PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Terkini! Kisah Dirang Muncul Dalam Mimpi Ibunya!

Oleh Kaki Wayang on

“Malam tadi (kelmarin) Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata: ‘Mak, kau cari aku ke?’

“Saya mengiakannya sebelum bertanya mengapa dia tidak balik dan Dirang menjawab: Jangan sedih lagi, aku di sini sudah ok,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh sebelum dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kisah Dirang Muncul Dalam Mimpi Ibunya!

Edisi Terkini! Bayi Berusia 15 Bulan Bertatih Sampai Ke Sungai dan Lemas!

Oleh Kaki Wayang on

AJAL...Nik Mohamad Iqbal ditemui terapung, kelmarin. 

Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.

Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar.

“Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.

“Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Bayi Berusia 15 Bulan Bertatih Sampai Ke Sungai dan Lemas!

Edisi Terkini! Polis Kesan Wanita Hantar Ibu Dirang SMS Berbaur Ugutan!

Oleh Kaki Wayang on


Polis Kelantan telah mengesan individu yang  menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan meminta wang 'tebusan' daripada ibu Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar selepas diculik awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pihaknya kini sudah menjalankan siasatan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis Johor.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Polis Kesan Wanita Hantar Ibu Dirang SMS Berbaur Ugutan!

Edisi Terkini! Dua Lelaki Maut Dalam Pergaduhan Di Tawau!

Oleh Kaki Wayang on

Dua lelaki maut susulan pergaduhan dalam dua kejadian berasingan yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di sini Selasa.

Ketua Polis Tawau, Asisten Superitendan Ibrahim Chin berkata, kes pertama membabitkan seorang pekebun sayur warga Indonesia berusia 30 tahun, yang maut selepas ditikam rakan senegara, kira-kira 4 petang di Kampung Apas Parit.

Suspek yang berusia 31 tahun berjaya diberkas empat jam kemudian di bandarTawau ketika cuba melarikan diri, katanya kepada Bernama, di sini Rabu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Dua Lelaki Maut Dalam Pergaduhan Di Tawau!

Edisi Terkini! Zara Didakwa Rapat Dengan Suspek - Susulan Pensyarah dan Bapa Dibunuh!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang pensyarah, Zara Eleena, 23, yang ditemui mati bersama bapanya di dalam rumah di Taman Kinrara, Puchong, dekat sini kelmarin, dipercayai mempunyai hubungan intim dengan salah seorang suspek lelaki yang ditahan polis pada hari sama.
 
Menurut sumber, lelaki itu merupakan pelajar pensyarah tersebut yang mengambil subjek bahasa.

Katanya, hubungan tersebut dipercayai terjalin ekoran pelajar itu sering membantu mangsa yang kurang upaya menjalankan tugas hariannya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Zara Didakwa Rapat Dengan Suspek - Susulan Pensyarah dan Bapa Dibunuh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...