PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Kesihatan! Mudarat mandi malam!
Oleh Kaki Wayang on
ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh 
mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat 
Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah 
kesihatan.
Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh 
mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan 
tentang isu ini?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta 
menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh 
membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan 
stress.
Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem 
imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan 
masalah kesihatan lain.
"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan
 buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan 
sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang
 mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit 
ini," kata beliau.
Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu 
usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, 
mandi dengan air sejuk boleh membantu.
Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?
Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya 
adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan 
kemudaratan.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang 
mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia 
membersihkan badan daripada bakteria dan virus.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga,
 pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan 
mandi". Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan 
penyakit kulit dan juga bau badan.
"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau 
badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan 
lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.
"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita
 menggunakan sabun antibakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang 
sama pada amalan membasuh tangan.
"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan 
terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu 
malam," kata beliau.
 Ekzema
Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi 
kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah 
ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.
"Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang 
mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus
 pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan," terang Dr. Tan.
Katanya, rawatan bagi kulit yang kering adalah dengan membuatkan 
kulit mengandungi air dan cara yang terbaik dengan berendam ketika mandi
 dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.
"Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering.
Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air daripada kulit.
"Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini 
supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak
 mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke 
dalam kulit," terangnya.
 Jadual kerja ketat
Ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana 
jadual kerja yang agak ketat. Ada juga yang bermasalah bila berjauhan 
dari rumah dan tidak sesuai dengan tempat di mana mereka berada.
Pengamal perubatan, Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat
 menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi 
secukupnya.
Ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan 
hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas 
mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.
"Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh 
mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita. Ia juga 
boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita," kata beliau.
Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
"Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini.
Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip.
"Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan 
perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada 
waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin 
mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di 
sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi 
waktu malam.
"Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik.
 Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu 
sebelum ke tempat tidur," kata beliau.
 Pemulihan badan 
Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. 
Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan 
ketahanan fizikal dan emosi.
"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana 
ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan 
termasuk mendatangkan penyakit," katanya.
Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?
Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang 
yang sihat". Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka 
liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan 
memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.
"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau.
Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. 
Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur. 
Edisi Kaki Wayang! Komik Ombak Rindu kini dipasarkan - Tajuk Lidah Pendek!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Kaki Wayang! Komik Ombak Rindu kini dipasarkan - Tajuk Lidah Pendek!
Edisi Pelik! Subhanallah! Ikan Bergigi seperti Manusia!
Oleh Kaki Wayang on


Edisi Pelik! Babi berbulu biri-biri!
Oleh Kaki Wayang on

JAKIM perlu memainkan peranan. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih
 teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, 
kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim.

Ini ialah Babi Mangalitsa (Google Image : Mangalitsa). 
Negara asalnya ialah Austria dan Hungary..
Diternak
 untuk daging dan bulunya. Jadi umat Islam perlu berhati-hati kerana 
bulu haiwan ini tiada bezanya dengan bulu biri-biri… 
Jangan harapkan pihak berkuasa sahaja. Marilah kita sama-sama menjaga kesucian Islam…
Edisi Sentap! HOMOSEKSUAL: Apa Kata Anwar Ibrahim!
Oleh Kaki Wayang on
 
 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan  undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
Sambil menyifatkan undang-undang tertentu   sebagai lapuk, Anwar juga
 berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.
‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka 
tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang 
tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.
Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia 
secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian 
perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat 
sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC 
mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara 
ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, 
Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.
Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 
12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di 
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.
Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 
daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah 
mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful 
Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid 
deoksiribonukleik (DNA).
Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung 
menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan 
transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.
Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai 
Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita
 di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya 
undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi 
kolonial British itu dihapuskan.
Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan  
pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan 
terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun
 Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka  antara 
orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.
Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak 
akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya 
menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah
 lebih serius.






