PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Khas! Orang Pertama Yang...?
Oleh Kaki Wayang on
Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS
Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS
Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS
Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS
Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS
Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW
Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA
Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA
Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA
Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA
Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA
Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA
Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA
Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA
Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA
Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA
Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-Awwam RA
Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA
Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA
Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH
Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA
Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA
Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH
Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA
Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA
Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA
Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW
Edisi Cerpen! Cerita Paling Sedih-Saya Ibu Paling Jahat!
Oleh Kaki Wayang on
Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini…, sebelum ajal menjemput ku…
20
tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel
tetapi nampak bodoh. Sam, suamiku memberinya nama Eric. Semakin lama
semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya
berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak
atau pelayan bila besar nanti. Namun Sam mencegah niat buruk itu.
Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.
Pada
tahun kedua kelahiran Eric, saya pun melahirkan pula seorang anak
perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat
menyayangi Angelica, begitu juga Sam. Seringkali kami mengajaknya pergi
ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah…
Namun
tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa helai
pakaian lama. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarang
dengan alasan tiada wang. Sam terpaksa menuruti kata saya.
Saat
usia Angelica 2 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 4 tahun
ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang
semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan
saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran
saya bersama Angelica. Saya tinggalkan Eric yang sedang tertidur lelap
begitu saja.
Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun..,
10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Brad,
seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima.
Berkat Brad, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi
hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang.
Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah
jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Eric dan tiada memori yang
mengaitkan saya kepadanya
Hinggalah le satu malam… Malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak…
Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali… Dia melihat ke arah saya.
Sambil tersenyum dia berkata, “Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!”
Sesudah
berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, “Tunggu…, saya
rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?”
“Nama saya Eric, makcik.”
“Eric…? Eric… Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Eric???”
Saya
terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai
perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba
terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang
ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa
jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.
Ya, saya patut mati…, mati…, mati…
Ketika
tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan
tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali di fikiran saya. Ya
Eric, mama akan menjemputmu Eric, tunggu ya sayang!…
Petang
itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah
pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan. Beliau menatap wajah saya
dan bertanya,
“Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?”
“Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu,”
Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak…
Ternyata
Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik
dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari
kereta dengan diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya menatap lekat
pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.
Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Eric.. Eric… Di manakah engkau?
Saya
meninggalkan Eric di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih
saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang
diperbuat daripada buluh itu… Gelap sekali… Tidak terlihat sesuatu
apapun di dalamnya!
Perlahan-lahan mata saya
mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya
tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang
berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan
betul-betul… Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu .
Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric setiap hari…
Beberapa
saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun
keluar dari ruangan itu… Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu
saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai menaiki kereta
untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang
berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu
gelap sekali.
Kemudian terlihatlah wajah orang
itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut
lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.
“Heii…! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!”
Dengan
memberanikan diri, saya pun bertanya, “Ibu, apakah ibu kenal dengan
seorang anak bernama Eric yang dulunya tinggal di sini?”
Ia
menjawab, “Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah
kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus
menunggu ibunya dan memanggil, ‘Mama…, mama!’ Kerana tidak tahan melihat
keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal
bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai
pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti
itu! Tiga bulan yang lalu Eric meninggalkan sehelai kertas ini. Ia
belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis
ini untukmu…”
Saya pun membaca tulisan di kertas itu…
“Mama,
mengapa mama tidak pernah kembali lagi…? Mama marah pada Eric, ya?
Mama, biarlah Eric yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak
akan marah lagi pada Eric. Bye, mama…”
Saya
menjerit histeria membaca surat itu. “Tolong bagi tahu.. di mana dia
sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan
meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap…!!!”
Brad memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.
“Semua
sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Eric
sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya
sangat kurus, ia sangat lemah.
Hanya demi
menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke
dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi
apabila melihatnya ada di dalam sana… Dia hanya berharap dapat melihat
mamanya dari belakang pondok ini…
Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!”
Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.
Semoga
menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan
berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.
Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar.
Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.
Edisi Hangat! Saya Terima Abang Ally Sebab Dia Matang - Farah Lee!
Oleh Kaki Wayang on

