Edisi Sentap! Peminat 1Phone 4S berang!

Oleh Kaki Wayang on

Sebilangan peminat gajet Apple naik berang, selepas pelancaran telefon pintar iPhone 4S dibatalkan berikutan kehadiran pelanggan yang terlalu ramai. Sehubungan itu, orang ramai bertindak membaling telur ke arah kedai rangkaian Apple di sebuah pusat beli belah di daerah Sanlitun, semalam.

Beratus-ratus pelanggan termasuk antara 20 dan 30 pekerja asing yang diupah sanggup beratur dalam keadaan cuaca sejuk bagi menunggu pelancaran gajet tersebut.

Apabila kedai yang dijangka dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan itu tidak dibuka dan pelancaran telefon 
pintar itu dibatalkan, orang ramai mula naik berang lalu membaling telur ke arah premis terbabit. Sehubungan itu, polis mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan premis dan menutupnya dengan meletakkan pita kuning.

Menurut jurucakap Apple, Carolyn Wu, jumlah pelanggan yang terlalu ramai menyebabkan stok telefon terbabit tidak mencukupi.

"Premis Apple di pusat beli belah Sanlitun tidak akan dibuka dan iPhone 4S tidak akan dijual buat sementara waktu di rangkaian kedai Apple di Beijing dan Shanghai berikutan jumlah pelanggan yang terlalu ramai, namun orang ramai boleh menempahnya secara dalam talian," katanya.
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...