Beto-beto Senga! Cinta palsu RM1j!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang wanita kerugian RM1 juta apabila ditipu lelaki warga Afrika yang mengaku sebagai jurutera syarikat cari gali minyak di pantai timur. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lim, 47, sebelum itu berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Kevin Axcel Brown atau Joe, 48, sejak September lalu melalui sebuah laman web cari jodoh.

Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, Lim mula mengenali Joe yang menyamar warga Kanada dan bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak.

“Mereka hanya berhubungan melalui telefon sebelum Joe merayu Lim memasukkan wang berjumlah RM1 juta ke dalam akaunnya kerana terdesak memerlukan wang bagi menguruskan satu projek syarikatnya.

“Tertipu dengan pujuk rayu Joe, mangsa memasukkan wang ke dalam tiga akaun berbeza yang kemudian dikenal pasti pemilik akaun berkenaan seorang wanita warga tempatan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...