PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Yuna Mohon Maaf Isu Seluar Legging!

Oleh Kaki Wayang on

Ada di kalangan peminatnya tidak berpuas hati dengan penampilan bertudung Yuna yang dipadankan dengan seluar legging berwarna kelabu dalam klip video Someone Out Of Town. Salah sebuah dari tiga lagu EP dirakam di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu selain Coffee dan Fears and Frustrations yang turut dimuat dalam album kedua Yuna berjudul Terukir Di Bintang.


gambar baru Yuna dipetik dari Rotikaya
"Semakin lama dalam industri semakin saya tahu apa yang sensitif atau tidak kerja sebagai anak seni. Tapi saya bertanggungjawab 100 peratus terhadap pemakaian saya. Maknanya tak ada siapa yang suruh saya pakai itu atau ini.

“Dalam bab ini, saya faham perasaan orang bila nampak saya bertudung dan memakai jagging, bukan legging dalam klip video itu. Andai ada yang terasa, saya mohon maaf.

“Apa pun teguran daripada orang, saya terima dan mana yang tak betul, saya jadikan panduan,” -Via

Kredit: Rotikaya.com dan Izyan.com
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Yuna Mohon Maaf Isu Seluar Legging!

Edisi Sentap! Saiful Bukhari Tenang dan Redha Dengan Keputusan Mahkamah!

Oleh Kaki Wayang on

Saiful Bukhari Tenang dan Redha Dengan Keputusan Mahkamah

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi apabila membebaskan bekas majikannya itu daripada tuduhan kes liwat yang dibuatnya tiga tahun lalu.

” Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuaNya.  Akn trs tenang, doa, istiqamah & sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” katanya dalam twitter miliknya.


Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah.

Mohd. Saiful Bukhari dalam blognya turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan rakyat Malaysia terhadapnya sebelum ini. Dia juga meminta semua terus berdoa agar kebenaran membabitkan kes itu muncul. Dia turut menyelitkan sepotong ayat Al-Quran;

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” (At-Taubah 9:129)
Mohd. Saiful Bukhari turut menulis – Yang pasti, jika diambil nyawa, akan pergi dengan tenang, tiada lagi berhutang “Kebenaran” dengan sesiapa.

Dia dijangka mengulas keputusan mahkamah dalam blognya dalam masa terdekat.

Kredit: MyNewsHub

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Saiful Bukhari Tenang dan Redha Dengan Keputusan Mahkamah!

Edisi Khas! Dokumentari Khas Siti Nurhaliza kini di ASTRO!

Oleh Kaki Wayang on


Bila sebut sahaja nama Siti Nurhaliza apakah yang wujud dalam bayangan anda? Wajah manisnya yang telah menawan hati setiap pelusuk isi rumah di Malaysia, Indonesia dan Singapura? Atau deretan trofi yang terkumpul sehingga tidak cukup almari? Atau vokal emasnya yang mendodoi lena setiap malam kita? Atau paparan kisah sepanjang dia bergelar anak seni sejak 16 tahun lalu?

Hanya luaran yang mengisi minda kita seperti apa yang kita sering tonton di televisyen dan baca di akhbar dan majalah. Tidak ramai yang mengetahui apakah yang terselindung di sebalik nama Siti Nurhaliza itu sendiri.
Justeru, sempena ulangtahun kelahiran yang ke 33 penyanyi bercop nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, saluran History mengambil inisiatif menerbitkan sebuah dokumentari khas yang berjudul “Siti Nurhaliza” untuk tayangan Asia.

Dokumentari sepanjang satu jam itu akan membawa penonton meraikan kehidupan penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis ini bermula sebagai penyanyi yang menjuarai Bintang HMI 1995 sehinggalah bergelar usahawanita yang memiliki produk kecantikan jenama sendiri, SimplySiti.

Tidak mengganggap peluang itu sebagai kemuncak kerjayanya, Siti berharap dokumentari ini akan mencetuskan inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan muda yang menanam cita-cita untuk berjaya sepertinya satu hari nanti.

“Ia satu penghargaan kerana Siti antara yang muda dan diberikan peluang untuk merakamkan perjalanan hidup saya untuk tontonan masyarakat. Saya melihat ia dari sudut seorang anak kampung yang mempunyai cita-cita untuk berjaya sebagai penyanyi dan perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Fokusnya lebih kepada saya menjadi inspirasi kepada semua dengan melihat kejayaan yang saya perolehi hari ini. Motivasi yang baik itu harapnya dapat diterima oleh penonton kelak,” kata Siti yang kini memiliki album Inggeris sendiri “All You Love”.

Siti merupakan artis muda yang masih hidup diberikan peluang tersebut. Sebelum ini saluran History pernah menerbitkan dokumentari mengenai Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan Penghibur Nombor Satu Asia, Datuk Sudirman Hj Arshad.

