PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Isu Semasa! Bibik meninggal dihempap PAGAR!

Oleh Kaki Wayang on

TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian, semalam.  

“Ketika saya cuba mengangkat pagar itu, Bibik masih bernyawa, tetapi beberapa minit kemudian dia diam dan tidak bergerak,” kata Shahrul Hassan, 41, menceritakan insiden amahnya terbunuh akibat dihempap pintu pagar rumah majikannya di Jalan Raja Udang, Larkin Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Oneh, 50-an, tergelincir ketika membersihkan halaman rumah dan memaut pintu pagar bagi mengelakkan terjatuh, namun pagar besi seberat lebih 200 kilogram itu tumbang lalu menghempap kepala serta badannya.

Shahrul berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terdengar dentuman kuat.

Sebaik keluar rumah untuk mencari punca bunyi, dia menemui Oneh yang dipanggil Bibik dan bekerja dengan ibu bapanya sejak lebih tiga tahun lalu, berlumuran darah dihempap pintu pagar.

“Saya sedih melihat keadaannya dan tidak banyak yang dapat kami buat untuk menyelamatkannya. Saya juga sebak mengenangkan hasrat Bibik mengerjakan haji tidak tercapai kerana dia pernah memberitahu wang simpanannya sudah mencukupi.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini dan menganggap ia sebagai takdir Allah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
 

Sila baca selanjutnyaEdisi Isu Semasa! Bibik meninggal dihempap PAGAR!

Edisi Agama! Nafkah isteri nusyuz!

Oleh Kaki Wayang on

BAGAIMANAKAH seseorang isteri itu dianggap nusyuz dan bolehkah dikatakan nusyuz bagi isteri yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti digariskan Islam?

Apakah hukum dan hak bagi isteri nusyuz? Bolehkah dia menuntut apa-apa sekiranya berlaku perceraian, seperti harta sepencarian, hak untuk menjaga anak dan nafkah selepas perceraian?

Bolehkah isteri menuntut harta seperti tanah, rumah atau apa-apa harta yang dibeli dalam perkahwinan atas nama isterinya, sekiranya mahkamah menjatuhkan seseorang isteri itu nusyuz atau diserahkan kepada suami? 
 
JAWAPAN:
NUSYUZ bermaksud derhaka iaitu enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suami, iaitu antara lain:

1) Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya.

2) Meninggalkan rumah suaminya.

3) Enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.” (Ahmad Ibrahim, 1999: 75)

Sekiranya perkara itu berlaku, suami hendaklah terlebih dulu mengambil tindakan dengan menasihati isterinya secara baik, jika tidak berjaya suami memulaukan isteri di tempat tidur atau tidur berasingan dan seterusnya kalau isteri masih berdegil dipukul dengan berpada. (Surah n-Nisa’, ayat 34).

Hakim boleh menjatuhkan hukuman nusyuz kepada isteri apabila suami bertindak sedemikian dan terbukti isteri bersalah. Hukum isteri nusyuz ialah dia tidak berhak mendapat nafkah sebagaimana kebiasaan.

Apabila isteri bertaubat haknya akan dikembalikan. Sekiranya berlaku perceraian, isteri tetap mendapat hak yang lain seperti mutaah, pembahagian harta sepencarian sewaktu perkahwinan dan hak penjagaan anak mengikut ketetapan hukum syarak.

Harta yang dibeli atas nama isteri boleh dituntut suami sebagai sebahagian harta.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Nafkah isteri nusyuz!

Edisi Agama! Mandi wajib bersalin!

Oleh Kaki Wayang on

SELEPAS berapa hari bersalin, bolehkah saya mandi wajib atau saya perlu menunggu sehingga selesai berpantang? 

JAWAPAN:
ANTARA sebab mandi wajib bagi wanita ialah keluar haid, bersalin (wiladah) dan keluar darah nifas (Haji Mohamed bin Jusoh 1990: 26).

Mandi wajib kerana keluar haid dan keluar darah nifas disepakati oleh semua di mana syaratnya ialah putus atau kering darah haid atau nifas.

Berkenaan bersalin, mazhab Maliki, Hanafi dan Shafie berpendapat wajib mandi apabila melahirkan anak. Mazhab Hanbali berpendapat tak wajib apabila tidak keluar darah.

Dengan itu anda boleh terus mandi wajib selepas bersalin kerana melahirkan anak. Sekiranya ada darah nifas, anda sekali lagi perlu mandi wajib apabila kering darah nifas atau habis pantang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Mandi wajib bersalin!

Edisi Agama! Kesalahan berat menyerupai zina!

Oleh Kaki Wayang on

SAYA seorang wanita dan pernah melakukan perbuatan tidak bermoral bersama dengan pasangan iaitu seorang wanita juga. Adakah ia tergolong sebagai perbuatan zina sedangkan dia bukan seorang lelaki. 

Definisi zina merujuk kepada perlakuan seorang lelaki dan perempuan yang melakukan hubungan seksual. Namun sekarang, alhamdulillah saya sudah meninggalkan perbuatan terkutuk saya pernah lakukan dulu dan ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya. 
 
JAWAPAN:
 
ANTARA definisi zina ialah ‘menyetubuhi perempuan pada kemaluannya secara haram tanpa sebarang syubhah.’ Menurut Dr Faizah Haji Ismail (1996: 175), perhubungan jenis sesama lelaki atau sesama perempuan tidak dikategorikan sebagai zina.

Bagaimanapun, kedua-dua perbuatan itu tetap haram dan berdosa besar dan boleh dihukum takzir. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan bersetubuh dengan seorang perempuan maka keduanya sudah berzina.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Perbuatan itu adalah kesalahan berat sehingga menyerupai perbuatan zina. Tiada pilihan lain selain bertaubat kepada Allah s.w.t atas keterlanjuran yang pernah dilakukan itu.

Bertaubat di sini ialah kembali taat kepada perintah Allah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Anda boleh menunaikan solat sunat taubat dengan niat: “Sengaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Kesalahan berat menyerupai zina!

Edisi Hangat! Khairul Fahmi Che Mat bakal jadi JUTAWAN!

Oleh Kaki Wayang on

Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010. 

Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,

Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya. 
 
Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).

Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Khairul Fahmi Che Mat bakal jadi JUTAWAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...