Pelakon Iqbal Mazlan (Pilih Kasih musim pertama), 23, menolak
sekeras-kerasnya tuduhan dia mempunyai seorang anak luar nikah hasil
hubungan dengan bekas kekasihnya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Kata Iqbal, bayi berusia 10 bulan yang diberi nama Muhammad Adam
Zulkarnain itu sebenarnya anak kepada pasangan warganegara Filipina yang
diberikan kepada keluarganya akibat desakan hidup.
"Saya tidak kisah dengan tuduhan orang yang memfitnah saya mempunyai
anak luar nikah. Senakal-nakal diri ini, tak adalah sampai saya nak
buntingkan anak orang. Lebih baik saya kahwin sahaja.
"Pada mulanya saya tak terfikir pun untuk jadikan Adam sebagai anak
angkat saya tapi bila fikir masa depannya, timbul rasa kasihan
sehinggalah saya terbuka hati untuk menjadikan dia anak angkat saya atas
persetujuan keluarga. Dalam masa yang sama saya telah mengislamkannya.
Itu lebih baik,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Walaupun memikul tanggungjawab yang berat pada usia muda, Iqbal
menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dilalui tetapi dalam masa
serupa dia khuatir Adam akan kembali kepada pangkuan ibu bapanya apabila
dewasa kelak. "Tak dinafikan saya agak risau tentang risiko yang bakal
dihadapi nanti. Apa-apa pun, Adam akan dijaga sebaik mungkin dan apabila
sudah meningkat dewasa dan sudah pandai menilai perkara baik dan buruk,
saya akan beritahu tentang asal usulnya sedikit demi sedikit.
"Bagaimanapun, tanggungjawab saya sekarang ialah memastikan Adam diberi
pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya sehingga dia berumur 18
tahun.
"Kemudian dia diberi pilihan sama ada ingin kekal dengan saya atau
kembali kepada ibu bapanya. Apa yang akan berlaku nanti, saya serahkan
kepada Allah," ujarnya.
Kesibukan Iqbal sebagai seorang pelakon dan bapa juga membuatkan masanya
agak terbatas untuk memikirkan hal peribadi termasuklah tentang kekasih
hati. Beritahu Iqbal, dia tahu, bukan mudah untuk berkasih sayang dengan
seorang wanita lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mendapat tahu dia
sudah memiliki seorang anak angkat.
Namun, pelakon ini telah meletakkan syarat, bakal teman wanita atau
isterinya nanti bukan sahaja perlu menerimanya bahkan juga Adam.
"Memang sejak saya menjaga Adam, agak susah untuk saya mempunyai teman
wanita. Bagaimanapun, ia bukan satu isu besar kerana saya sanggup
melepaskan cinta demi Adam.
"Malah, demi anak itu juga, saya sanggup berkorban untuk tidak berkahwin selama-lamanya," tegas Iqbal.
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap Mak Jemah! Iqbal Mazlan Sangkal Miliki Anak Luar Nikah!