PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Informasi! OPS Sikap 25 dilancar: Saman serta-merta!
Oleh Kaki Wayang on
Saman serta merta: OPS Sikap 25 yang
dilancarkan Polis Diraja Malaysia (KDRM) semalam, akan menggunakan
pendekatan lebih tegas termasuk mengenakan saman serta merta sepanjang
operasi, berakhir hujung bulan ini.
Diharap dengan wujudnya saman serta merta seperti ini akan dapat membantu walaupun tidak secara keseluruhan, tetapi mampu mengurangkan kemalangan jalan raya dan seterusnya memupuk pemandu yang berhemah dan berdisiplin.
Edisi Hangat! Pelajar ugut PM menerusi Facebook dibenar ambil peperiksaan!
Oleh Kaki Wayang on
Polis sedang menyiasat sama ada pelajar
Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditahan semalam kerana mengeluarkan
kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya mempunyai
hubungan dengan mana-mana kumpulan subversif.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya akan
menyiasat daripada segenap sudut bagi memastikan anasir yang boleh
mencetuskan kekacauan di negara ini tidak terlibat.
Menurutnya, meskipun pelajar tersebut mengakui perbuatannya hanya
sebagai gurauan, ia tetap dianggap serius kerana berbaur ancaman
terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita menjalankan siasatan awal dan pelajar itu mengaku mengeluarkan kenyataan sedemikian atas kehendak sendiri.
"Malah, pelajar itu turut mendakwa bahawa kenyataan yang
dikeluarkannya sekadar gurauan dan tiada maksud lain," katanya pada
sidang akhbar di sini hari ini.
Polis semalam menahan seorang pelajar jurusan kejuruteraan dari USM
Kampus Nibong Tebal di sini berikutan kenyataan berbaur ugutan dalam
laman sosial Facebook miliknya.
Pelajar lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis
Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 1.30 petang bagi membantu
siasatan.
Dalam status laman sosialnya, pelajar berkenaan menyebut Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter (Najib akan datang ke kampus kita...mari kita letupkan helikopternya.
Kenyataan pelajar itu kemudiannya disiarkan di sebuah blog, http://dhanyaraam.blogspot.com. Ayub memberitahu, pelajar berkenaan dibebaskan semalam dengan jaminan
polis selama sebulan bagi membolehkannya menduduki peperiksaan di
kampusnya yang bermula hari ini.
Bagaimanapun, tegas beliau, polis boleh memanggilnya semula pada bila-bila masa jika ada soal siasat yang hendak dijalankan.
Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya
mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengancam ketenteraman awam.
"Jangan menyalahgunakan kebebasan bersuara tanpa memikirkan akibat daripada tindakan yang mereka lakukan," ujarnya.
Edisi Keluarga! Peluk lebih nikmat!
Oleh Kaki Wayang on

PERKAHWINAN dan kasih sayang antara suami isteri
boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih
kepada pasangan masing-masing seperti ucapan sayang sekurang-kurangnya tujuh
kali sehari.
Bukan itu sahaja, berkomunikasi dengan baik,
bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti 'sayang',
'abang', 'manja' dan sebagainya juga dapat mengeratkan lagi perhubungan suami
isteri.
Masing-masing perlu memainkan peranan untuk memupuk
perasaan sayang agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan
kemesraan. Selain itu, tahukah anda bahawa pelukan juga boleh membuatkan
pasangan merasa lebih dekat dan intim?
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen
cinta dan kesetiaan pasangan. Kajian mendapati pelukan bukan sesuatu yang
bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.
Begitupun, biasanya suami menganggap pelukan
bermakna isteri dahagakan hubungan seksual. Sebenarnya para isteri lebih menikmati
pelukan dari hubungan seksual. Menurut Doktor Perubatan Kanan Kumpulan
Perubatan Penawar Johor Bahru, Dr. Zubaidi Ahmad, para suami tidak perlu rasa
'kelam kabut' sekiranya tidak bersedia bila isteri minta dipeluk.
Ini kerana jelas beliau, bagi suami, pelukan
hanyalah pertautan fizikal dan ada kalanya merimaskan selain tidak memahami
mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.
Mencadangkan 'rawatan pelukan'
"Sebenarnya suami isteri saling memerlukan
antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.
"Ramai pakar psikologi yang mencadangkan
'rawatan pelukan' di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur
selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan
seks.
"Tujuannya agar segala perasaan negatif yang
tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau
isteri. Jadi, pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Ia akan
merapatkan lagi hubungan suami isteri," katanya ketika dihubungi baru-baru
ini.
Katanya, pelukan bukan bermakna mukadimah pada
hubungan seks antara suami dan isteri. Ia juga harus dilihat sebagai hubungan
perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri.
Mengulas lanjut, Dr. Zubaidi berkata, pelukan
adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher, belakang badan atau
pinggang. Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan
mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan
hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra. Kata
Dr. Zubaidi, ramai ahli psikologi kini bimbang dengan pasangan suami isteri
yang jarang berpelukan.
Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti itu
hanya diikat oleh 'lafaz nikah' dan hubungan fizikal dan seks saja dan bukan
hubungan emosi serta perkongsian perasan.
"Islam juga menggalakkan hubungan emosi dan
dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitahu, barang siapa yang tidak mengasihi,
maka ia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari dan Muslim). "Oleh yang
demikian, perbanyakanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal
(pelukan). "Secara tidak langsung, bagi pasangan yang agak berat untuk
meluahkan perkataan 'Saya sayang awak', pelukan adalah cara alternatif terbaik
untuk melafazkannya," ujarnya.
Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak
mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan
tenteram. Perbuatan itu juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih
tenang, lalu mengurangkan stres dan kerisauan.
Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah
kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang
peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik. Namun apa yang lebih baik lagi bagi suami atau
isteri selain memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan
jiwa dan dalam keadaan kerisauan.
Edisi Sentap! Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25
juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan
kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.
Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.
Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian. Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.
Edisi Sukan! Titik Noda Liga Malaysia!
Oleh Kaki Wayang on

LIGA M musim ini baru memasuki tiga perlawanan tapi gejala rasuah
sudah dikesan menyelinap dalam dunia bola sepak tempatan apabila seorang
pemain Perlis dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap
dakwaan menjual perlawanan membabitkan pasukan negeri itu.
Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberitahu pemain
muda berusia 20-an, ditawarkan kontrak beraksi bagi musim ini, dipanggil
memberikan keterangan Sabtu lalu, selepas didakwa mempunyai maklumat
mengenai perlawanan yang menyaksikan skuad Singa Utara tumpas 2-7 kepada
Majlis Perbandaran (MP) Muar dalam saingan pertama Liga Perdana, Isnin
lalu.
Dipercayai, setakat ini, hanya pemain itu dipanggil SPRM bagi
membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan sekali gus menjadi pemain
pertama dikaitkan dengan dakwaan rasuah untuk musim ini.
“Pemain itu kemudian dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM,” kata sumber itu yang enggan dinamakan sambil memberitahu pengurusan PFA memang tidak menafikan kemungkinan wujudnya elemen negatif itu.
“Pemain itu kemudian dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM,” kata sumber itu yang enggan dinamakan sambil memberitahu pengurusan PFA memang tidak menafikan kemungkinan wujudnya elemen negatif itu.
Penolong Pengurus, Hamunir Hamzah bagaimanapun berkata, setakat ini pengurusan pasukan negeri tidak mempunyai cukup bukti untuk menuduh atau mengaitkan mana-mana pihak dengan kewujudan gejala negatif yang menyaksikan kekalahan ‘memalukan’ skuad Singa Utara itu.