Edisi Hangat! Pelajar ugut PM menerusi Facebook dibenar ambil peperiksaan!

Oleh Kaki Wayang on

Polis sedang menyiasat sama ada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditahan semalam kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya mempunyai hubungan dengan mana-mana kumpulan subversif.
 
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya akan menyiasat daripada segenap sudut bagi memastikan anasir yang boleh mencetuskan kekacauan di negara ini tidak terlibat.

Menurutnya, meskipun pelajar tersebut mengakui perbuatannya hanya sebagai gurauan, ia tetap dianggap serius kerana berbaur ancaman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita menjalankan siasatan awal dan pelajar itu mengaku mengeluarkan kenyataan sedemikian atas kehendak sendiri.

"Malah, pelajar itu turut mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkannya sekadar gurauan dan tiada maksud lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Polis semalam menahan seorang pelajar jurusan kejuruteraan dari USM Kampus Nibong Tebal di sini berikutan kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Pelajar lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 1.30 petang bagi membantu siasatan.

Dalam status laman sosialnya, pelajar berkenaan menyebut Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter (Najib akan datang ke kampus kita...mari kita letupkan helikopternya.

Kenyataan pelajar itu kemudiannya disiarkan di sebuah blog, http://dhanyaraam.blogspot.com. Ayub memberitahu, pelajar berkenaan dibebaskan semalam dengan jaminan polis selama sebulan bagi membolehkannya menduduki peperiksaan di kampusnya yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, tegas beliau, polis boleh memanggilnya semula pada bila-bila masa jika ada soal siasat yang hendak dijalankan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengancam ketenteraman awam.

"Jangan menyalahgunakan kebebasan bersuara tanpa memikirkan akibat daripada tindakan yang mereka lakukan," ujarnya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...