Menerusi dokumentari itu, masyarakat yang selama ini hanya didedahkan pada aspek luaran penyanyi itu akan meneroka di sebalik tabir kehidupannya sepanjang  bergelar penyanyi.

“Pelbagai cabaran telah Siti lalui namun apa yang dipaparkan di televisyen, akhbar dan majalah hanyalah luaran Siti sahaja. Bagaimana Siti berdepan dengan cabaran tersebut hanya diketahui oleh mereka yang dekat dengan Siti. Kali ini mereka yang akan berkongsi cerita tersebut seperti contohnya jurusolek Siti, Nurul Shukor yang telah bersama Siti lebih 10 tahun dan pastinya kakak ipar dan pengurus Siti, Rozi Abdul Razak,” tambah Siti lagi.

Menurut Siti, hanya jurusoleknya itu yang tahu bagaimana cara dia berdepan dengan pelbagai masalah dan Nurul telah dianggap sebagai salah seorang orang kepercayaannya.

“Bagaimana saya memberontak dan meluahkan kemarahan saya bila pelbagai cerita tidak betul yang keluar tentang saya. Bagaimana saya berdepan dengan tekanan tersebut. Hanya sesetengah orang saja yang tahu bagaimana kami menyimpan setiap perkara yang tidak pernah dipertontonkan kepada masyarakat,” ujar Siti yang cukup teruja mahu menyaksikan apa kata orang mengenainya.

“Sebelum ini pun pernah ada program sebegini yang melibatkan kehidupan Siti, namun gaya penceritaan dan hasil setiap program pastinya berbeza. Macam tadi bila tengok balik klip-klip persembahan Siti di Indonesia dan bersama 2 By 2 memang tidak Siti jangkakan mereka akan masukkan klip sebegitu,” jelas Siti lagi.

Tambah penerbit, Lina Tan, dia akui sukar untuk menyunting 12 jam rakaman footage yang ada untuk dijadikan dokumentari sepanjang satu jam.

“Kita bermula sejak awal tahun, dari proses pengumpulan bahan lagi. Bila kita dah temuramah ramai orang yang terlibat ada lebih 12 jam footage yang ada. Memang sukar untuk menyunting dokumentari tersebut. Yang menariknya bila kita selesai menemuramah, kita semakin kenal siapa Siti sebenarnya. Dia popular bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia dan Singapura. Kita juga sedar yang sukar untuk menjadi bintang di sini dan apakah kehidupan sebenar yang mereka lalui.” ulas Lina selaku penerbit dokumentari tersebut.

Antara yang diwawancara termasuk komposer Adnan Abu Hassan, personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali, wartawan hiburan kanan, Zainal Alam Kadir, Jennifer Thompson dan Michael Ong.

Dokumentari “Siti Nurhaliza” akan ditayangkan pada 11 Januari 2012 pukul 10 malam di saluran History (Astro 555). Ia akan diulangtayang pada 12 Januari (8 malam), 14 Januari (6 petang) dan 15 Januari pada pukul 9 malam.

Kredit: MummyNemo
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas! Dokumentari Khas Siti Nurhaliza kini di ASTRO!

Edisi Sentap! Keputusan Mahkamah Tetapkan Anwar Tidak Bersalah!

Oleh Kaki Wayang on



Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan tidak bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di sini pagi ini.

Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.
 
Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak boleh sabitkan kesalahan tertuduh dengan bergantung kepada keterangan saksi pertama pendakwaan sahaja.

“Justeru, mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah,” sebelum terus bangun dan meninggalkan kamar mahkamah.

Anwar, 63, sebelum ini diarahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Seta Kasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kewujudan DNA Lelaki Y dari sumber air mani di dalam salur rektum Saiful menerusi dua pakar Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon.

DNA Lelaki Y didapati sepadan dan disahkan sebagai milik Anwar oleh kedua-dua pakar setelah merujuk kepada sampel DNA Anwar yang diambil melalui berus gigi, sehelai tuala “Good Morning” dan sebotol bekas air mineral ketika Ketua Umum PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

Hakim Zabidin memutuskan Anwar untuk membela diri berhubung kes pada 16 Mei tahun lalu setelah mendapati tiada sebab padanya untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan barisan pendakwaraya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Keputusan Mahkamah Tetapkan Anwar Tidak Bersalah!

Edisi Khas Sentap! Anwar Ibrahim TAK BERSALAH!

Oleh Kaki Wayang on

9:30 pagi:  Peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar dan pemimpin PR bergerak ke Masjid Wilayah untuk solat syukur selepas Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah diatas tuduhan liwat.

9:25 pagi: Peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar bersorak dan melaungkan 'Reformasi' setelah mendapat berita Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan liwat. Peserta perhimpunan juga membaca doa sebagai tanda syukur.

9.21 pagi: Mahkamah putuskan Anwar bebas dari tuduhan meliwat sebentar tadi.
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Sentap! Anwar Ibrahim TAK BERSALAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...