PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Mak aihhh..Seksinya Rozita Che Wan!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Mak aihhh..Seksinya Rozita Che Wan!
Edisi Hangat! Fasha tidak sembunyi pernikahan!
Oleh Kaki Wayang on

"SAYA belum bernikah." Demikian tegas pelakon Fasha Sandha apabila
timbul gosip mengatakan dia sudah bernikah dengan kekasih hatinya, Toh
Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Thailand baru-baru ini.
Malah tegasnya, dia hairan bagaimana boleh timbul pelbagai spekulasi tentang perkahwinannya sejak akhir-akhir ini.
Ketika ditemui baru-baru ini, pelakon jelita yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu berkata, dia tidak akan menyorokkan majlis perkahwinannya.
"Buat masa ini saya memang tidak akan memberi sebarang komen mengenai
perancangan majlis perkahwinan saya termasuklah bila dan di mana,"
katanya.
Ditanya mengenai ura-ura kononnya dia yang akan melangsungkan
perkahwinan di kota romantik dunia, Paris sempena meraikan sambutan
ulang tahunnya, Fasha berkata: "Ya, benar saya akan ke Paris selama 10
hari dan akan menyambut ulang tahun kelahiran saya di kota romantis itu.
"Tetapi dakwaan mengatakan saya bakal berkahwin di sana adalah tidak
benar sama sekali kerana saya ke sana atas urusan kerja apabila terbabit
dengan penggambaran drama Seindah Sakura bersama Fahrin Ahmad."
Dalam pada itu pelakon cantik berusia 28 tahun itu berkata, dia juga
tidak akan mengadakan sidang akhbar mengenai majlis pernikahannya
seperti yang lazim dilakukan oleh selebriti tempatan. Bagaimanapun beliau menegaskan tidak akan merahsiakan tarikh perkahwinannya apabila sudah sampai masanya kelak. Cuma kata Fasha, dia hanya akan memilih untuk berkongsi hari bahagia itu bersama beberapa organisasi media yang rapat dengannya. Hanya enam organisasi media arus perdana yang jadi pilihan Fasha dengan alasan hubungan kerjasama yang rapat selama ini.
"Memang saya tidak akan mengadakan sidang akhbar kerana bagi saya ia sesuatu yang terlalu besar.
"Tetapi saya akan memberitahu kepada enam wartawan yang mewakili enam
organisasi media. Tujuan saya memilih mereka adalah kerana keakraban
persahabatan yang sudah terjalin di antara kami," katanya.
Lebarkan sayap perniagaan
Bakal sibuk sehingga Mei ini bagi memenuhi tawaran lakonan, Fasha
mengakui tetap meluangkan masa menguruskan salonnya, Chinta Hair Salon
& Beauty termasuk merancang untuk membuka sebuah lagi cawangan di
Johor.
"Saya tidak membuka salon ini semata-mata kerana saya seorang artis tetapi kerana mahu mengusahakannya.
"Jika berpeluang saya akan mengembangkan perniagaan saya ini ke Johor
tidak lama lagi. Ini bagi menghargai peminat dari negeri itu yang
menguasai jumlah peminat saya di seluruh negara," katanya.
Bercakap mengenai sisi kematangannya, Fasha memberitahu, dia kini
melihat pelbagai perkara dengan sudut berbeza dan mengakui bahawa kini
dia lebih menghargai peranan media dalam kerjaya seninya.
"Saya akui saya pernah buat kesilapan mungkin disebabkan umur saya
yang muda. Namun menjangkau umur 28 tahun ini, saya kini lebih matang
untuk membuat keputusan," katanya.
Edisi Sentap! Onar dalam KOC WANITA!
Oleh Kaki Wayang on
TIDAK PEDULI...penumpang lelaki seringkali memberi alasan tidak nampak tanda koc untuk wanita.
Ramai wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter rimas apabila ada
warga asing yang bukan hanya menggunakan koc yang dikhaskan untuk
mereka, tetapi juga mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak
senonoh.
Pemantauan Metroplus selama dua minggu terhadap perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendapati lebih separuh pengguna perkhidmatan itu rakyat asing manakala warga tempatan ramai menggunakannya pada waktu puncak iaitu ketika orang ramai pergi dan pulang daripada bekerja.
Perkara itu diakui Pegawai Operasi Utara Wilayah Tengah KTMB, Mohammad Fudzi Othman, yang berkata hampir 30 peratus pengguna tetap komuter ialah warga asing.
“Kami tiada masalah untuk memberikan perkhidmatan ini kepada sesiapa saja termasuk warga asing, namun kerap kali aduan diterima mengenai perilaku tidak sopan warga siang.