“Saya terima abang (Ally Iskandar) sebab dia dapat
terima dan hormat keluarga saya seperti keluarganya sendiri, malah
keluarga saya juga dapat menerimanya dengan hati terbuka,” kata
Nurfarahin Romli, 23, bakal isteri pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar
Mohd Mardzi, 36.
Menurut penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini, dia pertama kali bertemu bakal suami dan keluarganya sehari selepas dia bertudung iaitu pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan apabila diajak adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya di sebuah restoran di bandar raya ini.
“Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.
“Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Atas Tol, di sini, semalam.
Menurut penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini, dia pertama kali bertemu bakal suami dan keluarganya sehari selepas dia bertudung iaitu pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan apabila diajak adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya di sebuah restoran di bandar raya ini.
“Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.
“Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Atas Tol, di sini, semalam.
Edisi Kagum! 15 Masjid Termegah dan Terbesar di dunia!
Oleh Kaki Wayang on
Masjid
merupakan tempat ibadah bagi umat Islam. Kewujudannya sangat penting
sekali. Malah di beberapa tempat, masjid dibangun dengan cukup besar,
harapannya adalah agar mampu menampung jamaah yang ramai semasa
beribadah. Ini adalah 15 masjid terbesar di dunia diambil dari dunia
kita .
15. Masjid Al-Aqsha di Palestin
15. Masjid Al-Aqsha di Palestin

Masjid
Al-Aqsa awalnya masjid kecil yang dibangun oleh Khulafa ar- Rasyidin,
khalifah Umar Bin Khattab, tapi dibangunkan dan diperluaskan kembali
oleh Khalifah Bani Umayyah Abdul-Malik Bin Marwan dan diselesaikan oleh
puteranya al-Walid Bin Abdul Malik pada tahun 705 Masehi.
Setelah
gempa bumi di tahun 746, masjid tersebut benar-benar hancur dan
dibangun kembali oleh khalifah Abbasiyah al-Mansur pada tahun 754.
14. Masjid Al-Fath di Bahrain
14. Masjid Al-Fath di Bahrain

Masjid
Al-Fath, juga disebut sebagai Islamic Center Al-Fath dan Masjid Raya
Al Fath, merupakan salah satu daripada masjid terbesar di dunia yang
mampu manampung lebih dari 7000 orang jamaah solat dalam waktu yang
sama.
Masjid
tersebut merupakan tempat ibadah terbesar di Bahrain. Masjid ini
terletak di jalan raya Raja Faisal di Juffair, sebuah bandar kecil yang
berlokasi di ibu kota Manama.

Masjid
Sultan Ahmad merupakan masjid Nasional Turki, dan merupakan masjid
bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan kekalifahan
Ustmaniah (Ottoman Empire) dari tahun 1453 – 1923 M.
Masjid
ini lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana seramik biru yang
menghiasi dinding dan interiornya. Masjid tersebut dibangun antara tahun
1609 dan 1616 M, selama pemerintahan Sultan Ahmad 1.
Seperti
kebanyakan masjid-masjid lain, bangunan itu juga terdiri dari kuburan,
madrasah dan sebuah hospice. Masjid Sultan Ahmad telah menjadi daya
tarik pealncong terkenal di Istanbul.
12. Masjid Negara di Malaysia
12. Masjid Negara di Malaysia

Masjid
Negara merupakan masjid Nasional di Malaysia, berlokasi di Kuala
Lumpur. Masjid tersebut berkapasiti 15,000 orang dan terletak diantara
13 acre (52,000m) dari taman-taman yang indah.
11. Masjid Id Kah di Kasgar, Xinjiang
11. Masjid Id Kah di Kasgar, Xinjiang

Masjid
Id Kah merupakan masjid yang berlokasi di Kasgar Xinjiang, di bahagian
barat China. masjid ini merupakan masjid terbesar di China.
Setiap Jumaat masjid tersebut di penuhi 10,000 orang jamaah dan dapat menampung 20,000 orang jamaah sekaligus.
10. Masjid Baitul Mukharam di Dakha, Bangladesh
10. Masjid Baitul Mukharam di Dakha, Bangladesh

