanjian penyerahan kereta
mereka kepada dua lelaki yang pada mulanya berjanji untuk membantu
membaiki kenderaan mangsa yang rosak.
Bagaimanapun, nasib malang menimpa keluarga terbabit berakhir
apabila lelaki terbabit menghantar mereka ke Hentian Bas Putra, di sini,
Isnin lalu selepas memberi RM200 sebelum mereka melarikan kenderaan
mangsa.
Keluarga terbabit yang trauma dengan kejadian berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.
Keluarga terbabit yang trauma dengan kejadian berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.
Sumber berkata, kejadian bermula apabila kereta dinaiki keluarga
terbabit mengalami kerosakan ketika melalui Jalan Raja Laut, di sini,
kira-kira jam 6 petang, Sabtu lalu.