PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Siaran Langsung! Perkembangan Terkini Kes Liwat Anwar Ibrahim!

Oleh Kaki Wayang on

BERIKUT adalah perkembangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.


9:30 pagi:  Peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar dan pemimpin PR bergerak ke Masjid Wilayah untuk solat syukur selepas Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah diatas tuduhan liwat.

9:25 pagi: Peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar bersorak dan melaungkan 'Reformasi' setelah mendapat berita Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan liwat. Peserta perhimpunan juga membaca doa sebagai tanda syukur

9.21 pagi: Mahkamah putuskan Anwar bebas dari tuduhan meliwat sebentar tadi.
9.12 pagi: Pengerusi DAP Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok tiba di Kompleks Mahkamah.

9.05 pagi: Peguam utama Anwar Ibrahim, Karpal Singh tiba bersama anaknya Gobind Singh.

9.00 pagiSekitar 6,000 orang berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah.

8.55 pagi: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Kompleks Mahkamah.

Sekitar 8.50 pagi: Dalam tempoh asakan lebih kurang enam minit itu, tanpa disedari secara tiba-tiba kumpulan media yang leka mengendalikan tugasan dikejutkan dengan kasut dipercayai milik salah seorang jurugambar media yang melambung secara tiba-tiba. Kehadiran kasut yang melambung secara tiba-tiba itu ternyata mencuri perhatian sebelum disambut dengan pekikan 'wooo!!!' oleh petugas media yang menyaksikan keadaan itu, yang disifatkan sebagai sesuatu yang lucu.

8.50 pagi: Anwar Ibrahim masuk ke dalam kamar mahkamah. Beliau yang berkemeja biru lembut melemparkan senyum kepada yang hadir di galeri awam sambil tangannya memegang reben mata hitam. Anwar kelihatan mengatur anak-anak beliau yang turut hadir. Mahkamah sesak dengan kehadiran lebih 100 orang.

 
8.39 pagi: Anwar Ibrahim dengan diiringi isteri, anak dan menantunya masuk ke dalam Kompleks Mahkamah. Kehadiran Anwar dikerumuni puluhan petugas media yang menanti kehadirannya sejak jam 3 pagi

8.35 pagi: Ada penyokong cuba bertindak ganas dengan menolak pengawal keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada yang 'mengamuk', menangis dan emosi. Anwar dapat memasuki Kompleks Mahkamah selepas 'kekecohan' beberapa minit.

8.30 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya tiba di kawasan mahkamah. Turut tiba anak mereka Nurul Izzah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya Faekah Hussin. Ketibaan Anwar Ibrahim di pekarangan mahkamah hanya berjalan kaki. Kebiasaanya, beliau akan tiba dengan kenderaan, tetapi hari ini hanya berjalan kaki dengan dikerumuni penyokongnya menyebabkan kesesakkan di pintu pagar utama Kompleks Mahkamah.

8.30 pagi: Petugas media dibenar masuk ke dalam mahkamah. Dalam mahkamah penuh sesak dengan petugas media dalam dan luar negara, anggota cawangan khas, peguam dan beberapa kenamaan antaranya MB Selangor. Petugas media melalui dua peringkat untuk memasuki kamar Mahkamah Tinggi 5.

8.18 pagi: Peguam bela Anwar Ibrahim, Sankara Nair tiba.

8:15 pagi: - Sebahagian peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar berhimpun di luar tapak letak kereta walaupun ruang himpun yang dibenarkan masih mempunyai ruang kosong. Penganjur perhimpunan berusaha memberi arahan supaya penyokong masuk ke dalam tempat letak kereta sebagai mematuhi syarat polis. Difahamkan, penyokong tidak masuk ke dalam lokasi yang dibenarkan kerana ingin menyambut kehadiran Anwar Ibrahim

8 pagi: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama isterinya dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Turut hadir Pengerusi SMM Mohd Safwan Anang yang masih berkerusi roda. Beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor juga hadir sama

8.10am: Kerjasama sangat baik dapat disaksikan antara pihak polis dan penganjur setakat ini.

7.45 pagi: Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga dan salah seorang ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah juga hadir.

7.28 pagi: Sorakan "Hidup, hidup, hidup" dan "reformasi" semakin lantang kedengaran di parkir Kompleks Mahkamah.


7.25 pagi: Penyokong Anwar Ibrahim mula memenuhi parkir Kompleks Mahkamah. Keadaan masih terkawal. Penganjur meminta penyokong mematuhi arahan polis.