Baitul
Mukharam merupakan masjid Nasional Bangladesh, berlokasi di Dhaka,
ibukota Bangladesh, didirikan pada tahun 1960. Masjid tersebut
berkapasiti 30,000 orang, menjadikannya termasuk dalam diantara 10
masjid terbesar di dunia.
Namun,
masjid tersebut sentiasa penuh sesak. ini khususnya terjadi semasa
bulan suci Ramadhan, yang mengakibatkan pemerintah Bangladesh menambah
keluasan pada masjid sehingga meningkatkan kapasitinya menjadi hampir
40,000 orang jamaah.
9. Masjid Jami’ Delhi, India
9. Masjid Jami’ Delhi, India

Masjid Jahan Numa, umumnya lebih dikenali dengan nama Masjid Jami’ Delhi, merupakan masjid utama dari bandar Tua Delhi di India.
Masjid tersebut di bangunkan oleh Raja Mugal Syah Jehan, pembina Taj Mahal, dan selesai pada tahun 1656 AD.
Masjid ini merupakan masjid terbesar dan terkenal di India. terletak di jalan paling sibuk di ibu kota Tua Delhi, Channi Chowk.
8. Masjid Sheikh Zayed di Emiriah Arab Bersatu
8. Masjid Sheikh Zayed di Emiriah Arab Bersatu

Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi merupakan masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu dan masjid ke enam terbesar di dunia.
Masjid
ini dinamakan dengan Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pembina dan
Presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga di makamkan disana.
Masjid tersebut rasmi di buka pada bulan suci Ramadhan tahun 2007.
7. Masjid Badshahi di Lahore ,Pakistan
7. Masjid Badshahi di Lahore ,Pakistan

Masjid
Badshahi atau “Masjid Kaisar” di Lahore merupakan masjid terbesar
kedua di Pakistan dan di Asia Selatan dan merupakan masjid ke lima
terbesar di dunia.
Mampu
menampung 10,000 jamaah di ruang solat utama dan 100,000 di halaman
dan serambi, masjid tersebut merupakan masjid terbesar di dunia selama
kurun waktu 313 tahun (1673-1986) sebelum akhirnya di kalahkan dalam
ukuran oleh Masjid Faisal di Islamabad.
6. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan
6. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan

Masjid
Faisal di Islamabad adalah masjid terbesar di Pakistan dan Asia
Selatan dan masjid terbesar keenam di dunia. Ini adalah masjid terbesar
di dunia sejak tahun 1986-1993 ketika dikalahkan dalam ukuran setelah
selesai pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maroko.
Keluasan
selanjutnya dari Masjidil Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Masjid
Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah, Arab Saudi selama tahun 1990-an
menjadikan Masjid Faisal berada di kedudukan keempat dari segi ukuran.
Masjid Faisal adalah Masjid Nasional Pakistan. Masjid ini memiliki daerah tertutup 5.000 m2 (54.000 sq ft) dan memiliki kapasiti untuk menampung sekitar 300.000 jamaah (100.000 dalam ruang solat utama, halaman dan portico dan 200.000 lainnya di lahan sebelah).
Masjid Faisal adalah Masjid Nasional Pakistan. Masjid ini memiliki daerah tertutup 5.000 m2 (54.000 sq ft) dan memiliki kapasiti untuk menampung sekitar 300.000 jamaah (100.000 dalam ruang solat utama, halaman dan portico dan 200.000 lainnya di lahan sebelah).
Meskipun
ditutupi ruang solat utama lebih kecil daripada Masjid Hassan II di
Casablanca. Masjid Faisal memiliki kapasiti terbesar ketiga menampung
jamaah dalam pekarangan setelah Masjidil Haram (Grand Mosque) Mekkah,
Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah.
Masing-masing
dari empat menara masjid tingginya adalah 80 m (260 kaki) merupakan
menara tertinggi di Asia Selatan dengan diameter 10 m. Masjid Faisal ini
diberi nama sesuai dengan nama almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz
dari Arab Saudi, yang menyokong dan membiayai projek ini.
5. Masjid Hassan II di Casablanca
5. Masjid Hassan II di Casablanca