“Seperti sekarang kemudahan koc wanita disalah guna lelaki yang kebanyakannya warga asing dan alasan mereka, tidak sedar atau terlepas pandang notis arahan yang ditampal,” katanya.
Pengangkutan awam terutama bas dan komuter menjadi pilihan utama warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Afrika disebabkan ia murah dan mudah untuk sampai ke destinasi.
Pengguna, Nurul Izzah Wahidul Azam, 23, berkata dominasi warga asing dalam penggunaan pengangkutan awam mungkin memberi keuntungan kepada penyedia pengangkutan, tetapi masalah yang ditimbulkan mereka perlu diberi perhatian.
“Bagi wanita, berhimpit dengan mereka ketika menggunakan komuter kadangkala merimaskan dan boleh membuat saya hilang sabar apabila ada di antara mereka yang suka melakukan perkara tidak senonoh seperti mencabul dan meraba,” katanya.
Mohd Rabiq Abdullah, 24, pula berkata ramai warga asing yang memilih menggunakan perkhidmatan awam kerana tambang murah.
“Saya terkilan kemudahan yang sepatutnya disediakan untuk kami menjadi pilihan warga asing, malah mereka lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan ini sehingga kami berasa terpinggir.
“Saya berharap akan ada kelainan caj tambang terhadap warga tempatan dan warga asing supaya kemudahan ini dapat terus digunakan orang yang sepatutnya,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, berkata perlunya pengasingan kemudahan pengangkutan bagi warga tempatan dan warga asing dalam usaha menggalakkan kemudahan itu terus digunakan rakyat Malaysia.
“Tidak dinafikan ramai warga asing menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kerana mereka mengambil kesempatan terhadap wanita setiap kali keadaan di dalam koc atau bas sesak dengan cubaan mencabul dan meraba.
“Selain pengasingan koc untuk wanita, koc bagi warga tempatan juga ada baiknya diasingkan bagi memberi keselesaan terhadap mereka yang dibimbangi boleh menimbulkan masalah dengan sikap biadab segelintir warga asing,” katanya ketika dihubungi.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Azhar Ahmad, ketika dihubungi berkata masalah pengangkutan awam yang banyak digunakan warga asing di luar bidang kuasa pihaknya untuk menghalang.
“Kami sedar masalah ini banyak mengganggu pengguna warga tempatan yang tidak selesa kehadiran mereka, namun ini kemudahan paling cepat dan senang untuk mereka naiki kerana masing-masing tidak memiliki kenderaan.
“Perkara ini akan dibawa ke dalam kajian yang kami lakukan dengan satu cara akan mengusulkan kepada pengusaha pengangkutan awam untuk mengenakan tambang berlainan di antara warga asing dan tempatan dengan pengwujudan pas bulanan yang turut boleh mengesan data status seseorang.
“Selain itu, kajian mengenai kadar tambang yang digunakan sekarang juga dijalankan berikutan peredaran zaman kini dengan semua kadar barangan dan kemudahan semakin meningkat,” katanya.
Edisi Sukan! Syabas Datuk Lee Chong Wei!
Oleh Kaki Wayang on

Selepas menutup tirai 2011 dengan tiga kekalahan
berderet, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei membuka langkahnya pada
tahun Olimpik 2012 dengan memahat dua kemenangan berturut-turut apabila
merangkul kejuaraan kelapan Terbuka Malaysia di Stadium Juara, Bukit
Jalil semalam.
Kemenangan mudah 21-6, 21-13 ke atas bintang muda Jepun, Kenichi Tago
membolehkan jaguh No. 1 dunia itu menyamai rekod kejohanan milik
legenda badminton negara, Wong Peng Soon iaitu muncul juara sebanyak
lapan kali.
Malah, Chong Wei bukan saja berjaya menumbangkan dua musuh terbesarnya dari China, Lin Dan dan Chen Long dalam tempoh seminggu tetapi juga bakal meraikan Tahun Baru Cina dengan angpau paling besar selepas mengumpul AS$105,000 (RM329,000) hasil daripada dua gelaran yang diraih, Terbuka Malaysia dan Korea, dua minggu lalu.
Dia menambah hadiah kemenangan kepada AS$30,000 (RM94,000), iaitu seminggu selepas membawa pulang AS$75,000 (RM235,000) dari Seoul hasil kejayaan menumbangkan seteru ketat, Lin Dan di final.
