PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Saya Sanggup Jual DARA kerana duit!
Oleh Kaki Wayang on
KERANA kesempitan wang untuk membayar
yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand
nekad melelong daranya melalui Internet.
Lelongan dara pelajar berumur 19
tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi ‘tawaran harga tertinggi’ di
laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti
Waikato, 393 kilometer dari sini.
Di bawah tajuk Hubungan Untuk
Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu,
dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi
membayar yuran universiti.
“Saya tidak pernah melakukan
hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan
penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya,”
tambahnya.
Pemilik laman web berkenaan,
Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak
menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat.
Edisi Informasi! Asteroid 433 Eros paling dekat sejak 37 tahun!
Oleh Kaki Wayang on
Asteroid 433 Eros berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi sejak
37 tahun lalu di mana ia bergerak merentasi langit malam dalam buruj
Leo, Sextans dan Hydra pada kedudukan kira-kira 26.7 juta kilometer.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara, asteroid bersaiz 34 kilometer ini dapat dilihat, walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahannya sekitar magnitud lapan dan mencecah sehingga magnitud tujuh.

"Asteroid 433 Eros tidak pernah berada sedekat sekarang sejak 1975, melainkan akan berlaku semula, kemungkinan pada 2056.
"Kejadian kali ini memberikan peluang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat," katanya dalam kenyataan semalam.
Imej Asteroid 433 Eros dirakamkan pada 30 Januari 2012 menerusi teleskop berdiameter 20 inci di Observatori Negara Langkawi ini dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice.
Edisi Simpati! Legenda badminton negara kembali ke rahmatullah!
Oleh Kaki Wayang on

Mohd Sanusi Mohamad, 67, atau turut dikenali Saha Sanusi yang juga
merupakan legenda badminton negara kembali ke rahmatullah, kira-kira jam
9.20 malam kelmarin, di Hospital Columbia Asia, Cheras akibat kanser
darah tahap akhir.
Menurut anaknya, Hartyny Saha, 33, berkata, ayahnya menghembuskan nafas terakhir setelah lebih enam bulan terlantar dan sejak sebulan lalu kesihatan kurang mengizinkan sehingga gagal bergerak.
“Sebelum ini arwah hanya disahkan menghadapi masalah jantung juga tulang belakang, malah daripada pemeriksaan bulanan pun tidak dapat mengesan penyakit kansernya.
“Cuma pada Isnin lalu, selepas lebih tiga hari arwah tidak menjamah makanan dan kami ahli keluarga khuatir melihatkan keadaan arwah semakin lemah, kami merujuk ke hospital sebelum dimaklumkan arwah menghidap kanser darah tahap akhir,” katanya kepada Sinar Harian.
Hartyny berkata, menjadi hasrat arwah agar mereka tujuh beradik meneruskan legasi Saha dalam arena badminton negara.
“Dua abang saya kini menjadi jurulatih badminton masing-masing di Itali dan Jerman, manakala empat cucu arwah kini turut menjadi wakil Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA).
Arwah meninggalkan balu Hayatee Ahmad, 65, tujuh anak, Cheiryl Saha, 41; Davincy saha, 40; Eddeeza Saha, 39; Fredyno Saha, 38; Geevien Saha, 36; Hartyny Saha, 33; dan Idyvino Saha, 21 serta 13 cucu.

Edisi Hangat! Hadiah RM10,000 Bagi Maklumat Berkaitan Kepala Babi Di Masjid Rawang!
Oleh Kaki Wayang on
Kerajaan Selangor menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada
sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam
insiden meletakkan kepala babi di depan pintu pagar sebuah masjid di
Rawang awal Selasa.
Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco negeri di sini hari ini,
Pengerusi Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi
Rodziah Ismail berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi
pusat khidmat pelanggan di nombor 1800-888-2824.
Beliau bercakap kepada pemberita sebagai mengulas mengenai
perkembangan siasatan berhubung insiden tersebut yang disifatkan oleh
DAP sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan
mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum
Edisi Sentap! KPN Meninggal Dunia hanya Khabar Angin!
Oleh Kaki Wayang on

KEMBALI...Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melambai tangan
sejurus tiba dari melakukan lawatan kerja ke London ketika di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Khamis. Negara
digemparkan dengan khabar angin menyatakan beliau meninggal dunia ketika
berada di London yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),
laman sosial dan Twitter. Ismail kelihatan sihat dan ceria, sekali gus
menafikan khabar angin yang mengatakan beliau sudah meninggal dunia.