Masjid
Hassan II yang terletak di Casablanca adalah masjid terbesar di Maroko
dan masjid terbesar ketiga di dunia setelah Masjidil Haram (Grand
Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah.
Dirancang
oleh arkitek Perancis Michel Pinseau dan dibangun oleh Bouygues.
Masjid Itu berdiri di sebuah tanjung menghadap ke perairan Atlantik,
yang dapat dilihat melalui lantai kaca raksasa. Menara Masjid Hassan
merupakan yang tertinggi di dunia mencapai 210 m.
4. Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia
4. Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia

Masjid
Istiqlal, atau Masjid Kemerdekaan di Jakarta, Indonesia merupakan
masjid terbesar di Asia Tenggara dari segi kapasiti untuk menampung
jumlah orang. Namun dari segi struktur bangunan dan luas tanah,
Istiqlal merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.
Masjid
nasional di Indonesia dibangun untuk memperingati kemerdekaan
Indonesia, sebagai rasa syukur atas berkat rahmat Allah; kemerdekaan
Indonesia tercapai. Oleh kerana itu masjid nasional di Indonesia ini
bernama “Istiqlal”, sebuah kata dalam bahasa Arab untuk “Kemerdekaan”.
3. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir
3. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir

Masjid
Muhammad Ali Pasha atau Masjid Alabaster adalah sebuah masjid yang
terletak di dalam Benteng Kairo di Mesir dan dperintahkan di bangunkan
oleh Muhammad Ali Pasha antara 1830 dan 1848.
Terdapat
di puncak benteng, masjid Utsmani ini, dengan siluet animasi dan dua
menara kembar, merupakan masjid yang paling terlihat di Kairo.
Masjid
ini dibangun untuk mengenang Tusun Pasha, putera tertua Muhammad Ali,
yang meninggal pada 1816. Masjid ini, bersama dengan benteng, adalah
salah satu landmark dan tujuan pelancongan di Kairo Mesir dan merupakan
salah satu tempat pertama yang akan terlihat ketika mendekati kota dari
sisi mana pun.
2. Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi
2. Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi

Masjid Nabawi yang sering disebut Masjid Nabi, adalah sebuah masjid
yang terletak di kota Madinah. Sebagai tempat peristirahatan terakhir
dari Nabi Islam Muhammad, dianggap sebagai tempat tersuci kedua dalam
Islam Sunni maupun kaum Syiah
Salah satu rekabentuk yang paling terkenal dari mesjid ini adalah Kubah
Hijau di tengah-tengah masjid, tempat makam Nabi Muhammad berada.
Perkara
ini tidak diketahui dengan pasti bila dibangunkan kubah hijau tetapi
naskah menanggalkan pada awal abad ke-12. Kubah ini dikenali sebagai
Kubah Hijau Nabi. Para penguasa Islam setelahnya memperluas dan
menghiasinya
Masjid ini aslinya adalah sebuah bangunan terbuka. Reka bentuk dasar
bangunan telah ditiru dalam pembangunan masjid lain di seluruh dunia.
Masjid ini juga berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat,
pengadilan, dan sebuah sekolah agama.
Dalam Islam Haram hukumnya membuat makam di dalam masjid, jadi Masjid
Nabawi bukan tempat peristirahatan terakhir dari Rasullullah Muhammad.
Akan tetapi akibat dari perluasan masjid menjadikan makam Rasullullah
Muhammad berada di dalam Masjid. Makam Rasullullah Muhammad berada di
dalam kamar beliau di rumahnya yang berada di sebelah masjid pada masa
itu.
1. Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi

Masjidil Haram atau Masjid
Suci, adalah masjid terbesar di dunia. Terletak di kota Mekah Saudi
Arabia, masjid tersebut mengelilingi Ka’bah, tempat orang Muslim
menghadap di waktu solat sehari-hari dan dianggap sebagai tempat
tersuci di bumi oleh umat Islam.
Masjid ini juga
dikenali sebagai Masjid Agung. Masjid ini memiliki kawasan mencukupi
seluas 400.800 meter persegi (99,0 hektar) termasuk luar dan dalam
ruang berdoa dan dapat menampung sehingga 4 juta jamaah semasa musim
haji.
Edisi Sentap! Jom Kita Tengok Bagaimana Mat Rempit China balik kampung!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Jom Kita Tengok Bagaimana Mat Rempit China balik kampung!









