PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Komik! Komik Transformasi Najib diedar di sekolah!

Oleh Kaki Wayang on

SATU lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan.

Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya.

Di bawah ini beberapa gambar buku komik yang dimaksudkan.



Dalam komik ini, Lady Gajah digambarkan sebagai wanita jelita yang menjadi tulang belakang kepada Najib.




Rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pula digambarkan sebagai musuh di dalam selimut.




Jika mereka boleh menyebarkan fahaman politik di sekolah dan Universiti, sepatutnya Pakatan Rakyat juga dibenarkan berbuat demikian. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Nak berpolitik boleh, tapi kena sokong BN.
Sila baca selanjutnyaEdisi Komik! Komik Transformasi Najib diedar di sekolah!

Edisi Informasi! Pengguna Facebook Timeline Perlu Berhati-hati!

Oleh Kaki Wayang on

SINDIKET penipuan sedang berleluasa di Internet dimana mereka meyakinkan pengguna Facebook Timeline bahawa mereka boleh kembali kepada rupa facebook yang asal dan menyebabkan data pengguna terdedah dan boleh diakses dengan mudah.

Penipu menggunakan aplikasi di Facebook untuk menawarkan pengguna satu kaedah untuk mengembalikan perubahan Timeline Facebook dan kembali ke profil lama. Bentuk penipuan permohonan adalah dengan menggunakan gelaran seperti "Nyahaktifkan Timeline FB" dan boleh didapati dengan mudah melalui fungsi carian Facebook. Dengan menyukai permohonan dan berinteraksi dengan arahan pada halaman ini, pengguna secara tidak sengaja memberikan peluang kepada penipu untuk mengakses profil Facebook dan membenarkan penipu mengepos mesej spam dengan pautan secara automatik yang akhirnya memberi pulangan wang kepada kumpulan sindiket penipuan ini selepas seseorang mengklik pautan.



Sesetengah aplikasi penipuan yang telah wujud sekurang-kurangnya telah mengumpul lebih 70,000 likes dari pengguna Facebook yang tidak curiga dalam dua minggu. Banyak permohonan akan menggalakkan peminat yang "like" untuk menjemput rakan-rakan mereka juga. Laman Keselamatan Facebook utama tidak memberi amaran kepada pengguna tentang penipuan ini kerana pihak pengurusan Facebook belum mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberitahu pengguna bahawa Timeline tidak boleh dinyahaktifkan apabila ciri tersebut telah diaktifkan pada profil pengguna. Facebook Timeline telah mula mendapat sambutan oleh pengguna sejak 15 Disember lalu, tetapi tidak semua pengguna Facebook telah mengaktifkan ciri tersebut. Facebook telah memparkenalkan kemas kini untuk pengguna iPhone yang merangkumi ciri Timeline baru pada profil.

Reaksi orang ramai kepada Timeline Facebook agak negatif sejak ciri baru itu diperkenalkan pada akhir bulan September 2011. Di samping itu, pelancaran Facebook Timeline telah berterusan ditangguhkan oleh pegawai-pegawai syarikat dalam tempoh tiga bulan terakhir 2011. Walau bagaimanapun, pengguna yang telah beralih kepada Facebook Timeline mengambil kesempatan daripada ciri baru seperti gambar muka, memperincikan peristiwa-peristiwa hidup sebelumnya dan meningkatkan keselamatan pada paparan-paparan terdahulu.
 
Kredit: MiloSuam
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Pengguna Facebook Timeline Perlu Berhati-hati!

Edisi Hangat! Ally Iskandar Sahut Cabaran Farah Lee!

Oleh Kaki Wayang on

PERANCANGAN pengacara popular TV3, Ally Iskandar untuk memasuki gerbang perkahwinan bersama seorang gadis Terengganu, Farah Lee, 22, yang masih menuntut di Korea Selatan menjadi berita sensasi sejak dua minggu lalu.


Beberapa keping gambar Ally bersama Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli mula menjadi tatapan pengguna Internet sekali gus membuatkan Ally tampil membuka cerita. Dia akhirnya mengaku akan bernikah pada 20 Januari nanti, sebagai mana yang digembar-gemburkan dalam portal-portal hiburan.
Kepada Sensasi Bintang, Ally mengulas lanjut, katanya: "Ada beberapa fakta yang dikeluarkan dalam Internet tentang perkahwinan saya nanti tidak begitu tepat. Pertamanya, majlis pernikahan saya tidak akan berlangsung di rumah keluarga bakal isteri saya, di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

"Kami sudah ada lokasi lain, tapi biarlah buat masa ini tidak begitu dihebahkan. Lagipun ia dibuat secara sederhana dan hanya kenalan serta keluarga terdekat sahaja akan dijemput. Lagi satu, memanglah keluarga saya berasal dari Terengganu, tapi saya tidak dilahirkan di sana sebagai mana yang ditulis oleh satu portal hiburan, sebaliknya di Kuala Lumpur," katanya dalam nada mesra.

Berkongsi debar bergelar suami tatkala usia genap 36 tahun, Jumaat lalu, Ally mengucap syukur kerana Allah menemukannya dengan seorang wanita yang sudi menjadi pelengkap hidupnya.

SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ally Iskandar Sahut Cabaran Farah Lee!

Edisi Nostalgia! Masa Kecik-Kecik Korang Pernah Buat INI Tak?

Oleh Kaki Wayang on

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas sebab hendak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali, menyamar menjadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf M
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ini --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab hendak tengok bila lampu peti ais padam
9. Kalau tidak siap kerja sekolah sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Nostalgia! Masa Kecik-Kecik Korang Pernah Buat INI Tak?

Edisi Comelnya! Koleksi Gambar Dato Siti Nurhaliza yang comel!

Oleh Kaki Wayang on





Sila baca selanjutnyaEdisi Comelnya! Koleksi Gambar Dato Siti Nurhaliza yang comel!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...