Pesakit diikat sebelum diserahkan kepada polis
Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang
lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri
seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di
sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50,
sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia
dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan. Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke
bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit
lain.
Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya
dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus
merawat pesakit lain mengikut giliran.
Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.