Sekitar 7.30 pagi: Naib Presiden PKR Tian Chua berucap - "jika mahkamah kita mengecewakan kita, tak dapat mesej rakyat yg berhimpun hari ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan bebaskan Anwar Ibrahim dan kita sendiri tidak terus bergantung pada sistem perundangam korup, kita menuntut keadilan, ini sebahagian program kita rakyat kita dalam menyampaikan sokongan mewakili 26 juta rakyat Malaysia untuk beri mesej kepada pemimpin negara yang pegang kuasa. Kita bela Anwar, kita akan bela negara dan undang-undang. Hanya rakyat akan tentukan nasib kita."

7.15 pagi: Penyokong dan peserta perhimpunan 901 di kawasan parkir dianggarkan sekitar 2,000 orang. Peserta perhimpunan 901 Bebaskan Anwar menyanyikan lagu Negaraku dan melaungkan "Reformasi" sebagai sokongan terhadap Anwar Ibrahim.

6:45 pagi - Polis melakukan beberapa pemeriksaan terhadap sekumpulan penyokong Anwar Ibrahim yang membawa beberapa poster, di jalan utama menuju Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Poster itu tertera 'Rakyat hakim negara' dan 'Tolak konspirasi'. Bagaimanapun poster itu dibenarkan dibawa masuk ke lokasi perhimpunan kerana tidak melanggar 10 syarat polis terhadap peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar.

6.40 pagi - Polis memaklumkan petugas media tidak dibenarkan berada di lobi Kompleks Mahkamah . Polis mula berdiri di hadapan tangga. Salah seorang peserta perhimpunan mengetuai bacaan doa di tapak perhimpunan.

6.40 pagi: Petugas media yang gagal memperlihatkan pas perakuan media kepda pihak polis yang ditugaskan berkawal di pintu pagar utama tidak dibenarkan memasuki kawasan  perkarangan kompleks mahkamah

6:30 pagi: Sebuah helikopter milik Unit Udara PDRM dilihat diruang udara dipercayai mengawal pergerarakan trafik dan penyokong Anwar Ibrahim

6.20 pagi: Laungan reformasi mula kedengaran

6.15 pagi: Kesabaran petugas media menunggu untuk masuk ke dalam komplkes mahkamah berakhir apabila diberi kebenaran. Kira-kira 150 petugas media dikehendaki beratur sebelum dibenarkan masuk ke pekarangan Kompleks Mahkamah. Difahamkan, hanya 47 wakil media yang disenaraikan sahaja dibenar masuk ke dalam kamar mahkamah bagi mengikuti prosiding

6 pagi: Semua penyokong termasuk petugas media yang berkumpul di pekarangan luar jalan msuk mahkmah bergerak masuk ke pintu pagar setelah dibenarkan pihak polis yang berkawal di pos pertama dekat lorong masuk utama

6 pagi: Hujan renyai memaksa peserta mendesak polis membuka laluan ke pagar utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Namun, dimaklumkan polis hanya membenarkan pintu dibuka seawal jam 7 pagi.

5.21 pagi: Dua bas PDRM diiringi dua polis trafik bermotor memasuki perkarangan mahkamah

5.14 pagi: Kelihatan lima trak polis masuk ke dalam kawasan kompleks mahkamah

Sekitar 4 pagi: Petugas media semakin ramai yg hadir

3.56 pagi: Penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula dilihat berkumpul di kawasan menuju ke pintu masuk utama  Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Walaupun, terpaksa berhadap dengan kesejukan awal pagi ditambah dgn keadaan hujan renyai-renyai, mereka dilihat tetap setia menunggu bagi mengetahui keputusan kes liwat.
Terkini akan menyusul sebentar lagi..
Sila baca selanjutnyaSiaran Langsung! Perkembangan Terkini Kes Liwat Anwar Ibrahim!

Edisi Hangat! Dendam United berbalas singkirkan City!

Oleh Kaki Wayang on


Manchester United menyingkir juara bertahan, Manchester City daripada saingan Piala FA pada pusingan ketiga semalam dengan kemenangan 3-2 dalam perlawanan yang penuh insiden di Eastlands. Kemenangan itu sekali gus membolehkan United melunaskan dendam akibat dimalukan 1-6 oleh City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Wayne Rooney menjaringkan dua gol, manakala pemain pertahanan City, Vincent Kompany pula diperintah keluar padang selepas menerima kad merah pada minit ke-15. Paul Scholes melakukan kejutan keluar dari persaraan untuk membantu United pada aksi semalam.

