PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Chef Joe Masterchef Sentap dengan wartawan Malaysia!
Oleh Kaki Wayang on
BARU-baru ini ada sebuah majlis dianjurkan oleh pihak Astro sebagai tanda berakhirnya program realiti masakan pertama, MasterChef Malaysia di ibu kota pada minggu lalu.
Tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja dalam rancangan itu sebab
telah berjaya buka mata Joyah yang selama ini skeptikal dengan
kemampuan orang kita dalam bidang masakan.
Memang setaraf dengan chef peringkat antarabangsa yang kita bangga-banggakan selama ini.
Bila dah ada program berprofil tinggi dan standard tu, Joyah ingat cara pemikiran dan pergerakan kita jadi seiring tapi sebaliknya berlaku pada majlis itu.
Joyah dapat tahu seorang daripada juri tetap MasterChef Malaysia iaitu Chef Joe dikatakan tak nak ditemuramah oleh wartawan bertugas.
Alasan Chef Joe, tak ada seorang pun wartawan yang buat artikel mengenainya semasa dia tak popular dulu.
Tapi selepas Astro beri lampu sorot pada dia dalam MasterChef Malaysia, barulah wartawan terhegeh-hegeh datang dekat nak beramah mesra.
"Mungkin dia bagus dalam kerjaya tapi sebab dia tak diperkenalkan
betul-betul kepada masyarakat oleh media sebelum ini, mungkin orang tak
perasan kehadiran dia," kata seorang sahabat baik Joyah.
Joyah rasa, hal ini benda kecil je sebab Joyah faham mungkin Chef Joe
sedang emosi itu. Tak payahlah nak 'balas dendam' peristiwa lama pada
wartawan zaman baru ini. Mungkin wartawan masa zaman Chef Joe tu dah
buat kesilapan, tapi kenapa nak kenakan balik wartawan yang datang malam
itu.
Chef Joe tak payahlah nak sentap sangat lepas ni ye. Marilah kita semua berdamai dan bekerjasama sebab tak ada ruginya pun.
Edisi Sentap! Peminat 1Phone 4S berang!
Oleh Kaki Wayang on
Sebilangan peminat gajet Apple naik berang, selepas pelancaran
telefon pintar iPhone 4S dibatalkan berikutan kehadiran pelanggan yang
terlalu ramai. Sehubungan itu, orang ramai bertindak membaling telur ke arah kedai
rangkaian Apple di sebuah pusat beli belah di daerah Sanlitun, semalam.
Beratus-ratus pelanggan termasuk antara 20 dan 30 pekerja asing yang
diupah sanggup beratur dalam keadaan cuaca sejuk bagi menunggu
pelancaran gajet tersebut.
Apabila kedai yang dijangka dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan
itu tidak dibuka dan pelancaran telefon
pintar itu dibatalkan, orang
ramai mula naik berang lalu membaling telur ke arah premis terbabit. Sehubungan itu, polis mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan premis dan menutupnya dengan meletakkan pita kuning.
Menurut jurucakap Apple, Carolyn Wu, jumlah pelanggan yang terlalu ramai menyebabkan stok telefon terbabit tidak mencukupi.
"Premis Apple di pusat beli belah Sanlitun tidak akan dibuka dan
iPhone 4S tidak akan dijual buat sementara waktu di rangkaian kedai
Apple di Beijing dan Shanghai berikutan jumlah pelanggan yang terlalu
ramai, namun orang ramai boleh menempahnya secara dalam talian,"
katanya.
Edisi Hangat! Datuk Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia 2012
Oleh Kaki Wayang on
Seperti yang telah diramalkan, pemain badminton perseorangan negara,
Datuk Lee Chong Wei, 29, hari ini muncul juara Terbuka Malaysia
menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago di Stadium Putra Bukit Jalil.
Chong Wei yang juga juara All England, sebelum menundukkan Tago
21-6, 21-13 telah mengenepikan Chen Long pada peringkat separuh akhir
malam tadi dalam pertarungan sengit selama satu jam, 15 minit sebelum
menang dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-13.
Dengan kemenangan ke atas Tago, Chong Wei berjaya menyamakan rekod
yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi
juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali.
Edisi Sentap! Mayat pekerja asing dalam beg di lapangan terbang!
Oleh Kaki Wayang on
Sebuah persatuan pekerja Filipina di Asia Barat semalam mendesak
pihak berkuasa negara itu menyiasat kematian ngeri seorang pekerja
asing yang tiba di bandar raya ini dari Bahrain.
Nidzmar Bahjin, 20, kembali ke Filipina dari Bahrain Selasa lalu.
Tetapi, keesokannya, mayatnya ditemui dalam beg pakaian yang
ditinggalkan di tempat letak kereta di Terminal 2, Lapangan Terbang
Ninoy Aquino.
Pembunuhan ngeri itu bukan saja memeranjatkan keluarga tetapi juga mencetuskan kebimbangan di kalangan pekerja asing Filipina yang tiba di negara asal mereka menerusi lapangan terbang berkenaan.
Polis di Pasay City berkata, Nidzmar, wanita Islam yang berasal dari Sulu itu, dipercayai diculik sebelum dicekik hingga mati.
Edisi Sentap! Lagu DARA - Lagu Baru Ariel Peterpen ke corong radio
Oleh Kaki Wayang on

Ariel Peterpan yang dipenjarakan atas kes salahlaku video seks
sekitar 2 tahun lalu tidak membataskan dirinya dalam bidang penciptan
lagu. Terkini, sebuah lagu berjudul Dara telah dimainkan di radio
Indonesia setelah memperoleh kebenaran daripada pihak berkuasa di sana.
Difahamkan, lagu Dara ini dicipta sebagai tanda penghargaan kepada
Luna Maya dan teman-teman yang selama ini memberikan sokongan moral
kepada dia. Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun serta denda
sebanyak RM850000.
Sekaligus, Dara menjadi pengubat rindu buat peminat Ariel Peterpan.