"Ini adalah kemenangan paling mudah yang pernah saya harungi daripada lapan perlawanan akhir yang saya sertai tetapi yang lebih penting saya gembira dapat menerima penghormatan menyamai rekod lapan kejuaraan milik legenda Malaysia.
"Mungkin ia adalah kemenangan yang amat banyak tetapi saya rasa saya masih mahukan satu lagi gelaran sebelum bersara, saya akan mencari kejuaraan kesembilan tahun depan," kata Chong Wei sejurus tamat perlawanan yang hanya berlangsung selama 37 minit.
Biarpun di atas kertas Tago, 22, bukanlah pemain yang terlalu lemah; menghuni ranking ke-12 dunia dan pernah bergelar naib juara All England, namun di atas gelanggang, jaguh muda Jepun itu jelas bukan tandingan Chong Wei, yang terlalu jauh meninggalkannya dalam semua aspek permainan.
Turut menyaksikan perlawanan itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta pengurusan tertinggi Maybank dan BAM. Sementara itu, Tago sendiri mengakui, bahawa faktor penonton sebenarnya tidak terlalu memainkan peranan, sebaliknya dia akur pemain Malaysia itu memang jauh lebih unggul.
"Memang dia memiliki kelebihan penonton tetapi saya sudah bersedia dengan semua itu kerana saya telah melihat keadaan di stadium ketika dia menentang Chen Long malam tadi. Pada saya, kekalahan saya hari ini adalah kerana dia jauh lebih hebat daripada saya setiap kali kami bertemu.
"Selepas kalah dalam semua 11 pertemuan kami, saya perlu bekerja lebih keras dan akan terus berusaha untuk mencari jalan bagaimana saya dapat mengalahkan dia dan Lin Dan, satu hari nanti," kata Tago.
Bagi Chong Wei, membuka tahun baru dengan dua kemenangan besar dan mengalahkan dua pencabar paling sukar telah melonjakkan motivasinya untuk menghadapi musim 2012 yang amat genting, terutama dengan Sukan Olimpik bakal menanti, Julai ini.
Bagaimanapun akui Chong Wei, selepas dua kemenangan ke atas Lin Dan dan Chen Long dia harus lebih berhati-hati terhadap pemain-pemain China itu kerana mereka mungkin akan bangkit dengan lebih kuat.
Sementara itu, Terbuka Malaysia 2012 meninggalkan kenangan yang amat manis buat beregu wanita Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl apabila merangkul kejuaraan Siri Super pertama dalam karier mereka dengan mengejutkan pilihan kedua Korea, Ha Jung Eun-Kim Ming Jung 21-19, 21-18.
Beregu lelaki juga menampilkan pemenang tidak diduga, pasangan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu yang menundukkan Cho Gun Woo-Shin Baek Choel 16-21, 21-16, 21-16, manakala juara dunia dan pasangan No. 1 dunia, Zhang Nan-Zhao Yunlei menumpaskan rakan senegara, Xu Chen-Ma Jin 21-12, 21-9 untuk muncul juara beregu campuran.
Gelaran kedua China pada Terbuka Malaysia menjadi milik pemain No. 1 dunia, Wang Yihan dalam perseorangan wanita selepas menumpaskan Wang Xin 21-19, 21-11.

Edisi Sukan! Jaringan Scholes tutup mulut pengkritik - Fergie!
Oleh Kaki Wayang on

Alex Ferguson tampil menolak segala kritikan terhadap Paul Scholes
selepas pemain itu menjaringkan gol pada perlawanan yang menyaksikan
Manchester United menewaskan Bolton 3-0 dalam liga, kelmarin.
Penampilan bekas pemain England berusia 37 tahun itu kelmarin, menutup kelemahan United sebelum ini ketika kalah dalam dua perlawanan kepada Blackburn dan Newcastle.
Jaringan Scholes yang ke-103 dalam karier liga, turut menutup mulut pengkritik yang mempertikai tindakan Ferguson baru-baru ini membawa masuk semula pemain yang telah bersara itu.
''Dia mempunyai deria menjaringkan gol, kelebihan yang dimilikinya sejak kecil. Dia membuktikannya, semalam.
''Dia adalah antara pemain terhebat United. Dia sebelum ini dikritik tetapi anda lihatlah permainannya semalam. Lihat kualitinya, anda tidak rugi sebenarnya.
''Dia berlatih dengan gigih sejak kebelakangan dan kami membawanya masuk tepat pada masanya. Dia memberi sepenuh kepercayaan itu dengan menjaringkan gol,'' kata pengurus United itu.
Jaringan Scholes dianggap menyuntik kemenangan, kelmarin selepas Wayne Rooney gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam babak pertama permainan.