United tidak menunggu lama untuk mendahului City apabila Rooney mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-10 menerusi tandukan yang tepat ke penjuru gawang hasil hantaran lintang Antonio Valencia. City tersentak lagi dua minit kemudian, kali ini bukan tambahan gol daripada United tetapi pertahanan mereka, Kompany diperintah keluar padang kerana melakukan terjahan kasar ke atas Nani.

Selepas setengah jam, United berjaya menambah gol kedua, kali ini menerusi Danny Welbeck yang menyudahkan hantaran pemain pertahanan kiri Patrice Evra melalui rembatan dari dalam kawasan penalti. Pasukan bimbingan Alex Ferguson menambah gol ketiga pada minit ke-39 selepas Alesandar Kolorov menjatuhkan Welbeck di dalam petak penalti. Sepakan Rooney berjaya diselamatkan Costel Pantilimon namun Rooney pantas menanduk masuk bola yang ditampan penjaga gol City.

Kolorov berjaya menebus kesilapannya selepas tiga minit babak kedua apabila menjaringkan gol menerusi sepakan bebas yang menewaskan penjaga gol United, Anders Lindegaard. City meraih jaringan kedua pada minit ke-64 apabila Scholes membuat kesilapan, membolehkan James Milner melakukan hantaran lintang sebelum disudahkan Sergio Aguero.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Dendam United berbalas singkirkan City!

Edisi Sentap! Suasana Perhimpunan Penyokong Anwar Ibrahim!

Oleh Kaki Wayang on

Anwar menghadapi pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan,beberapa tahun lepas. Setelah kedua2, baik pihak pembelaan dan pendakwaan telah melakukan hujah penggulungan, kini yang tinggal adalah Hujah Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim dari Hakim Mahkamah tinggi Dato Zainal Abidin Md Diah.

Menurut sumber Berita harian, penyokong-penyokong Dato seri Anwar Ibrahim sudah mula berkumpul seawal 6 pagi tadi setelah selesai menunaikan solat subuh di Masjid Wilayah.Walaupun Hujan lebat turun..penyokong2 Dato seri Anwar Ibrahim  tidak berganjak dan terus menanti di perkarangan letak kereta Mahkamah.

Penyokong-penyokong tidak dibenarkan memasuki perkarangan mahkamah jalan Duta, dan hampir 500 anggota polis mengawal situasi disana.Menurut Berita Harian..keadaan terkawal dan masih aman. Pihak polis telah mengawal persimpangan masuk ke perkarangan Mahkamah sejak jam 5 pagi. Namun kebanyakan penyokong2 DSAI telah berkumpul di Masjid Wilayah dari malam semalam.

Dikatakan masih ramai yang sedang berarak untuk memasuki perkarangan letak kereta dengan berjalan kaki disepanjang jalan.


ANGGOTA polis mengawal keadaan diluar perkarangan Mahkamah Jalan Duta berikutan keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini.
Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berhimpun di hadapan pintu masuk mahkamah pada perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
PENYOKONG Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan sedang berarak di hadapan Mahkamah Jalan Duta, awal pagi tadi.
Semuanya gara-gara ingin mengetahui dan menyokong Anwar Ibrahim walau apa jua keputusan mahkamah mengenai kes liwat beliau..

LAGI GAMBAR SUASANA PERHIMPUNAN BERKENAAN!!!








Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Suasana Perhimpunan Penyokong Anwar Ibrahim!

Edisi Hangat! Tarikh Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Tarikh Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012

Edisi Sentap! Komen Sentap Azizah Mahzan mengenai bertudung!

Oleh Kaki Wayang on

Perubahan dalam diri pelakon Ombak Rindu, Azizah Mahzan selepas membuat keputusan memakai tudung awal tahun lalu berkata, dia menjalani hidup seperti biasa dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya. Malah katanya, sama ada seseorang itu memakai tudung ataupun tidak bukanlah satu isu yang patut diperbesar ataupun diperdebatkan oleh orang ramai.

“Bertudung atau tidak, itu hak masing-masing. Asalkan dia orang Islam, dah cukup. Saya tidak pernah menilai orang daripada imejnya tetapi berdasarkan kepada hatinya walaupun dia seorang pelacur,” jelasnya.

Kredit: Izyan.com
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Komen Sentap Azizah Mahzan mengenai bertudung!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...